Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Morfologi Bahasa Melayu (BMM1054)

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

1.0)       PENGENALAN Bidang morfologi merupakan antara bidang yang sangat penting untuk dipelajari bagi menguasai Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 menjelaskan definisi morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Morfologi juga sering dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu kata. Takrifan yang dibuat secara general menyatakan bahawa morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem membawa maksud unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi untuk menjalankan tugas nahu atau fungsi gramatis. Morfem tidak dapat dipecah-pecahkan lagi kepada unit yang lebih kecil memandangkan morfem sendiri merupakan unit yang terkecil.   Perkataan morfologi terlahir kerana wujudnya Istilah morphology   yang berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘morphe’ yang bermaksud bentuk. Berdasarkan ...

SOALAN RAMALAN MORFOLOGI SECARA GENERAL

Soalan-soalan ini dicipta khas buat para guru pelatih PPISMP bagi subjek morfologi Bahasa Melayu. Cikgu harap agar maklumat yang cikgu bagi berguna untuk semua. :) Berikut merupakan beberapa soalan yang kebiasaannya ditanya khususnya bagi Subjek Morfologi Bahasa Melayu :    1) Apakah yang dimaksudkan dengan fonem? Fonem bermaksud gabungan terkecil dalam sebuah bunyi bahasa yang masih boleh menunjukkan fitur perbezaan makna . 2) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem? Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu atau fungsi tertentu tatabahasa .   3) Apakah yang dimaksudkan dengan fleksi? Fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu . Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan, misalnya boy - boys 'budak lelaki', book - books 'buku'. Imbuhan fleksi...

KATA NAMA TUNGGAL AKRONIM

Akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan 4 jenis kata nama akronim         a) Cantuman beberapa huruf awal rangkai kata  Dibentuk mellaui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakan terdiri daripada nama khas ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) (Jika akronim yang dicipta tidak dapat diujarkan sebagai satu perkataan yang boleh disebut terus, maka perkataan tersebut tidak dikira sebagai akronim. Contohnya PLKN.) b) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban) KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) MARA (Majlis Amanah Rakyat) c) Cantuman suku kata awal perkataan Terbentuk apabila suku-suku kata pertama beberapa perkataan dicantumkan. Kebanyakannya terdiri daripada kata nama am seperti CERPEN (Cerpen Pendek) Kata Nama Khas GAPENA (Gabunga...