TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
1.0) PENULISAN ESEI 1 : TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN OLEH MOHD AL-QAHHAR Pelbagai sumbangan modal sosial dan ekonomi negara berasal daripada kewujudan pendidikan di Malaysia. Antara kunci utama dalam membangunkan negara ialah pendidikan. Hal ini bagi membangunkan negara kita seiring dengan kemajuan negara-negara lain dan setaraf dengan negara-negara Barat. Pada era globalisasi kini, sukses dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada kemahiran, ilmu pengetahuan dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat sendiri. Oleh yang demikian, tidak peliklah sekiranya negara yang mempunyai rakyat minda kelas pertama akan berpeluang untuk menikmati kemajuan ekonomi yang lebih pesat. Salah seorang daripada ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, Plato (427-247 SM), menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk indiv...