PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU- Peranan Guru Menyediakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
1.0 Pengenalan Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan guru dalam membina negara bangsa merujuk kepada melahirkan insan yang mempunyai jati diri beridentiti Malaysia. Identiti Malaysia boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh dimaksudkan sebagai guru bertanggungjawab melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, guru perlulah mempunyai pelbagai jenis kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar hasrat kerajaan menggapai kehendak Falsafah Pendidikan...