CARA PENYELESAIAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU UNTUK MENYELESAIKAN ISU-ISU BERKAITAN DALAM PENDIDIKAN - FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDUP 3013)
1.0 PENGENALAN Penulisan akademik ini mengupas isu-isu falsafah dalam pendidikan. Antara perkara yang akan disentuh iaitu profesion dan profesionalisme. Melalui perspektif lain, standard prestasi antabangsa dan kepelbagaian potensi turut dikupas dalam penulisan akademik ini. Oleh yang demikian, masalah-masalah tersebut akan dihuraikan beserta dengan kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi para guru. 2.0 ISU-ISU FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN Pelbagai isu falsafah dapat dikesan dalam pendidikan terutamanya dalam kalangan para guru. Antara isu falsafah dalam pendidikan yang dapat dikesan iaitu tahap profesion dipersoalkan, desakan memenuhi Standard Prestasi Antarabangsa dan juga kemampuan memanipulasi kepelbagaian potensi murid. Walaupun terdapat pelbagai isu falsafah dalam pendidikan, hanya tiga yang paling ketara dan dominan yang dapat dikesan melalui masalah yang dilihat...