CABARAN PENGARUH LUAR KHUSUSNYA PENGARUH BARAT ATAU NUSANTARA YANG TELAH MERESAPI BUDAYA KAUM ANDA PADA HARI INI

1) Penulisan Esei 1: Cabaran pengaruh luar khususnya pengaruh barat atau nusantara yang telah meresapi budaya kaum anda pada hari ini.

1.1) Bentuk pengaruh luar yang meresap dalam kebudayaan Melayu 

1.1.1) Fahaman asal masyarakat Melayu sehingga kini

 Terdapat pelbagai bentuk kebudayaan asing yang sudah dan mulai meresap dalam kebudayaan Melayu di Malaysia mahupun negara-negara lain. Permulaan kebudayaan masyarakat Melayu dapat dilihat bermula dengan fahaman masyarakat Melayu itu sendiri. Pada asalnya, masyarakat Melayu mempunyai fahaman animisme yang merupakan fahaman yang percaya akan kuasa ghaib yang teramat berkuasa. Disebabkan oleh masyarakat Melayu sendiri tidak dapat menjelaskan dengan lebih terang tentang fenomena alam atau gejala seperti gerhana, hujan, sakit dan lain-lain, maka mulai itu masyarakat Melayu mulai membabitkan gejala tersebut dengan kuasa luar biasa yang lain. Terdapat pelbagai nama yang diberikan oleh orang Melayu terhadap kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai luar biasa. Antara nama-nama kuasa ghaib yang dipercayai oleh masyarakat Melayu sehingga kini iaitu hantu, penunggu, jembalang dan sebagainya.Masyarakat Melayu juga kebanyakannya  percaya bahawa terdapat tempat-tempat yang tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung terdapatnya penunggu-penuggu yang perlu dihormati dan perlu patuhi beberapa adat Melayu yang tidak boleh dilanggar sama sekali. Bukan itu sahaja, malah kepercayaan seperti ini terbawa-bawa sehingga zaman kini. Kepercayaan seperti ini masih wujud walaupun pengaruh Islam begitu luas pada masa kini. Contohnya, masyarakat Melayu percaya bahawa terdapat sesuatu pnca penyakit berlaku seperti sampuk, saka, terkena buatan orang lain, santau dan bermacam lagi.

     Fahaman masyarakat Melayu terhadap kuasa-kuasa yang dianggap luar biasa ini dapat ditunjukkan dengan lebih dekat apabila wujudnya penggunaan tangkal, mantera dan juga tindakan melalui upacara-upacara yang tertentu seperti menyembah dan sebagainya. Orang Melayu percaya sesungguhnya bagi mengelakkan  sesuatu yang buruk berlaku, ketika melawat tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, mereka menggunakan ungkapan tertentu bagi menunjukkan hormat misalnya, “Tok, Nenek, cucu nak lalu sahaja di sini’. Perkara seperti ini kebiasaannya akan dilakukan di kawasan yang dipercayai bersemangat seperti hutan. Hal ini membawa maksud mereka memujuk penunggu hutan supaya tidak mengenakan bala kepada pelawat di kawasan tersebut.



1.1.2) Pengaruh Hindu dalam kebudayaan Melayu
MANDI SAFAR

Kepercayaan dan kebudayaan Hindu mulai diadaptasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu setibanya para pedagang dang penyebar agama Hindu mula bertapak masuk ke alam Melayu semasa zaman Kesulatanan Melayu Melaka lagi. Terdapat pelbagai adat Hindu yang meresap masuk ke dalam pengamalan kebudayaan Melayu. Misalnya boleh dilihat upacara mandi safar misalnya merupakanpengaruhHindu yang mengambil amalan orang Hindu. Hal ini demikian kerana penganut agama Hindu kebanyakannya mandi di Sungai Ganges bagi membuang segala kejahatan yang ada dalam diri. Begitu juga dengan mandi safar yang dipercayai oleh masyarakat melayu dengan mandian tersebut, mereka boleh menghapuskan dosa-dosa mereka terhadap Tuhan serta dapat menyucikan diri daripada kejahatan. Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak yang diwarisi sejak zaman berzaman. Di Kelantan dan Terengganu, perayaan ini dikenali sebagai Pesta Puja Pantai. 

Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Mandi Safar adalah temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam kertas safar atau papan kecil yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai air safar. Namun kini perbuatan ini diharamkan kerana didapati perkara ini berlawanan dengan ajaran agama Islam. 

      Pengaruh agama Hindu dalam kehidupan masyarakat Melayu sangat banyak sehinggakan terdapat banyak juga adat-adat Melayu yang disahkan tidak boleh digunakan sekiranya berunsur syirik kepada Tuhan. Penyerapan amalan Hindu ini turut berlaku dalam majlis perkahwinan seperti menepung tawar, bersiram di pancapersada dan sebagainya. Selain itu, semasa seseorang wanita mengandung, upacara tertentu seperti melenggang perut juga dilakukan. Hal ini sangat berkaitan dengan pengamalan budaya kaum Hindu. Upacara melenggang perut ini dilakukan oleh masyarakat Melayu hanya untuk mengetahui jantina seseorang bayi yang berada di dalam kandungan ibunya. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu yang mengandung itudan kemudiannya kelapa ituakan dibiarkan terjatuh. Jika kelapa tersebut jatuh ke kiri ibu, maka dipercayai si ibu akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya ia jatuh ke kanan, si sibu akan melahiran seorang anak perempuan. Hal ini membawa bukti bahawa betapa banyak pengaruh luar yang meresapi kebudayaan Melayu sehingga kini. 

      Melalui perspektif lain, misalnya bahasa terdapat banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh penganut Hindu pada zaman dahulu diserapkan dalam bahasa Melayu. Perkara ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu menjadi lebih meluas dan banyak. Orang-orang Hindu dahulu datang ke sini membawa banyak sastera lisan mereka misalnya cerita panglipurlara merupakan cerita lisan popular yang berkembang khususnya dalam kalangan penghuni istana. Selain daripada itu, kita mengetahui bahawa pengaruh Hindu juga terdapat dalam pelbagai jenis kesenian Melayu seperti motif-motif yang melambangkan haiwan seperti ular, gajah dan sebagainya. Kebiasaannya seni ukiran seperti terdapat pada rumah-rumah dan barang perhiasan. Terdapat juga muzik tradisional Hindu yang turut meresapu masyarakat Melayu khususnya di istana danjuga beberapa tempat di Malaysia. 



1.1.3) Pengaruh Islam dalam kebudayaan Melayu

Pengaruh Islam mulai berkembang dengan kedatanagan mubaligh Islam ke Tanah Melayu semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Diketahui bahawa kedatangan pengaruh Islam bermula selepas sahaja pengaruh Hindu mulai meresap dalam kebudayaan Melayu. Secara tidak langsung pengamalan agama Islam dan juga kebudayaan Hindu menjadi semakin meluas. Melalui pandangan perspektif Dato’ Dr Abdul Monir Yaacob berdasarkan kertas kerjanya yang bertajuk “Islam dalam Mempengaruhi Pemikiran Melayu” (2003), pengaruh Islam terhadap orang Melayu sangat kuat. Hal ini dapat dibuktikan melalui terdapatnya pengaruh Hindu yang terhakis sedikit demi sedikit laludigantikan dengan pemngamalan agama Islam. Tetapi, terdapat banyak amalan agama Islam kini yang agak terpesong daripada syariah agama Islam. Oleh yang demikian, amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. Dikatakan bahawa pengaruh Islam yang mulai meresap dalam diri masyarakat Melayu banyak dipraktikkan sehingga kini. Hal ini dapat dibuktikan apabila agama Islam banyak mengubah cara pemikiran Melayu apabila agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur nasionalisme dalam pemikiran masyarakat Melayu. 

Orang Melayu banyak juga mengamalkan budaya Arab dalam kebudayaan mereka. Hal ini kerana budaya Arab merupakan sebahagaian daripada agama Islam.Perkara ini dapat dibuktikan melalui perubahan besar dalam cara hidup orang Melayu. Terdapat banyak negeri di Tanah Melayu dan Brunei mempunyai nama-nama Arab seperti Darul Ridzuan, Darul Iman, Darul Takzim dan lain-lain. Hal ini membuktikan bahawa kebudayaan Arab itu sudah lama meresapi dalam budaya orang Melayu termasuk juga dalam sistem bahasa Melayu. Banyak kosakata Arab terkandung dalam bahasa Melayu misalnya konsep-konsep ibadat seperti fardu, solat, azan dan sebagainya. 

      Selain daripada kebudayaan Arab yang merangkumi bahasa, cara hidup dan juga nama-nama Islam yang diserapkan di Malaysia, terdapat juga perkembangan ilmu akibat pengaruh Islam yang meluas. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kewujudan Madrasah yang dibinakhas bagi menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam dalam kalanagan masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, terdapat juga pengajian pondok yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu hasil pengaruh Islam dan Arab yang meluas di Malaysia sejak hadirnya mubaligh-mubaligh Islam yang datang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu. Oleh yang demikian, lahirlah masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu hasil pengaruh budaya luar yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Berbicara tentang pendidikan, pengaruh Islam dan Arab ini juga membawa bentuk tulisan Arab kepadamasyarakat Melayu sehingga teradaptasinya tulisan Melayu yang tersendiri yang dioanggil sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi ini menggunakan semua abjad Arab disamping menggunakan abjad-abjad tambahan yang dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri. Hal ini kerana dengan penambahan abjad-abjad Jawi yang tersendiri, masyarakat Melayu dapat menggunakan tulisan Jawi dengan cara yang meluas.

Ahli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan beberapa titik pada huruf yang sedia ada yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’ dan ‘g’ supaya orang Melayu dapat membunyikan perkataan-perkataan Melayu yang tiada dalam penggunaan bahasa Arab. Oleh yang demikian, terdapat banyak kitab-kitab Islam yang tersebar luas di Tanah Melayu ekoran kebanyakan orang memahami tulisan jawi yang dicipta sendiri oleh masyarakat Melayu. 
Melalui sudut seni bina Melayu, pengaruh Islam juga wujud dalam ukiran seni bina bangunan sebenarnya. Bentuk-bentuk haiwan yang diukir hasil pengaruh Hindu digantikan dengan ukiran yang berbentuk geometri kerana bentuk-bentuk haiwan dilarang sama sekali dalam agama Islam. Kebiasaannya reka bentuk geometri ini terdapat pada rumah-rumah orang Melayu, barang-barang perhiasan dan surau dan juga masjid khususnya. Walaupun begitu, pengaruh animisme dan juga Hindu tidak dapat dihapuskan oleh masyarakat Melayu kerana masih banyak masyarakat Melayu yang mencampuradukkanajaran Islam dengan animisme dan juga Hindu. Hal ini dapat dibuktikan melalui kewujudan jampi mantera dan pemujaan makhluk halus yang diselitkan dalam kesenian Melayu seperti wayang kulit, tarian kuda kepang, tarian makyung dan juga tarian-tarian lain yang mendatangkan kekhayalan yang melampau. Dikatakan bahawa kebudayaan yang berkaitan dengan pemujaan ini dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu bagi memberi kepuasan kepada kuasa ghaib yang menjaga keturunan-keturunan mereka. Perkara ini jelas ditunjukkan melalui tarian makyung yang ditarikan oleh sesetengah penduduk negeri Kelantan. Penari-penari makyung ini dipercayai akan dirasuk oleh nenek moyang mereka supaya mereka yang dirasuk itu dapat memberi makan kepada kuasa ghaib yang diketahui syirik melalui ajaran agama Islam.



1.1.4) Pengaruh Cina dalam kebudayaan Melayu

Semasa zaman pemerintahan Inggeris, orang Cina datang ke Tanah Melayu. Masyarakat Cina ini bekerja di lombong-lombongbijih di samping menjalankan pelbagai perniagaan demi menyara kehidupan harian mereka. Dengan wujudnya kehadiran orang-orang Cina ke Tanah Melayu, berlakunya perhubungan rapat antara masyarakat Cina dengan masyarakat Melayu sehingga menyebabkan kosakata bahasa Cina mulai meresap masuk ke dalam penggunaan bahasa Melayu. Perkara ini berlaku kerana terjadinya komunikasi yang kejap antara pelbagai kaum yang mendiami negara ini. Hampir semua kata pinjaman daripada bahasa Cina yang diadaptasi ke dalam bahasa Melayu mengekalkan bunyi dan makna asal dalam bahasa Cina walaupun terdapat sedikit sahaja perkataan pinjaman yang mengalami perubahan makna. 

      Selain daripada pengadaptasian bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu, masakan juga merupakan salah satu elemen yang dipengaruhi oleh kedatangan orang-orang Cina. Hampir setiap jenis makanan yang mengandungi kicap soya, sos tiram dan bebola ikan merupakan hasil pengaruh kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Tetapi kini, masakan seperti ini menjadi popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga terciptanya masakan yang diadaptasi daripada masakan Cina seperti Char Kuew Teau.

      Memang tidak asing lagi apabila tibanya sebarang perayaan di Malaysia, pemberian sampul yang berisi wang diberikan kepada kanak-kanak dan juga mereka yang datang ke rumah untuk melawat. Pemberian wang seperti ini dipanggil sebagai angpau bagi kebanyakan masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, amalan dan peradaban seperti ini boleh diterima kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang dianuti oleh majoriti masyarakat. Hal ini membuktikan bahawa budaya-budaya yang dibawa oleh masyarakat Cina ke Tanah Melayu diterima oleh majoriti rakyat kerana ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum adat mahupun hukum agama. 



1.1.5) Pengaruh Barat dalam kebudayaan Melayu

Selepas sahaja kedatangan pengaruh Islam, masyarakat Melayu sudah mula mengikut kebudayaan Barat yang dibawa oleh penjajah-penjajah Tanah Melayu seperti British, Belanda, Sepanyol dan sebagainya. Nlai-nilai Barat mulai menular dalam diri masyarakat sejak hadirnya pengaruh Barat di Tanah Melayu. Pelbagai budaya Barat yang bertentangan dengan syariat Islam masih diamalkan sehingga kini. Misalnya, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, hiburan pula sentiasa melampaui batas agama sehingga berlakunya aktiviti yang memabukkan yang mengakibatkan pembaziran dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara yang negatif seperti ini sudah tentu menimbulkan imej yang menjatuhkan maruah agama dan bangsa sekiranya masih lagi diamalkan. Terdapat juga pengamalan budaya Barat yang buruk melalui aspek pemakaian seperti pakaian yang mencolok mata khususnya kepada pihak wanita. Pemakaian seksi yang dibawa oleh masyarakat Barat ini sudah tentu menimbulkan pelbagai masalah seperti gejala seks luar nikah, rogol dan sebagainya. Hal ini termaktublah bahawa ajaran agama Islam dan kebudayaan Melayu sememangnya mendatangkan kebaikan dalam kehidupan seharian jika diamalkan. Pengamalan kebudayaan Barat yang sangat teruk seperti Punk, Black Metal, Hedonisme dan juga ideologi pasangan songsang perlulah dihalang serta-merta kerana ia akan mengundang jenayah yang banyak di Malaysia.

      Pengaruh barat juga dapat dilihat ketika adanya majlis-majlis sambutan hari lahir.  Lilin akan dibakar mengikut bilangan umur di atas sebiji kek dan kemudiannya ditiup oleh individu yang diraikan.  Masyarakat Melayu tidak sepatutnya mendedahkan anak-anak mereka dengan budaya berparti seperti ini sebaliknya sambutan hari lahir perlulah diraikan dengan majlis-majlis doa selamat seperti kenduri kesyukuran. 

      Sebenarnya, pengaruh budaya asing dalam masyarakat Melayu masih begitu banyak untuk dihuraikan. Sikap keterbukaan masyarakat, pengaruh arus kemodenan dan agenda pembangunan negara adalah antara medium berlakunya pengadaptasian budaya ini.  Pengaruh yang baik wajar kita terima dalam budaya kita.  Walaubagaimanapun, perlu ada pemantauan dilakukan terhadap kemasukan budaya asing ini supaya tidak terus meresap ke dalam budaya tempatan dengan sewenang-wenangnya.  Sebagai contoh, hiburan dan fesyen yang dibenarkan masuk dari luar tanpa sebarang had telah menyebabkan tersebarnya budaya Black Metal, Punk, Gothic dan Skinhead di kalangan remaja Melayu.  Budaya negatif seperti ini sekiranya tidak dibendung, mampu menjadi punca kepada kehancuran budaya Melayu khususnya di Malaysia. 

Namun, terdapat juga kesan yang positif hasil oengaruh barat misalnya teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan lagi ekonomi masyarakat Melayu sehingga kini. Melalui perspektif bahasa, terdapat banyak kosakata yang teradaptasi yang dapat mengungkapkan pelbagai idea danmaklumat selaras dengan arus pemodenan global. Dengan kedatangan Inggeriske Tanah Melayu, peluang pendidikan menjadi lebih meluas kepada masyarakat Melayu khasnya golongan bangsawan yang dan kemudian dibuka pula untuk orang masyarakat awam. Anak-anak kebanyakannya didedahkan dengan kaedah, idea dan juga ilmu sains bagi mengecapi ekonomi negara yang utuh kelak. Kewujudan ilmu-ilmu terjemahan melalui ilmu Inggeris, alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin lenyap perlahan-lahan kerana masyarakat mula mempercayai sains berbanding dengan kuasa ghaib yang dianggap berkuasa.



1.1.6) Pengaruh Indonesia dalam kebudayaan Melayu

Hubungan Indonesia dan Malaysia ibarat aur dengan tebing. Satu sisi, kedua negara ini kerap berkonflik. Namun sisi lain, sebenarnya saling memerlukan satu sama lain. Hubungan kedua negara sering difahami dan dilihat secara emosional. Salah satu contohnya adalah perlakuan terhadap para pekerja Indonesia di Malaysia atau klaim Malaysia terhadap produk budaya dan karya Indonesia, yang mengarah pada ketegangan hubungan di antara kedua Negara. 
Namun terlepas dari itu semua, kedua negara dikenal sebagai negara serumpun kerana memiliki banyak kesamaan akar budaya, sejarah kerajaan-kerajaan, agama bahkan keturunan yang sama. Misalnya orang-orang Melayu asli berasal dari Sumatera dan mereka sudah menyebar ke sekitar Asia Tenggara. Ada juga pengaruh dari ajaran dan filosofi India kuno disekitar Asia Tenggara. Kesamaan merupakan sesuatu yang tidak perlu dipertentangkan kerana hal ini adalah hal yang umum terjadi diseluruh dunia. 

Pada dasarnya Indonesia dulunya disebut Hindia Belanda sebagai rekanan dari Hindia Barat yang dipersatukan oleh Belanda. Sebelumnya Indonesia merupakan kumpulan dari ratusan kerajaan-kerajaan minoriti kecil dengan budaya yang berbeza. Saat ini, Indonesia mempunyai 700 dialek dari beberapa 70 bahasa utama, jadi ini adalah bangsa yang besar. Indonesia Barat lebih memiliki pengaruh dari India Kuno dan Arab dan lebih berhubungan dengan Malaysia.. 
Manakala Malaysia terdiri daripada orang Cina, orang India dan Bumiputra yang beragam yang membentuk masyarakatnya. Bangsa ini dibentuk oleh kolonisasi Inggeris .

Perbezaan bahasa Indonesia dan Malaysia iaitu, dalam percakapan sehari-hari, orang-orang Indonesia berbicara dengan menggunakan dialek asli menurut daerah mereka masing-masing dan berbicara bahasa Indonesia, di kota-kota besar mungkin mereka dapat berbicara dengan menggunakan sedikit bahasa Inggeris. Sedangkan di Malaysia, orang-orangnya berbicara menggunakan bahasa etnik mereka seperti Iban, Mandarin, Tamil, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  

      Bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa Indonesia kerana banyak kata dasar yang sama, namun tidak seperti di Malaysia, bahasa Indonesia bukanlah bahasa ibu untuk sebahagian besar penduduk asli. Indonesia menggunakan bahasa Indonesia kerana Belanda memakai bahasa tersebut untuk memerintah rakyat dan untuk membakukan ratusan bahasa yang ada di Indonesia.

Bahasa Indonesia banyak menyerap dari kata-kata Belanda dan beragam bahasa pribumi. Terdapat beberapa kata dalam bahasa Indonesia yang benar-benar diadaptasi dari bahasa Belanda seperti "Ya"  atau  "Ja" yang bererti untuk menegaskan sesuatu. Selain itu, ada juga kata serapan yang berasal dari bahasa Arab, Portugis dan Hokkien. Bahasa daerah Indonesia juga ada yang menyerap dari bahasa Belanda,contohnya orang Sunda masih menyebut orang kulit putih sebagai "mener". 

Bahasa Malaysia menyerap pengaruh bahasa Inggeris. Terdapat juga jejak dialek Cina Kreol dan Tamil dalam bahasa Malaysia, seperti "Can ah?" atau "Ha” dalam bahasa India yang bermaksud ya. Hal ini menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan antara Malaysia dan Indonesia membuktikan bahawa bahasa dan dialek bahasa Melayu dipengaruhi juga oleh pengaruh Indonesia. 

Secara budaya, orang Malaysia dan orang Filipina memiliki beberapa ciri khas yang sama dengan orang Indonesia. Sebahagian besar terbentuk melalui perdagangan dan melalui migrasi.  

Misalnya pemakaian batik, songket, keris, wayang, dan lain-lain merupakan hal yang umum dikenakan oleh ketiga budaya tersebut juga oleh beberapa kerajaan Asia Tenggara lain seperti Khmer dan Champa, namun jenisnya tidak benar-benar sama seperti yang banyak orang selalu bayangkan selama ini. Contohnya pola batik Malaysia menggunakan pola bunga sementara pola batik Indonesia menggunakan berbagai gambar hewan yang terinspirasi oleh ajaran leluhur kuno . Sedangkan wayang Malaysia aslinya berasal dari Kelantan yang memiliki pengaruh dari Khmer, bukan pengaruh dari Jawa.  

Indonesia banyak mempertahankan elemen pra-Islam juga menerapkan ajaran Kristen dan Hindu, sementara Malaysia sepertinya lebih cenderung menerapkan pengaruh dari Arab. Sebahagian besar persamaan antara Indonesia dan Malaysia terlihat di wilayah Sumatera dan Kalimatan, tidak begitu banyak terlihat di pulau lain.  
      Wilayah Jawa sangat berbeza, mereka mengaitkan budaya mereka dengan ajaran leluhur kuno dan ajaran India. Dalam budaya Malaysia, hal seperti itu dianggap sebagai suatu khurafat terhadap Tuhan 

Indonesia adalah negara demokrasi, sedangkan Malaysia adalah negara monarki dengan konstitusi parlimen berperlembagaan. Sampai saat ini Indonesia adalah negara demokrasi yang cenderung menjadi lebih terbuka terhadap kapitalisme,kerana dulu Indonesia berada dibawah kediktatoran untuk beberapa lama.  

Indonesia juga memiliki beberapa keluarga kerajaan, walaupun hanya satu yang benar-benar memegang beberapa kekuasaan iaitu Kesultanan Yogyakarta. Manakala Malaysia, identiti bangsa Melayu itu sangat penting dan secara tidak langsung membentuk diri anda menjadi seorang Muslim. Sebahagian besar orang Indonesia adalah Muslim walaupun Islam bukan satu-satunya agama yang diakui secara rasmi.    

Indonesia merupakan negara kepulauan yang penuh dengan gunung berapi dan hutan, tanahnya lebih subur sehingga dapat menghasilkan beragam tanaman budaya seperti kopi, coklat, vanilla, gula, buah-buahan dan lain-lain. Reputasinya sebagai negara kepulauan rempah-ratus bukanlah mitos dan makanannya sering diperkaya dengan beragam jenis rempah. Teknik masak bervariasi disetiap wilayah dan pulau-pulau, di Papua, sagu adalah makanan pokok pengganti nasi. Makanan Indonesia juga lebih pedas. 


Variasi makanan di Malaysia dipengaruhi Cina dan India Selatan, dan tentu saja budaya peranakan yang menarik. Setiap penjajah juga banyak pengaruhnya dalam hal makanan. Misalnya di Indonesia, ada budaya kue kering dan banyak makan manis untuk suatu perayaan, yang terinspirasi dari Belanda. Manakala Malaysia mempunyai pelbagai jenis muruku apabila tibanya hari perayaan Hindu, kuih bulan untuk perayaan Buddha dan juga seperti biasa pulut atau lemang dimasak semasa perayaan Hari Raya Aidilfitiri. Samajuga seperti Indonesia.

Di Malaysia terdapat banyak kacang panggang, kacang-kacang dan rempah ayam, yang berasal dari Inggeris. Masakan Melayu Malaysia sebahagian besar terinspirasi oleh masakan Sumatera, walaupun begitu makanan Kelantan juga unik. Kedua negara mempunyai kecintaan pada makanan.

Melalui pengaruh Indonesia yang boleh dilihat, menunjukkan bahawa budaya yang diamalkan di Malaysia merupakan budaya yang dikongsi dengan negara-negara lain seperti Indonesiadan Filipina serta juga kawasan Nusantara yang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM