PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI


1.0)  TUGASAN 1: PENULISAN ESEI 1
PENGENALAN
Terdapat pelbagai istilah yang boleh dikaitkan dengan nama tulisan Jawi. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermakna tulisan yang menggunakan huruf Jawi. Manakla huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Terdapat juga para sejarawan yang berpendapat bahawa tulisan Jawi dipanggil sebagai Yawi di Pattani.
            Melalui perspektif yang lain, tulisan Jawi dijadikan sebagai antara dua sistem tulisan rasmi di Brunei dan juga dijadikan sebagai tulisan alternatif di Malaysia. Hal ini demikian kerana tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai dalam penggunaan bahasa Melayu tetapi sudah diganti dengan abjad Rumi. Oleh yang demikian tulisan Jawi digunakan secara terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan sahaja. Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia menggunakan penulisan Jawi.
            Sekitar tahun 1300 Masihi di Kepulauan Melayu tulisan Jawi telahpun wujud. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan pedagang-pedagang Islam khususnya yang datang dari Parsi dan bebrapa kawasan Timur Tengah. Terdapat pelbagai anjad Arab yang diperkenalkan diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik yang digunakan secara lisan mahupun tulisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri dan ditokok tambah dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab iaitu ca, pa, nga, va dan nya.
Setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini, tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an.
Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.
2.0) SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI
Sejak dahulu lagi orang Melayu terkenal dengan beberapa sistem tulisan yang digunakan hasil daripada beberapa aktiviti serapan masuk yang dibawa oleh para pedagang yang secara tidak langsung memberikan pengaruh yang besar kepada orang-orang Melayu. Orang Melayu mula menggunakan sistem tulisan sejak abad ke-4 Masihi di Champa, Vietnam. Pada abad ke-7, terdapat pula beberapa bahan tulisan bahasa Melayu yang ditemui di Sumatera, Jawa Tengah dan Kota Kapur. Pada abad ke-14 pula, bahan tulisan berbahasa Melayu tersebut dijumpai di Pagaruyung, Sumatera Barat dan di Minye Tujuh, Acheh. Kesemua bentuk tulisan tersebut boleh dikaitkan dengan penggunaan huruf-huruf India sehingga dapat melahirkan tulisan-tulisan kain seperti tulisan Jawa, Sunda dan juga Bali. Tulisan rencong juga merupakan salah satu daripada jenis tulisan yang lahir daripada golongan tulisan India. Tulisan rencong ini mempunyai pelbagai jenis nama di serata tempat yang berlainan.
            Tulisan Arab ataupun Jawi ini mulai digunakan di Tanah Melayu kira-kira pada abad ke-3 hijrah atau ke-10 Masihi yang dikatakan oleh para sejarawan bermula di Kedah dan kemudiannya merebak ke Phang-Rang, Vietnam, Pahang, Brunei dan Gerisik, Jawa Timur pada abad ke-11. Terdapat juga tulisan Jawi yang dijumpai penggunaannya melalui buku undang-undang, hukum kanun, kitab agama, hikayat, prosa Melayu, catatan hasil cukai, geran tanah, kira-kira baitulmal dan juga perubatan. Melalui pengembangan sistem tulisan Arab tersebut menyebabkan pelbagai bukti-bukti kewujudan tulisan Jawi pada batu bersurat atau prasasti, manuskrip lama, surat perjanjian dan surat izin berniaga yang terlampau banyak dijumpai pada masa itu.
            Merujuk pendapat Amat Juhari Moain (1996), tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam pelbagai lapangan dan kegiatan penulisan. Terdapat juga penggunaan tulisan Jawi dalam kesenian iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, pada dinding di dalam masjid, batu nisan dan sebagainya. Hasil catatan Hashim Musa (1996) dalam buku Sejarah Melayu menunjukkan bahawa tulisan Jawi pada masa itu digunakan secara meluas dalam urusan-urusan pentadbiran sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di Kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaannya yang meluas telah menarik minat penulis-penulis tempatan dan luar negeri seperti W.G Shellaber (1935) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling. Melalui penulisan buku Sejarah Melayu oleh Hashim Musa (1996), dicatatkan bahawa tulisan Jawi telah berkembang untuk perkara-perkara seperti dalam rajah 1 di bawah.



Rajah 1.0 : Penggunaan Tulisan Jawi

3.0) PERINGKAT PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI             
 Tulisan Jawi telahpun mengalami dua peringkat utama yang dipanggil sebagai evolusi dari segi sistem ejaan dan bentuk huruf yang membinanya. Tulisan Jawi ini telah mengalami pelbagai bentuk perubahan dan perkembangan dalam mencapai tahap pemantapannya. Perkembangan sistem Jawi berlaku dalam banyak peringkat namun secara generalisasinya, perkembangan sistem Jawi dapat dibahagikan sebenarnya kepada dua peringkat utama. Rajah 1.1 menunjukkan dua peringkat utama perkembangan sistem Jawi secara ringkas.





















Rajah 1.1 : Peringkat Perkembangan Sistem Ejaan Jawi
Terdapat empat tahap dalam perkembangan sistem ejaan Jawi bagi peringkat yang pertama. Antara perkembangan sistem ejaan Jawi bagi peringkat pertama iaitu menggunakan tulisan dan sistem ejaan Arab sepenuhnya, menghilangkan tanda baris tetapi mengekalkan ejaan dan huruf sedia ada, mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan juga kedua.

3.1.1) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 1 : MENGGUNAKAN TULISAN ARAB
Pada peringkat sistem ejaan Jawi peringkat yang pertama, tahap yang pertama iaitu menggunakan tulisan Arab. Melalui tahap ini, tulisan Jawi menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya. Ejaannya menggunakan tulisan Arab yang terlengkap dengan menggunakan tanda-tanda baris bagi mengeja kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan perkataan Melayu yang asli. Kebiasaannya ejaan-ejaan lama yang menggunakan Jawi pada tahap ini mudah didapati di dalam beberapa buah manuskrip Melayu lama misalnya kitab Aqa’id al-Nasafi yang juga merupakan manuskrip Melayu yang paling tertua. Rajah 2 menunjukkan contoh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab atau perkataan Melayu asli.





Rajah 2 : Ejaan manuskrip Melayu lama

            Terdapat pelbagai kelemahan yang boleh didapati apabila penggunaan tanda baris diteruskan dalam penggunaan tulisan Jawi pada tahap ini. Penggunaan ejaan pada tahap ini membuatkan proses penulisan lambat. Hal ini meneraju kepada perubahan sistem ejaan Jawi kepada tahap menghilangkan baris.
3.1.2) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 1 : MENGHILANGKAN BARIS
Pada peringkat perkembangan sistem ejaan Jawi peringkat pertama bagi tahap yang kedua iaitu tahap menghilangkan baris, sistem ejaan Jawi masih lagi menggunakan pengaruh ejaan Arab. Tetapi pada tahap dua ini, penggunaan baris telahpun dimansuhkan. Oleh yang demikian, tulisan Jawi yang tidak lagi menggunakan tanda baris dipanggil sebagai tulisan Arab Gundul. Tahap menghilangkan baris ini berlaku apabila telah berlakunya pemantapan sistem ejaan bagi tahap yang pertama. Disebabkan itulah tanda baris dibuang.
Walau bagaimanapun, kelemahan menggunakan sistem tulisan Jawi Arab Gundul menyebabkan kesukaran dalam membunyikan sesuatu perkataan dengan tepat serta boleh menimbulkan perkataan yang terbentuk homograf iaitu perkataan yang sama ejaan, tetapi berbeza daripada segi sebutan. Misalnya perkataanتمبق   boleh disebut sebagai tembak, tambak, tembok dan juga tombak. Hal ini menunjukkan bahawa ejaan tersebut akan mengelirukan para pembaca mahupun penulis. Perkara seperti ini dialami jga oleh orang-orang yang pakar dalam bidang tulisan Jawi. Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah kekeliruan sebutan, tahap menggunakan huruf saksi atau vokal diperkenalkan.

3.1.3) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 1 : MENGGUNAKAN HURUF SAKSI ATAU VOKAL
Pada tahap menggunakan huruf saksi atau vokal ini, sistem ejaan Jawi dianggap sebagai tahap yang paling awal dengan membubuh huruf saksi pada suku kata pertama sahaja. Terdapat tiga huruf benar Arab yang dijadikan sebagai huruf saksi selain mengekalkannya sebagai huruf benar, iaitu ا (alif), و (wau) dan ي (ya). Rajah 2.1 menunjukkan antara contoh perkataan yang menggunakan huruf saksi atau vokal.
ini
اين
bola
بولا
kita
كيت
mata
مات

Rajah 2.1 : Perkataan yang menggunakan huruf vokal atau saksi
            Bentuk homograf masih lagi wujud tetapi tidak sebanyak mana sepeti pada tahap yang sebelumnya. Tetapi terjadi juga beberapa kesilapan dan salah faham masih berlaku misalnya perkataan لاك   boleh disebut sebagai laki dan juga laku. Perkara ini bermakna bahawa masih wujud kelemahan semasa tahap menggunakan huruf vokal atau saksi ini. Kemudiannya sistem ini beralih kepada tahap yang seterusnya.

3.1.4) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 1 : HURUF SAKSI PADA SUKU KATA PERTAMA DAN KEDUA
Terdapat banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang menggunakan dua suku kata. Jadi pada tahap ini, huruf saksi atau vokal ini telah diletakkan pada kedua-dua suku kata pertama dan juga kedua. Walau bagaimanapun, sistem ini juga mempunyai beberapa kelemahan yang tidak boleh dielakkan.  Melalui sistem ini dapat dikesan bahawa terdapat kekurangan hurf-hurf vokal dalam tulisan Jawi bagi melambangkan fonem-fonem vokal bahasa Melayu, Dalam huruf Jawi, terdapat tiga sahaja hurf saksi iaitu ا,و,ي sahaja manakala dalam bahasa Melayu terdapat lima vokal yang dilambangkan dengan enam fonem iaitu a,e-pepert, e-taling, i, o dan u. Rajah 2.2 menunjukkan penggunaan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua pada tulisan Jawi.
بوكو
buku
ﭭﻮﻻ
pula
ݢﻲݢﻲ
gigi
ݢﻮ
lagu

Rajah 2.2 : Penggunaan Huruf Saksi Pada Suku Kata Pertama dan Kedua

3.2) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 2
Sistem ejaan Jawi mulai berkembang secara beransur pada zaman awal perkembangannya. Perubahan yang dilakukan adalah berdasarkan kelaziman yang berlaku dan bukannya mengikut peraturan mahupun sebarang panduan. Namun, menjelang sahaja abad ke-20, perkembangan sistem ejaan Jawi dikembangkan kepada beberapa pedoman dan juga panduan yang dirangka dan diterbitkan oleh orang perseorangan mahupun pertubuhan yang tertentu misalnya Hejaan P.Bm.P.B. Diraja, Ejaan Jawi Za’ba, Sistem Ejaan Dian dan juga Pedoman Ejaan Jawi yang Disepurnakan. Keempat-empat pedoman dan panduan ini diserapkan ke dalam penggunaan sistem ejaan Jawi pada zaman tersebut.

3.2.1) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 2 : HEJAAN P.Bm.P.B. DIRAJA
Mejar Dato’ Mohd Said Sulaiman yang merupakan seorang pegawai kanan kerajaan Johor telahpun menyusun panduan ejaan ini yang digunakan secara rasmi oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B Diraja Johor). Pakatan ini telahpun menubuhkan panduan tulisan ini pada tahun 1937. Panduan ejaan ini menerangkan kaedah mengeja dengan menggunakan huruf-huruf saksi iaitu ا,و,ي , cara mengeja perkataan berimbuhan, penggunaan huruf ء , penggunaan dan perbezaan huruf ق dan ك dan lain-lain. Rajah 3.0 hingga 3.2 menunjukkan pola 1 dalam sistem ejaan jawi Hejaan P.Bm.P.B.




Rajah 3.0 : Pola 2 HEJAAN P.Bm.P.B. DIRAJA




Rajah 3.1 :Pola 2 HEJAAN P.Bm.P.B. DIRAJA







            Rajah 3.2 :Pola 3 HEJAAN P.Bm.P.B. DIRAJA

            Penggunaan ‘ta simpul’ ة dan ‘ta panjang’ ت diadakan dalam sistem ejaan Pakatan. ‘Ta panjang’ digunakan pada akhir perkataan menunjukkan bunyi itu hidup. Contohnya مات (mata). Sebaliknya ‘ta simpul’ pada akhir perkataan menunjukkan bunyi itu mati iaitu سبة .Walau apapun terjadi sistem ejaan ini secara langsung digunakan oleh Kerajaan Johor dalam setiap urusan penerbitan dan surat-menyurat.

3.2.2) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 2 : EJAAN JAWI ZA’BA
Dalam buku Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, Za’ba telah memberikan panduan ejaan yang lengkap dan juga terperinci. Beliau telahpun memberikan panduan ejaan yang abru sekurang-kurangnya 20 peraturan atau hukum ejaan Jawi bagi kata dasar dan 20 peraturan bagi kata berimbuhan. Rajah-rajah di bawah menunjukkan contoh  peraturan yang ditetapkan oleh Za’ba melalui sistem ejaan Jawi pada peringkat kedua.



Rajah 4.0 : Bunyi berpadu atas kasar, menggunakan huruf saksi alif (ا)

kamu
كامو
satu
ساتو
dadu
دادو




Rajah 4.1 : Bunyi lepas hadapan di hujung menggunakan huruf saksi wau (و  )

Rajah 4.2 : Ejaan berpenambah ber-, ter-, per- terus disambung, kecuali perkataan yang bermula dengan huruf   ر  maka pada huruf itu digugurkan.




Rajah 4.3 : Penambahan partikel pun hendaklah dirangkaikan dengan kata dasar
                                                              
          Walaupun sistem ejaan pada tahap ini mempunyai pelbagai perubahan yang sangat besar namun masih banyak lagi kelemahan yang didapati. Antaranya iaitu terlalu banyak kekcualian ejaan, ejaan cara lama masih banyak dikekalkan, masih terdapat masalah homograf dan juga tidak kekal dari segi bentuk ejaan bagi satu kata dasar yang sama.
Seorang pengarang majalah Dian di Kelantan telah memperkenalkan sistem ejaan Jawi yang baharu berdasarkan sistem fonetik pada tahun 1979. Sistem fonetik ini merupakan sistem mengeja perkataan sebagaimana perkataan itu disebutkan. Rajah-rajah di bawah menunjukkan antara contoh sistem ejaan Dian yang digunakan.
agama
اݢاما
guna
ݢونا
lama
لاما




Rajah 5.0 : Ejaan mengikut bunyi
bilik
بيليق
belek
بيليق
burung
بوروڠ
borong
بوروڠ



                          

لاݢوڽ
bapanya
باڤاڽ



Rajah 5.2 : Huruf  ڽ digunakan untuk kata ganti nama orang ketiga
ڽاموق
nyanyuk
ڽاڽوق




Rajah 5.3 : Jika ڽ sebagai konsonan, huruf vokal ا,و,ي digunakan.




pulau
ڤولاو
pakai
ڤاكاي

Rajah 5.4 : Bunyi diftong boleh dieja menggunakan sistem ejaan Dian
saing
ساءيڠ
kain
كاءين




Rajah 5.5 : Huruf ء digunakan untuk kata-kata berkait
istinjak
استنجاء
wuduk
وضوء




Rajah 5.6 : Istilah atau perkataan dalam bahasa Arab dikekalkan ejaannya supaya kekal tertibnya

buah-buah
بواه٢
buku-buku
بوكو٢




Rajah 5.7 : Kata ganda ditulis menggunakan angka dua Arab

          Sistem Ejaan Dian mempunyai pelbagai perubahan baharu yang mengurangkan masalah jika dibandingkan dengan sistem ejaan yang sebelumnya. Walau bagaimanpun, terdapat pelbagai kelemahan yang boleh didapati. Antara kelemahan Sistem Ejaan Jawi Dian iaitu tiada perbezaan lambang antara /f/ dengan /p/ kerana kedua-duanya menggunakan huruf yang sama iaitu huruf ف   dan huruf angka dua Arab (٢) yang digunakan pada akhir kata ganda agak mengelirukan terutamanya pada kata ganda berimbuhan seperti برڤانسن٢ kerana sebutannya diragui.


3.2.4) PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN JAWI PERINGKAT 2 : PEDOMAN EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN
            Pada tahun 1983, satu bengkel ejaan Jawi telahpun diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelbagai sistem ejaan Jawi yang diasaskan oleh Za’ba dijadikan sebagai panduan asas bengkel tersebut. Kertas kerja telah dibentangkan dalam Konvesyen Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di Kuala Terengganu pada bulan April 1984. Sebuah buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) dan diikuti oleh penerbitan buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi pada tahun 1988. Sebenarnya kebanyakan pembaikan dan penambahan berpandukan sistem ejaan Jawi Za’ba. Rajah 6.0 di bawah menunjukkan antara penambahbaikan yang dilakukan dalam Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.

Rajah 6.0 : Sistem Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
        
      
                Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan ialah satu usaha bagi penyelarasan, penyeragaman, penambahan, pengubahsuaian dan pelengkap kepada sistem perkembangan kepada sistem ejaan Jawi. Konklusinya, Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan ini merupakan satu sistem ejaan Jawi yang lebih baik daripada sistem yang sebelumnya kerana pelbagai masalah dapat diatasi melalui hukum-hukum yang diberikan.

Ulasan

  1. اولسن يڠ پاݢوس باݢي مڠتاهوءي ڤرکمبڠن علمو جاوي.

    BalasPadam
  2. Asslm saya nk tanya perkembangan sistem ejaan tulisan jawi pada abad ke berapa ye...cuma ada abad ke 20 je..saya tgh buat research tentang tulisan jawi😅..maaf bertanya

    BalasPadam
  3. sangat membantu saya dalam mencari maklumat untuk tugasan BMMB1114

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA