TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN


1.0) PENULISAN ESEI 1 : TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN

TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
OLEH
MOHD AL-QAHHAR

Pelbagai sumbangan modal sosial dan ekonomi negara berasal daripada kewujudan pendidikan di Malaysia. Antara kunci utama dalam membangunkan negara ialah pendidikan. Hal ini bagi membangunkan negara kita seiring dengan kemajuan negara-negara lain dan setaraf dengan negara-negara Barat. Pada era globalisasi kini, sukses dan kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada kemahiran, ilmu pengetahuan dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat sendiri. Oleh yang demikian, tidak peliklah sekiranya negara yang mempunyai rakyat minda kelas pertama akan berpeluang untuk menikmati kemajuan ekonomi yang lebih pesat.
            Salah seorang daripada ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani, Plato (427-247 SM), menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan moral yang tinggi. Pendapat Socrates disokong oleh beliau apabila Socrates berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan juga dapat membentuk warganegara yang baik, serta taat setia dengan negara. Seorang doktor di Itali, Maria Montessori (1870-1952) mentafsirkan pendidikan sebagai satu proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohan dan juga sosial tanpa mengira peringkat umur.
            Proses pendidikan merupakan penatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan bagi pendapat kebanyakan tokoh Islam. Jika merujuk pandangan Dr.Mohd Athiyah al-Abrasyi pula, proses pendidikan sebagai pembinan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras agama Islam. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa, pengukuhan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pendidikan menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina masa depan Malaysia. Pendidikan juga salah satu cara untuk menyediakan tenaga kerja yang dapat bersaing dalam pasaran kerja global dengan mencetuskan kreativiti dan penjana inovasi dalam generasi muda. Oleh itu, pihak kerajaan terutamanya kementerian pedidikan Negara kita telah mengambil pelbagai insiatif untuk memastikan proses yang dinyatakan di atas sedang berjalan lancar.
Antara pelan yang mula dilaksanakan adalah pelan pembangunan pendidkan. Pihak kerajaan telah mula mengorak langkah untuk mengubah sistem pendidikan selama 11 bulan agar dapat menyediakan generasi muda untuk bersaing dalam abad ke-21. Setelah melakukan kajian selama 11 bulan, pihak kementerian pelajaran telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan pelan pembangunan pendidkan yang akan dijalankan selama 13 tahun. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini akan dilaksanakan secara 3 gelombang. Gelombang pertama akan dimulakan pada 2013 sehingga 2015 yang menumpukan usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan kemahiran asas. Gelombang kedua pada 2016 sehingga 2020 akan menumpukan untuk mempercepatkan system. Selanjutnya, gelombang yang ketiga pula pada 2021 sehingga 2025 iaitu beranjak ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
Kementerian pendidikan memperkenalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini dengan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan yang meluas. Pelan pendidikan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus. Objektif yang pertama ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Objektif yang seterusnya ialah mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas dan nyata untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Objektif yang terakhir ialah menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.
Kementerian telah mengenal pasti dan menggubal 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi produksi perubahan yang diinginkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak atau kesan yang positif kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Secara keseluruhan, anjakan yang dirancang mengambil kira setiap pihak berkepentingan dan permasalahan utama yang ditimbulkan masyarakat awam. Kementerian berharap keterangkuman ini akan menyediakan satu asas tumpuan yang boleh diterima oleh semua warganegara Malaysia.
Antara anjakan pertama yang dikenal pasti ialah menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Anjakan yang kedua pula untuk memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Anjakan yang seterusnya ialah melahirkan rakyat yang menghayati nilai. Anjakan yang keempat pula bagi mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Anjakan yang selanjutnya ialah memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Anjakan yang keenam ialah mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Di samping itu, anjakan yang ketujuh ialah memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Anjakan yang kelapan ialah untuk mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian. Selain itu, anjakan yang kesembilan ialah bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas. Anjakan yang kesepuluh ialah bagi memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Anjakan yang terakhir ialah untuk meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung. Rajah 1.0 menunjukkan 11 anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara.








Rajah 1.0 : 11 Anjakan utama untuk mentransformasi sistem pendidikan negara
Antara anjakan yang penting dan banyak diulaskan adalah anjakan yang keempat iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan murid yang cemerlang. Oleh itu, transformasi dalam profesion keguruan adalah amat penting. Pada permulaanya, masyarakat mula bimbang apabila kerajaan merangka anjakan keempat ini untuk hanya memberikan 30% graduan terbaik ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bekerja. Manakala pelatih guru yang sedang belajar sekarang tidak perlu risau atau bimbang kerana anjakan ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan ia tidak akan menjejaskan sistem pembelajaran pelatih guru yang meneruskan jurusan sekarang kerana setiap perubahan dan langkah yang akan diambil akan memerlukan masa yang lama. Oleh itu, para pelatih guru tidak perlu berasa resah akibat keputusan kerajaan ini dan berusaha mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian mereka.
Bermula dari tahun 2013, kemasukan ke program profesion perguruan akan diketatkan dan dikurangkan. Hanya 30% pelajar yang terbaik sahaja akan diambil untuk meneruskan pelajaran di IPG. Perkara ini membantu untuk memenuhi tujuan pihak kerajaan melahirkan para guru yang berkualiti tinggi dan berkaliber agar dapat meningkatkan taraf pendidikan Negara kita kepada suatu tahap yang lebih bermutu. Mulai tahun 2013, pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyelaraskan standard pengajian agar dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan di IPG. Kalau meneliti sistem pendidikan sebelum ini, hanya 50% guru sahaja yang dapat mengajar dengan berkesan. Selebihnya hanya mengajar dengan tidak berasaskan pemahaman yang mendalam dan memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Guru merupakan tonggak utama dalam sistem pendidikan dengan memberikan pendidikan yang sempurna kepada para pelajar agar dapat menyediakan generasi muda cemerlang yang dapat menempuh segala cabaran pada masa depan kelak dan dapat bersaing dengan para pelajar dari Negara lain.
Demi merealisasikan tujuan kerajaan, pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk hanya memilih para pelajar yang terbaik untuk meneruskan pelajaran di IPG.Pelajar cemerlang yang menceburi bidang perguruan dapat menghasilkan generasi muda yang berkaliber dan dapat bersaing dalam abad ke-21. Para pelatih guru yang keluar daripada IPG akan berkaliber dan dapat menghasilkan generasi muda yang berkualiti tinggi dan dapat memenuhi tujuan pihak kementerian pendidikan pada masa depan kelak. Para pelatih guru juga akan menjalani latihan yang unggul dari mereka memulakan pengajian sampai bersara daripada profesion perguruan. Para pelatih guru dapat mempelajari banyak perkara tentang kerjaya mereka dan dapat membina keyakinan dalam diri mereka agar dapat menyediakan diri mereka terhadap alam pekerjaan mereka nanti.
Selanjutnya, para guru yang memulakan profesion perguruan juga akan diberikan latihan CPD daripada guru besar atau pengetua, guru penyelia atau guru pemimbing.Program CPD berasaskan latihan komponen teras dan latihan komponen elektif. Latihan ini dijalankan di peringkat sekolah dan akan berkesan disebabkan latihan di peringkat sekolah amat berkesan. Latihan ini akan melibatkan rakan sejawat, guru kanan, dan guru besar dan amat berkesan. Melalui latihan ini, para guru dapat meningkatkan tahap kemahiran dengan selaras tahap kecekapan mereka dengan lebih tinggi. Latihan sebegini dapat membantu para guru untuk menyediakan diri dalam alam pekerjaan.
Selain itu, beban pentadbiran para guru juga akan dikurangkan agar dapat membantu mereka untuk menumpukan fokus dalam proses pengajaran. Proses ini dapat memperkemaskan dan memudahkan proses pengumpulan data dan pengurusan data yang sedia ada. Kebanyakan tugas akan mula diberikan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran peringkat sekolah. Tambahan pula, para guru juga akan ditaksir oleh pengetua atau guru besar untuk beberapa tahun. Penilaian ini akan dijalankan mengikut instrumen penilaian baharu yang menilai terhadap keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam luar kelas atau di dalam kelas. Instrumen tersebut menyedarkan guru dan membantu mereka dalam pembelajaran murid.
Seterusnya, para guru yang berprestasi tinggi juga akan diberikan peluang keemasan untuk dinaikkan pangkat daripada DG 41 kepada DG 54 dalam tempoh yang lebih sigkat berbanding daripada yang normal. Para guru yang mencapai tahap kualiti minimum akan diberikan bimbingan yang lebih baik agar dapat memastikan mereka berada dalam landasan pengajaran yang betul. Manakala guru yang masih tidak dapat mencapai tahap kualiti yang minimum, mereka akan ditugaskan semula untuk menjalankan tugas lain seperti pembantu pentadbiran, pengurusan disiplin, dan pengurusan kokurikulum. Oleh itu dari masa ke masa, kementerian akan mengurangkan kohort guru secara berperingkat melalui penambahbaikan dalam penggunaan masa dan produktiviti guru.
Tambahan pula, para guru juga boleh memilih perjalanan kerjaya yang dapat menarik prestasi dan potensi mereka. Contohnya, mereka boleh memilih untuk menjalankan tugas mereka di peringkat sekolah, daerah, negeri atau persekutuan. Para guru juga diberi kebebasan untuk menceburi bidang yang mereka amat minati. Contohnya, bidang pembangunan kurikulum, pentaksiran dan program latihan untuk menghasilkan sistem yang luas. Para guru yang berperanan sebegitu, dapat menjadi sebagai guru pakar dalam bidang yang mereka minati. Walaubagaimanapun, peluang kenaikan pangkat masih sama tanpa mengira bidang yang diceburi oleh para guru.
Di samping itu, pihak kementerian juga memberikan peluang kepada guru untuk meluangkan masa keluasaan yang diberikan dalam isu perjadualan kokurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti CPD yang dilaksanakan juga dimudahkan dengan melibatkan para guru membimbing satu sama lain. Melalui perkara ini kerjasama antara guru dapat diperkukuhkan serta dieratkan dan dapat mencapai standard professional dengan mudah sekali. Pihak kementerian juga harus membawa pelbagai kemudahan dan keistimewaan dalam profesion perguruan agar dapat menarik minat para guru. Contohnya, kemudahan tempat tinggal, elaun dan sebagainya.
Secara rumusnya, anjakan keempat iaitu mentransformasi keguruan sebagai profesion pilihan merupakan salah satu anjakan yang penting dan bermanfaat dalam pelan pembangunan pedidikan. Hal ini kerana, melalui transformasi keguruan, pendidikan sesebuah Negara dapat dibangunkan dan ditingkatkan dengan mudah sekali. Seorang guru memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pendidikan Negara dalam pembinaan generasi yang berilmu dan berpengetahuan yang luas dan tinggi. Oleh itu, pendidikan Negara kita memerlukan para guru yang lebih cemerlang dan sukses serta sesuai untuk membangunkan pendidikan. Oleh itu,kementerian telah mengorak langkah yang strategik untuk menarik minat orang ramai untuk menceburi bidang pendidikan agar dapat menghasilkan guru-guru yang berkaliber tinggi. Melalui guru-guru tersebut kementerian dapat mencapai dan memenuhi tujuan yang dirangka untuk tahun 2013-2025. Pentransformasian keguruan ini harus disokong dan perlu melibatkan diri secara langsung demi Negara yang tercinta ini.

Ulasan

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    More than 160000 women and men are utilizing a easy and SECRET "liquids hack" to lose 1-2lbs every night in their sleep.

    It's scientific and it works on anybody.

    This is how to do it yourself:

    1) Go grab a clear glass and fill it up with water half the way

    2) Now use this awesome HACK

    so you'll become 1-2lbs thinner as soon as tomorrow!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA