Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMMB 3063)

TEORI HURAIAN BAHASA - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMMB 3063)

KANDUNGAN   2.0     Teori Huraian Bahasa Teori huraian bahasa banyak dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori tersebut berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran mengikut zaman tokoh-tokoh tersebut. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Rajah 2.0 (a) menunjukkan empat aliran teori huraian bahasa. • Aliran Pemikiran Teori Huraian Bahasa • Teori Nahu Tradisional • Teori Struktural • Teori Transformasi Generatif • Teori Fungsional Rajah 2.0 (a)   Empat AliranTeori Huraian Bahasa   2.1      Teori Nahu Tradisional Teori nahu tradisional dipelopori oleh Paini yang berasal dari India. Teori ini berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan serta seterusnya meresap ke dalam bahasa yang lain. ...