Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2) Contoh Teks Pidato

TEKS PIDATO : WARISAN NEGARA IDENTITI KITA

“WARISAN NEGARA IDENTITI KITA”       Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia hanya kerana warisan dan pusaka yang ditinggalkan. Bak kata orang tua-tua “ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Fikir-fikirkan...      Bermulanya bunyi menjadi aksara, daripada aksara terbentuklah kata, kata membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra, terbinalah ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata, tinta dan pena membina tamadun bersama.        Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjun...