SOALAN RAMALAN MORFOLOGI SECARA GENERAL

Soalan-soalan ini dicipta khas buat para guru pelatih PPISMP bagi subjek morfologi Bahasa Melayu. Cikgu harap agar maklumat yang cikgu bagi berguna untuk semua. :) Berikut merupakan beberapa soalan yang kebiasaannya ditanya khususnya bagi Subjek Morfologi Bahasa Melayu :

  
1) Apakah yang dimaksudkan dengan fonem?
Fonem bermaksud gabungan terkecil dalam sebuah bunyi bahasa yang masih boleh menunjukkan fitur perbezaan makna.


2) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem?
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu atau fungsi tertentu tatabahasa. 


3) Apakah yang dimaksudkan dengan fleksi?
Fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu. Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan, misalnya boy - boys 'budak lelaki', book - books 'buku'. Imbuhan fleksi juga ditambahkan pada kata kerja untuk menunjukkan kala atau kasus. Contohnya, wait - waited  'menunggu' dan laugh - laughed  'ketawa'  untuk menunjukkan aspek kala (kala kini - kala lampau) dan I, me, dan mine (bentuk kata ganti nama orang pertama) untuk menunjukkan kasus (kasus nominatif - kasus akusatif - kasus genetif). Gejala fleksi tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Austronesia termasuklah bahasa Melayu.


4) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem kosong?
Morfem kosong iaitu morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa sebarang perubahan pada bentuknya. Dalam bahasa Inggeris misalnya perkataan sheep  'kambing biri-biri' bentuk jamaknya sheep juga tanpa pertambahan morfem -s. Oleh itu, perubahan daripada bentuk tunggal kepada bentuk jamak dalam perkataan sheep tidak melibatkan perubahan atau pertambahan sebarang bentuk. Bagi kata kerja pula, put 'meletakkan' , bentuk kala lampaunya tetap put juga, iaitu tidak mengalami apa-apa perubahan atau pertambahan sebarang bentuk.


5) Berikan tentang konsep morofologi?
Morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA