PERKEMBANGAN KEGURUAN ; PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

PENGENALAN

Perkembangan dalam bidang pendidikan dan keguruan memerlukan kefahaman yang mendalam oleh mereka yang terlibat dalam ini untuk memahami tentang falsafah pendidikan. Bagi guru umumnya, falsafah pendidikan itu sangat perlu dikuasai keran tindakan-tindakannya semasa mendidik dan mengajar akan selalu dipengaruhi oleh falsafah hidupnya mendidik dan mengajar akan selalu dipengaruhi oleh falsafah hidupnya dan juga falsafah pendidikan yang difahaminya. Falsafah pendidikan akan menunjukkan hala tuju kepada perbuatan para pendidik semasa mendidik dan mengajar murid-muridnya.

          Oleh hal yang demikian, sesiapa pun yang berada dalam bidang pendidikan perlu memahami sejarah dan perubahan yang telah berlaku dalam aliran falsafah pendidikan dunia. Di Barat dan Timur, falsafah pendidikan dibina agak berbeza-beza mengikut fahaman dan persekitaran masyarakat pada waktu itu.

          Seorang guru sama ada secara peribadi ataupun pelaksana kurikulum perlu mengetahui falsafah pendidikan. Seorang guru perlu menguasai dan seharusnya tidak buta terhadap falsafah pendidikan, kerana tujuan sesuatu pendidikan itu sentiasa berhubung secara langsung dengan tujuan hidup dan kehidupan individu mahupun masyarakat yang melaksanakannya.

          Falsafah pendidikan harus mampu memberikan arah dan pedoman kepada guru. Pemahaman yang teliti terhadap sesuatu falsafah pendidikan akan menjauhkan para guru dan perancang kurikulum daripada sikap try and error dalam membuat sesuatu keputusan atau aktiviti pendidikan. Hal ini juga akan mengelakkan guru daripada membuat program pendidikan  tanpa perancangan yang betul dan selaras dengan kehendak dalam falsafah pendidikan negara.




PERKEMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
 
Aliran pendidikan mengikut falsafah pendidikan Barat pada masa ini sebenarnya dipengaruhi oleh falsafah umum tentang kehidupan di Barat yang telah muncul sejak awal abad ke-18 lagi. Antara falsafah umum yang timbul pada abad itu ialah fahaman idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah-falsafah ini telah berkembang di Barat dan mempengaruhi aspek-aspek kehidupan masyarakat Barat termasuklah dalam bidang pendidikan.
          Aliran idealisme merupakan falsafah umum tradisional yang terawal dan klasik. Antara tokoh yang mempelopori idealisme ialah Plato dan Descartes. Idealisme memfokuskan tiga perkara utama iaitu akal, jiwa dan kerohanian. Menurut mereka yang berpegang pada fahaman ini, tiga perkara ini pelru diberi perhatian dalam kehidupan kerana di situlah punca sesuatu kebenaran. Fahaman ini tidak mementingkan kewujudan fizikal, tetapi lebih berfokus pada kerohanian.

          Satu lagi falsafah umum tradisional ialah aliran realisme. Aristotle, Russel dan John Lock ialah penganut fahaman ini. Mereka menyatakan bahawa keseluruhan realiti ialah alam fizikal dan apa-apa yang di luar dari alam fizikal tidak dianggap sebagai realiti. Golongan ini sangat mementingkan kewujudan fizikal untuk membuktikan sesuatu kebenaran.

          Falsafah umum dengan fahaman pragmatisme pula muncul di Barat sebagai mazhab falsafah kontemporari. Fahaman ini dipelopori oleh tokoh falsafah Amerika Syarikat seperti John Dewey, Charles Darwin dan William James. Dalam fahaman pragmatisme, mereka melihat alam semesta itu bersifat dinamik dan manusia perlu mendapatkan pengalaman sebagai bukti sesuatu kebenaran. Aliran fahaman ini juga dikenal sebagai empirisme, fungsionalisme. eksperimentalisme atau falsafah orang Amerika yang menolak konsep ketuhanan atau metafizik. Dalam aliran ini, nilai etika dan estetika yang dipegang dapat ditentukan melalui penerimaan dan pengalaman masyarakat serta kebudayaan setempat.

           Seterusnya selepas Perang Dunia Kedua, wujud pula fahaman yang lebih moden iaitu mazhab eksistensialisme yang dipelopori oleh orang Eropah seperti S Kierkegaad dan Karl Jasper; sehingga fahaman ini dikenali juga sebagai falsafah orang Eropah. Mazhab atau fahaman ini menyatakan bahawa kebanyakan idea dan pengetahuan seseorang berasal daripada pengalaman bebas atau laissez faire. Dikatakan juga kehidupan itu ialah tanggungjawab individu. Oleh itu, setiap orang bebas menentukan keputusan dan pilihan yang diambil oleh mereka. Malah, pegangan terhadap nilai etika dan estetika juga dapat ditentukan melalui keserasian diri individu. Tidak perlu mengikut norma yang dipersetujui oleh masyarakat semata-mata.

          Keempat-empat falsafah umum yang dibincangkan ini telah mempengaruhi kemunculan falsafah pendidikan Barat pada masa ini sama ada falsafah tradisional ataupun moden. Antara falsafah pendidikan aliran tradisional yang utama ialah esensialisme dan parenialisme. Falsafah pendidikan aliran moden yang berpengaruh pula ialah fahaman progresivisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme.

         

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA