KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

Kata bantu menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu :

  1. Kata bantu aspek
  2. Kata bantu ragam


1) KATA BANTU ASPEK

Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa, sama ada belum, sedang atau sudah dilakukan. Kata bantu aspek dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

akan
belum
pernah
sedang
masih
baru
sudah
telah
mula

 Akan dan belum menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan, seperti dalam contoh ayat yag berikut:

  •  Saya akan menulis surat kepada mereka.
  •  Pesawat itu belum tiba lagi. 

Mula, sedang, dan masih menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu mula, sedang atau belum selesai dilakukan seperti yang terdapat dalam ayat yang berikut: 

  • Kereta sorong itu mula bergerak.
  • Negara Jepun sedang pesat membangun.
  • Projek itu masih dalam peringkat permulaan.

Baru, sudah, telah dan pernah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu baru atau sudah selesai dilakukan seperti dalam ayat yang berikut:

  • Pelajar itu baru datang hari ini.
  • Puan Asmah sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.
  • Dia telah pergi ke Korea pada tahun lepas.
  • Cik Minah pernah memnangi peraduan menghias pejabat.








2) KATA BANTU RAGAM

Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata bantu jenis ini adalah seperti yang berikut:

hendak
mahu
harus
ingin
mesti
boleh
dapat
patut
mungkin
enggan

 Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah seperti yang berikut:
  
  • Pemuda itu hendak pergi ke padang.
  • Pelajar sekolah itu mahu mandi di sungai.
  • Mereka harus datang pagi-pagi lagi.
  • Saya ingin ke pasar malam.
  • Kita semua mesti menghargai jasa para guru.
  • Amira boleh menyertai pertandingan itu.
  • Ibu dapat tidur dengan nyenyak.
  • Dia patut menyelesaikan tanggungjawabnya dahulu.
  • Mereka mungkin lambat sikit.
  • Pesawah itu enggan membuat laporan kepada polis.

Dalam bahasa Melayu, kata bantu boleh hadir secara berderetan lebih daripada satu dalam ayat, iaitu sebelum kata kerja, seperti yang terdapat dalam contoh yang berikut:

  • Orang tua itu sedang hendak pergi ke bandar.
  • Dia belum hendak mandi lagi.
  • Mereka harus sudah tiba. 
  • Aminah belum boleh menyertai peraduan itu.
  • Bayi itu masih belum dapat tidur nyenyak.
  • Kami masih boleh menjalankan tugas.

Ulasan

  1. Terima kasih sangat membantu saya untuk belajar

    BalasPadam
  2. kereta sorong itu mula bergerak

    BalasPadam
  3. Terima kasih puan.. Saya akan berkongsi dengan murid-murid saya, esok.. Sangat membantu KATA BANTU yang puan jelaskan..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, cikgu boleh saya berkenalan dengan cikgu untuk saya siapkan kerja kursus BM saya

    BalasPadam
  5. nak tanya, "kelak" dikira sebagai kata bantu aspek ataupun tidak?

    BalasPadam
  6. Mantul puan....

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu kerana membantu pembelajaran murid murid yang memerlukannya lagi sekali terima kasih cikgu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

MORFOLOGI BAHASA MELAYU