TEORI HURAIAN BAHASA - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMMB 3063)

KANDUNGAN

 2.0     Teori Huraian Bahasa

Teori huraian bahasa banyak dikemukakan oleh tokoh-tokoh linguistik dalam sejarah perkembangan ilmu linguistik teoritis. Teori-teori tersebut berbeza antara satu sama lain kerana dipengaruhi oleh aliran pemikiran mengikut zaman tokoh-tokoh tersebut. Teori huraian bahasa menjelaskan bahawa unsur-unsur bahasa yang hendak diajarkan boleh dihuraikan melalui penyampaian pengajaran. Rajah 2.0 (a) menunjukkan empat aliran teori huraian bahasa.

Aliran Pemikiran Teori Huraian Bahasa
Teori Nahu Tradisional
Teori Struktural
Teori Transformasi Generatif

Teori Fungsional

Rajah 2.0 (a)  Empat AliranTeori Huraian Bahasa

 

2.1     Teori Nahu Tradisional

Teori nahu tradisional dipelopori oleh Paini yang berasal dari India. Teori ini berkembang ke Eropah pada zaman pertengahan serta seterusnya meresap ke dalam bahasa yang lain. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Susunan ayat dibuat bagi menempatkan bahagian-bahagian ayat yang berhubung antara satu sama lain. Bahagian yang diperkenalkan iaitu subjek, predikat, objek dan keterangan. Rajah 2.1 (a) menerangkan tentang ciri-ciri teori nahu tradisional.

Ciri-Ciri Teori Nahu Tradisional
Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan
Huraian tatabahsa bersifat rasional dan berasaskan angapan bahawa disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa
Bahasa-bahasa dunia dapat dihurai dengan berasaskan ciri-ciri sejagat seperti logik, falsafah dan sebagainya
Kajian bahasa juga dilakukan secara deduktif,iaitu mengutamakan pemahaman peraturan-peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contoh-contoh
Semua bahasa mempunyai peraturan yang sama dengan bahasa Yunani
Mementingkan bahasa tulisan serta kajian berdasarkan hukum

Rajah 2.1 (a)  Ciri-ciri Teori Nahu Tradisional


     Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan terhadap nahu tradisional yang diperkenalkan oleh Paini. Rajah 2.1 (b) menunjukkan kelebihan dan kelemahan penggunaan nahu tradisional.

Kelebihan Nahu Tradisional
Murid dapat mengingati peraturan-peraturan dan perbendaharaan kata
Sesuai bagi kelas yang mempunyai ramai murid
Berkesan kepada murid-murid yang cerdas dan berminat menaakul konsep abstrak
Kelemahan Nahu Tradisional
Konsep pengajaran hanya hafalan serta "chalk and talk"
Lebih berpusatkan buku teks


Rajah 2.1 (b) Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Nahu Tradisional

 

2.2     Teori Struktural

Teori struktural ini muncul pada kurun ke-20 yang digunakan oleh ahli-ahli bahasa seperti Ferdinand De Saussure, Leornand Bloomfield, Otto Jespherson dan Edward Saphir. Teori ini muncul apabila terdapat pertentangan pendapat dengan aliran tradisional mengenai dasar rasional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Rajah 2.2 (a) menunjukkan pengenalan bagi teori struktural.

Pengenalan
Teori Struktural
Huraian bahasa dilakukan secara induktif
Ahli bahasa menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa
Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri

Menumpukan kajian terhadap fonologi, morfologi dan sintaksis tetapi kurang menitikberatkan makna

Rajah 2.2 (a)   Pengenalan Teori Struktural


     Teori struktural yang diperkenalkan oleh Bloomfield ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Rajah 2.2 (b) menunjukkan ciri-ciri teori struktural oleh Bloomfield.

Ciri-ciri Teori Struktural
Bahasa ialah satu sistem bunyi
Bahasa ialah alat perhubungan

Bahasa ialah pertuturan

Rajah 2.2 (b) Ciri-ciri Teori Struktural


2.3     Teori Transformasi Generatif

Teori transformasi generatif dipelopori oleh Noam Chomsky yang merupakan seorang ahli psikolinguistik yang berasal dari Amerika Syarikat. Teori ini merupakan teori tatabahasa. Teori ini memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif. Teori ini menggunakan sistem rumus dalam melakukan huraian terhadap bahasa. Teori ini mementingkan semantik dalam menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional. Rajah 2.3(a) menunjukkan ciri-ciri teori transformasi generatif.

Ciri-ciri Teori Transformasi Generatif
Menggunakan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus
Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif

Rajah 2.3 (a) Ciri-ciri Teori Transformasi Generatif

 

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat. Rajah 2.3(b) menunjukkan peringkat struktur ayat yang terdapat dalam teori transformasi generatif.

Peringkat Struktur Ayat : Struktur Dalaman
Penutur boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak
Penutur dapat mengenali ayat yang berfrasa dan ayat yang punyai unsur ketaksaan
Peringkat Struktur Ayat: Struktur Permukaan

Struktur yang mengalami perubahan daripada struktur dalaman dan merupakan bentuk ayat yang ditutur oleh seorang penutur

Rajah 2.3 (b) Peringkat Struktur Ayat Teori Transformasi Generatif


2.4     Teori Fungsional

Teori fungsional berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an setelah melihat kelemahan pada teori-teori tahun sebelumnya. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Haliday dan Wilkins bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Teori ini juga menyenaraikan ciri-ciri serta anggapan tertentu tentang bahasa. Rajah 2.4 (a) menunjukkan ciri-ciri teori fungsional.

 Ciri-ciri Teori Fungsional

Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa
Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi
Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara nonverbal
Mementingkan semantik

Rajah 2.4 (a) Ciri-ciri Teori Fungsional

           

Teori fungsional yang diperkenalkan oleh Haliday dan Wilkins ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri. Rajah 2.4 (b) menunjukkan fungsi teori fungsional.

 Fungsi Teori Fungsional

Model bahasa yang sesuai
Asas fungsi bahasa
Bahasa dalam persepsi sosial
Fungsi semantik dan linguistik

Rajah 2.4 (b) Fungsi Teori Fungsional


3.0     Teori Pemerolehan Bahasa

Teori pemerolehan bahasa merujuk kepada cara atau kaedah oleh seseorang untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang berkait rapat dengan bahasa agar dapat berkomunikasi dengan lebih baik. Menurut Kamaruddin Hj. Husin (1988), prinsip-prinsip pengajaran bahasa berkait rapat dengan teori-teori pemerolehan bahasa. Rajah 3.0 (a) menunjukkan antara teori pemerolehan bahasa yang diperkenalkan oleh tokoh-tokoh bahasa.

 Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Behavioris oleh Skinner
Teori Mentalis oleh Chomsky
Teori Kognitif oleh Piaget
Teori Interaksionalis oleh Haliday

Rajah 3.0 (a) Teori Pemerolehan Bahasa

3.1     Teori Behavioris

Teori behavioris dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933). Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan bukan semata-mata ilmu. Pendapat ini melahirkan aliran yang menganggap bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan melalui latihan pengulangan. Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Rajah 3.1 (a) menunjukkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori behaviorisme.

 Prinsip Teori Behavioris

Bahasa yang diutamakan ialah lisan kemudian tulisan
Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
Pengukuhan penting dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Latihan bahasa perlu diperkukuhkan
Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan
Wujudkan unsur ransangan dan tindak balas dalam PdP

 Rajah 3.1 (a) Prinsip Teori Behavioris


            Melalui teori behavioris, terdapat hubungan-hubungan teori behavioris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Rajah 3.1 (b) menunjukkan hubungan teori behavioris dalam PdP.

 Hubungan Teori Behavioris dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Menekankan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis
Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji
Mengkaji semula ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza
Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

Rajah 3.1 (b) Hubungan Teori Behavioris dalam PdP

 

3.2     Teori Mentalis

Teori mentalis dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller Katz dan Lakoff. Ahli-ahli bahasa ini tidak bersetuju dengan teori sebelumnya. Teori mentalis mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi. Teori ini juga memperkenalkan analisis bahasa transformasi generatif yang dipelopor oleh Noam Chomsky. Rajah 3.2 (a) menunjukkan ciri-ciri teori mentalis.

 Ciri-ciri Teori Mentalis

Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental
Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa
Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-generatif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran
Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis

 Rajah 3.2 (a) Ciri-ciri Teori Mentalis

 

     Teori mentalis seperti bawaan teori transformasi generatif yang dipelopori oleh Noam Chomsky sangat berhubung kait dengan sesi PdP. Rajah 3.2 (b) menunjukkan hubungan teori mentalis dalam sesi PdP.

Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
Prinsip : Undang-undang bahasa ditekankan
Tulisan dan bacaan diutamakan
Pendekatan Analisis
Kaedah : Koda-kognitif
Teknik : Hafalan

 Rajah 3.2 (b) Hubungan Teori Mentalis dalam PdP

 

3.3     Teori Kognitif

Teori kognitif ini dipelopori oleh Jean Piaget. Teori ini mempercayai bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi serta berkebolehan mempelajari pelbagai perkara. Ahli bahasa teori ini juga berpendapat bahawa PdP adalah proses mental bukan bukannya mekanis. Kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran. Teori ini berasaskan perkembangan kognitif pusat. Kecekapan diperolehi kanak-kanak melalui pengalaman dalam interaksi persekitaran. Rajah 3.3 (a) menunjukkan peringkat-peringkat perkembangan bahasa mengikut teori kognitif.

 Peringkat Deria Motor

Perkembangan bahasa bermula 18 bulan hingga 2 tahun
Kanak-kanak secara aktif meneroka persekitaran yang akhirya membentuk pola tindakan
Peringkat Praoperasi Konkrit
Bermula 2 hingga 7 tahun
Bahasa makin berkembang akibat tindakannya dengan persekitaran
Peringkat Operasi Konkrit
Bermula 7 tahun paling awal
Pandai membezakan isi padu, ketumpatan dan jarak

Rajah 3.3 (a) Peringkat-peringkat Perkembangan Bahasa Jean Piaget

 

3.4     Teori Interaksionalis

Teori interaksionalis dipelopori oleh Haliday pada tahun 60-an. Tokoh-tokoh yang turut terlibat iaitu Bloom (1970), Bowennan (1973) dan Gromer (1976). Teori ini berpandangan bahawa kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa tetapi hanya boleh mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa. Ahli-ahli interaksionalis berpendapat bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Rajah 3.4 (a) menunjukkan prinsip-prinsip PdP mengikut teori interaksionalis.

 Prinsip PdP dalam Teori Interaksionalis

Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik
PdP perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

Rajah 3.4 (a) Prinsip PdP dalam Teori Interaksionalis


     Melalui teori interaksionalis yang dipelopori oleh Haliday ini, terdapat beberapa pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa dalam teori interaksionalis. Rajah 3.4 (b) menunjukkan pandangan dalam PdP yang terdapat dalam teori interaksionalis.

 Pandangan Teori Interaksionalis dalam PdP

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa
Seseorang murid perlu menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna

Rajah 3.4 (b) Pandangan Teori Interaksionalis dalam PdP


4.0     Banding Beza

Penulis bakal membanding beza pendekatan, strategi, kaedah dan juga teknik yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Bahagian membanding beza ini dibahagikan kepada empat iaitu pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan juga banding beza. Pada bahagian terakhir, penulis akan membanding beza keempat-empat elemen dalam bentuk grafik dan juga huraian esei.

 

4.1     Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil oleh guru untuk menuju sesuatu sasaran. Merujuk Mok Soon Sang (1992), pendekatan merupakan salah satu daripada cara mengamalkan kaedah pedagogi. Misalnya, guru mengambil pendekatan dalam bermain perkataan yang berkaitan dengan kata kerja. Secara konvensional atau pun tradisional, guru menggunakan kaedah bermain perkataan berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian. Hal ini memudahkan murid-murid untuk mengaitkan topik bahasa Melayu yang dipelajari dengan kehidupan seharian mereka. Rajah 4.1 (a) menunjukkan cara isi pelajaran melalui pendekatan.

 Jenis-jenis Pendekatan

Induktif
Deduktif
Eklektif
Isi mudah ke isi susah
Isi maujud ke isi abstrak

Rajah 4.1 (a) Jenis-jenis Pendekatan

 

4.2     Strategi Pengajaran Bahasa Melayu

Strategi didefinisikan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Melalui pengajaran pula, strategi pengajaran merujuk kepada kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Bagi mencapai objektif pengajaran, guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Misalnya, untuk mengajar sebuah kelas berkaitan dengan ayat majmuk, strategi pengajaran harus dipertimbangkan kerana bukan semua murid mampu memahami jenis ayat tunggal dan juga ayat majmuk dengan cepat. Oleh yang demikian, guru hendaklah merangka strategi yang sesuai agar setiap murid mampu mengecam ciri-ciri ayat majmuk dan juga ayat tunggal. Ringkasnya, rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

 

4.3     Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Kaedah merupakan satu tindakan guru yang sistematik bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun serta kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai objektif PdP. Rajah 4.3 (a) menunjukkan antara kaedah yang terdapat dalam pengajaran bahasa Melayu.

Kaedah Natural
Berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif
Kaedah Nahu Tradisional
Diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa
Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi
Kaedah Linguistik
Kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik
Kaedah Kod Kognitif
Menekankan bentuk dan makna

Rajah 4.3 (a) Kaedah-kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

 

4.4     Teknik Pengajaran Bahasa Melayu

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-murid. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dirancang. Tujuan penerapan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk menarik minat murid dengan perkara yang ingin disampaikan oleh guru. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian terhadap guru mengajar dan mampu membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap apa yang guru cuba sampaikan. Rajah 4.4 (a) beberapa teknik yang boleh digunakan oleh guru dalam sesi PdP.

Teknik Latih-Tubi
Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari
Teknik Simulasi
Sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
Teknik Main Peranan
Melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Teknik Sumbang Saran
Satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Teknik Permainan Bahasa
Salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan
Teknik Bercerita
Sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar
Teknik Drama

Digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual

Rajah 4.4 (a) Teknik-teknik Pengajaran Bahasa Melayu

 

4.5     Perbandingan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

Menurut penulis, bagi perbandingan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik boleh dibahagikan kepada dua perkara penting iaitu persamaan dan juga perbezaan. Persamaan yang boleh dilihat melalui pendekatan, strategi, kaedah dan juga teknik iaitu keempat-empat kemahiran tersebut digunakan oleh guru secara gabungan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Misalnya, bagi guru yang ingin menggunakan strategi dalam sesi PdP, guru tersebut mestilah menggunakan pendekatan-pendekatan yang berbeza. Contohnya, guru yang hendak merangka strategi berkesan untuk mengajar sebutan vokal dalam bahasa Melayu mestilah menggunakan pendekatan induktif. Hal ini bermakna bahawa guru hendaklah memberikan contoh sebutan sebelum memperkenalkan abjad-abjad yang terlibat untuk sebutan vokal tersebut. Perkara ini membuktikan bahawa kesemua kemahiran tersebut digunakan secara gabungan dalam proses PdP. Rajah 4.5 (a) menunjukkan persamaan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran bahasa Melayu.

Digunakan secara gabungan dalam sesi PdP
Pendekatan
Strategi
Kaedah

Teknik

Rajah 4.5 (a) Persamaan antara Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran Bahasa Melayu

    

     Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa Melayu. Melalui konsep, strategi merupakan langkah untuk mencapai objektif pelajaran, pendekatan pula merupakancara objektif pelajaran dicapai, kaedah pula cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah pengajaran yang tersusun manakala teknik pula merupakan kemahiran guru untuk mengelolakan kaedah pengajaran. Melalui konsep sahaja, sudah diketahui bahawa persamaan keempat-empat iaitu digunakan secara gabungan dalam sesi PdP. Rajah 4.5 (b) menunjukkan perbezaan antara keempat-empat kemahiran dalam pengajaran bahasa Melayu.

 

 

DEFINISI

HURAIAN

CONTOH

STRATEGI

Pengurusan dan perancangan pendekatan, kaedah dan teknik

Menggabungkan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran

-       Pemusatan guru

-       Pemusatan murid

-       Berasaskan bahan dan sumber

-       Berasaskan tugas

PENDEKATAN

Cara atau jalan yang diambil untuk mengajar

Menunjukkan haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu

-       Induktif

-       Deduktif

-       Eklektif

-       Tematik

KAEDAH

Mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan bahan bantu mengajar (BBM)

Siri tindakan yang sistematik dan tersusun

-       Sumbang

-       Bercerita

-       Demonstrasi

-       Perbincangan

TEKNIK

Kemahiran khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah

Kemahiran atau cara melaksanakan kaedah

-       Jelas

-       Ringkas

-       Sesuai dengan tahap murid

 

Rajah 4.5 (b) Perbezaan Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

     Dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan amat penting dalam memilih pendekatan yang sesuai. Selain itu, kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dalam sesi PdP, strategi melibatkan pendekatan, kaedah dan teknik. Guru yang bijak mestilah berkemahiran untuk menentukan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, memilih kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan serta boleh menyusun kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Guru yang hendak merangka strategi mestilah tahu menentukan langkah-langkah PdP, menentukan masa bagi setiap langkah, menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan serta boleh menguruskan kelas berdasarkan pendekatan, kaedah dan juga teknik. Antara contoh aktiviti yang boleh dirangka mengikut strategi guru iaitu aktiviti penilaian, berpusatkan murid, kepelbagaian sumber bahan, pemulihan, pendekatan tematik, pengayaan dan juga penggabungjalinan.

     Pendekatan pula merujuk kepada beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi murid-murid, teori pemerolehan bahasa dan juga teori pembelajaran. Pendekatan sering dijadikan pegangan dalam sesuatu PdP bagi memudahkan perancangan guru. Pendekatan difahamkan juga sebagaicara bagaimana objektif-objektif jangka panjang dapat dicapai. Pendekatan juga berasaskan model atau teori PdP yang merangkumi kaedah dan juga teknik. Antara contoh pendekatan yang ada iaitu pendekatan induktif, deduktif, eklektif dan juga komunikatif. Misalnya guru memulakan sesi PdP dengan menggunakan pendekatan komunikatif seperti murid-murid melakukan perbincangan terbuka berkaitan dengan pembinaan ayat majmuk. Hal ini menunjukkan bahawa guru menggunakan pendekatan komunikatif digunakan dalam sesi PdP.

     Berbeza dengan kaedah, Kaedah merupakan suatu siri tindakan guru atau pun prosedur yang sistematik untuk mencapai objektif spesifik bagi jangka masa yang pendek. Cara guru mendekati sesuatu objektif adalah dengan mengaplikasikan langkah-langkah yang tersusun kebiasaannya melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dibuat oleh guru pada setiap hari. Kaedah amat diperlukan dalam setiap pelaksanaan RPH agar objektif guru dan murid tercapai dengan lebih berkesan. Antara contoh kaedah yang terdapat dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu kaedah natural, terus, linguistik, ajuk hafaz, kod kognitif dan juga kaedah oral. Kaedah amat diperlukan bagi memastikan setiap pendekatan, strategi dan juga teknik dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan kemas justeru menjana pemahaman murid terhadap pembelajaran yang lebih tinggi.

     Teknik pula merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan sesuatu kaedah. Teknik merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiranguru yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlutahu cara melaksanakan pelbagai langkah dalam PdP. Melalui teknik ini juga, guru boleh menggunakan pelbagai jenis teknik dalam satu kaedah. Perkara ini menunjukkan bahawa teknik-teknik yang perlu guru tahu seperti main peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasan, kuiz, sumbang saran, simulasi, drama, perbincangan, forum, dialog, permainan bahasa, menyanyi, penyelesaian masalah, tunjuk cara dan juga berpuisi perlu diaplikasikan dalam sesi PdP agar dapat menarik minat para murid mempelajari topik yang diajar khususnya pengajaran dalam bahasa Melayu.

5.0     Penutup

Kesimpulan yang boleh dikaitkan iaitu sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran menggabungkan pelbagai jenis kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai impak pengajaran yang paling optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos paling tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling cemerlang.

 

RUJUKAN

Buku

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Good, T. L., & Brophy, J. E. (2000). Looking in Classrooms (8th éd.). New York: Longman.

Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah

Laku (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd

Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd

 

Internet

Taeachers to be, Pendidikan Awal Kanak-anak, 2018 (Diakses pada 19 Julai 2019)

            http://groupofearlyeducationchildhood.blogspot.com/2018/11/model-pengurusan-

kelompok-kounin.html

Roxarap, Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu, 19 Oktober 2019 (Diakses pada 19 Julai 2019)

http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi

pendekatan.html

Cikgu Hassan, Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik, 2 November 2012 (Diakses pada

            19 Julai 2019)

            http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-

teknik.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA