Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (BMMB 3013)

KONSEP DAN PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI (BMMB 3013)

Imej
1.0        PENGENALAN Bunyi merupakan konsep penting sesuatu bahasa yang dipersetujui oleh sejagat ahli bahasa. Terdapat dua komponen utama linguistik deskriptif dalam aspek kajian bunyi dalam bahasa iaitu fonetik dan fonologi. Pelbagai teori, prinsip, konsep dan unsur-unsur linguistik dapat dikaji melalui bidang ilmu bahasa ini.             Perkara utama yang menjadi fokus dalam kajian fonetik dan fonologi iaitu menganalisis selok-belok bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan serta fungsinya dalam sistem bahasa. Secara umumnya, fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara sebutannya dan sifat-sifat akustiknya manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. 2.0        KONSEP FONETIK Fonetik merupakan kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Fonetik juga berkaitan dengan sifat fi...