Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengantar Pengajian Profesional (GPP1063)

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : MEMBENTUK GURU YANG MEMENUHI ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA

2.0)      PENULISAN AKADEMIK : PENGENALAN Matlamat utama sesebuah negara iaitu membina negara bangsa yang berjaya. Sesuailah jika dirujuk melalui Kamus Dewan Edisi Kelima, negara bangsa merupakan negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula merujuk kepada satu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ dan perasaan ‘kekitaan’ dalam kalangan rakyat di dalam sesebuah negara (INTAN, 1980). Hal ini bermaksud bahawa mewujudkan sentimen sesuatu bangsa mahupun negara mampu melahirkan keperibadian yang utuh dan kukuh justeru mampu menjadi model utama bagi setiap negara yang membangun di dunia.             Umum mengetahui bahawa negara Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, agenda pembinaan negara bangsa menjadi lebih penting kepada negara kerana pembinaan negara bangsa mampu mengubah cara hidup rakyat. Misalnya, di Malaysia sendiri setiap kaum mempunyai p...

PERKEMBANGAN KEGURUAN ; PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PENGENALAN Perkembangan dalam bidang pendidikan dan keguruan memerlukan kefahaman yang mendalam oleh mereka yang terlibat dalam ini untuk memahami tentang falsafah pendidikan. Bagi guru umumnya, falsafah pendidikan itu sangat perlu dikuasai keran tindakan-tindakannya semasa mendidik dan mengajar akan selalu dipengaruhi oleh falsafah hidupnya mendidik dan mengajar akan selalu dipengaruhi oleh falsafah hidupnya dan juga falsafah pendidikan yang difahaminya. Falsafah pendidikan akan menunjukkan hala tuju kepada perbuatan para pendidik semasa mendidik dan mengajar murid-muridnya.           Oleh hal yang demikian, sesiapa pun yang berada dalam bidang pendidikan perlu memahami sejarah dan perubahan yang telah berlaku dalam aliran falsafah pendidikan dunia. Di Barat dan Timur, falsafah pendidikan dibina agak berbeza-beza mengikut fahaman dan persekitaran masyarakat pada waktu itu.           S...