CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN GSB 1012 SEBAGAI PANDUAN

Soalan-soalan berikut hanya sebagai panduan kepada para guru pelatih PPISMP sebelum menduduki peperiksaan GSB 1012. Belajar elok-elok ya...

1. Nyatakan tiga peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah.
 (6 markah)

2. Huraikan empat ciri orang berbudi bahasa beserta contoh.
(16 markah)

3. Berikan definisi kesantunan berdasarkan pendapat Leech (1983) dan Asmah Hj.
Omar (2000).
 (6 markah)

4. Terdapat sesetengah masyarakat cuba menggunakan kata sapaan santun tetapi dikatakan biadab.

Perjelaskan maksud pernyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai
 (8 markah)

5. Huraikan enam kata sapaan atau panggilan yang digunakan berdasarkan umur.
(12 markah)

6. Huraikan maksud kesantunan nonverbal
(6 markah)

7. Perincikan empat kelebihan seseorang yang dapat membaca bahasa tubuh seseorang yang lain.




SOALAN DAN JAWAPAN

1. Tiga peranan guru dalam pembentukan amalan budi bahasa
Menjadi teladan kepada murid-murid
Memberi galakan kepada murid-murid mengamalkan budi bahasa
memberi teguran apabila murid-murid yang tidak berbudi bahasa kepada orang lain.
menjelaskan kepentingan mengamalkan amalan budi bahasa
Membudayakan amalan budi bahasa dalam kalangan murid



2. Huraikan empat ciri orang yang berbudi bahasa.


Ciri-ciri orang berbudi bahasa ialah perasaan bertimbang rasa yang merupakan sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum dan bertindak serta memahami perasaan dan pendapat orang lain. Sementara itu sifat toleransi yakni bersikap sabar dan dapat menerima pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain juga merupakan ciri orang berbudi bahasa. Berbudi bahasa juga dapat dilihat daripada sikap tolak ansur  seseorang terhadap sesuatu. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan tidak terlalu mengira serta mudah memaafkan kesalahan orang lain. Selain itu, budi bahasa berkait rapat dengan sikap sopan-santun seseorang seperti lemah-lembut ,tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong serta mempunyai perilaku yang sopan. Di samping itu, sikap ramah mesra seseoang yang mudah diajak berunding ,mesra dan tidak lokek memberi senyuman menyebabkan orang suka adalah juga ciri-ciri orang berbudi bahasa. Seseorang itu juga harus mempunyai sikap tidak mementingkan diri sendiri dengan tidak hanya memerhatikan kepentingan diri sendiri tetapi juga kepentingan orang lain serta sentiasa mahu menolong kepada yang memerlukan.
                    4 isi + huraian = 4 x 4 = 16 markah


3.          Berikan definisi kesantunan berdasarkan pendapat Leech  dan Asmah Hj. Omar.


Leech menyatakan bahawa kesantunan merupakan perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.

Asmah Hj. Omar pula menyatakan kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar.
     2 isi = 6 markah


4. Terdapat sesetengah masyarakat cuba menggunakan kata sapaan santun tetapi dikatakan biadap.
Berdasarkan penyataan di atas;
Perjelaskan maksud penyataan tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Penyataan di atas membawa maksud seseorang itu menggunakan kata-kata sapaan sopan yang tidak kena atau tidak sesuai pada orang dan tempat.
Kata sapaan itu ialah kata-kata mesra yang melibatkan hubungan seperti kawan karib dan keluarga.
Contohnya: kata-kata sapaan ‘mak cik’, ‘pak cik’, ‘kakak’, ‘abang’, ‘adik’ digunakan terhadap seseorang yang baru dikenali atau berurusan dengan pegawai-pegawai dan digunakan di tempat-tempat seperti pejabat atau kaunter-kaunter pertanyaan.
               1 isi + huraian + contoh   = 8 markah


5. Huraikan enam kata sapaan atau panggilan yang diguna berdasarkan umur.


Pak Cik – Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah

                 Sendiri.
Mak Cik – Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya
                 Dengan emak sendiri.
Tok        - Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya
                 dengan datuk atau nenek sendiri.
Abang    - Digunakan untuk lelaki yang tidak setua ayah dan lebih tua daripada diri sendiri
Kakak     - Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan lebih tua daripada diri sendiri
Adik        - Digunakan untuk lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri.
      6 isi + huraian = 6 x 2 = 12 markah


6. Huraikan maksud kesantunan non-verbal


Kesantunan nonverbal bermaksud semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.

Kesantunan nonverbal melibat perlakuan melalui bahasa tubuh, mimik muka, bahasa isyarat, dan segala bentuk penulisan.
               2 isi +  huraian = 3 x 2 markah = 6 markah


7. Perincikan empat kelebihan seseorang yang dapat membaca bahasa tubuh seseorang yang lain.


Seseorang yang dapat membaca bahasa tubuh seseorang yang lain dapat mengetahui bila mesti mengubah dan menukar percakapan. Hal ini dapat menjadikan perbualan lebih jelas dan menarik.

Seseorang itu juga dapat mengetahui bila patut berhenti bercakap kerana ini dapat mengawal situasi agar tidak timbul kekeliruan tentang topik yang dibincangkan.
Dia juga dapat menyakinkan seseorang yang dia memberi perhatian serius terhadap perkara yang dibincangkan. Dengan hal ini pendengar atau penutur berasa dirinya dihargai dengan sepenuhnya.
Kita juga dapat mengetahui keikhlasan seseorang itu dalam memberi pendapat. Melalui bahasa tubuh dan mimik muka yang tenang dan bersahaja, kita sudah dapat melihat tahap leikhlasan seseorang itu. Keadaaan ini akan membuatkan kita tertarik untuk mendengar penjelasan seterusnya.
Melalui bahasa tubuh juga seseorang itu dapat dilihat adap dan kesantunan berbahasanya. Cara berdiri, kedudukan tangan, kaki dan mimik muka sebenarnya sudah memperlihatkan tahap kesopanan seseorang.


Soalan :   Menyatakan bentuk dan jenis kesantunan.
Bentuk kesantunan terbahagi kepada dua jenis iaitu :


a) Kesantunan verbal 

             - Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab


 b) Kesantunan non-verbal

Komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau menggunakan bahasa tubuh secara sopan dan tidak biadap.
Bahasa tubuh dirujuk kepada proses menyampaikan mesej melalui isyarat, ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.

  2.  Jenis Kesantunan

a) Kesantunan Verbal
1. Cara sapaan lisan/bertulis dengan bahasa Melayu dengan sopan santun dan tidak biadap
2. Kehalusan budi bahasa dalam menggunakan bahasa
3. Sistem sapaan dan panggilan tersendiri
4. Mempunyai ciri-ciri tertentu.Penggunaan kosa kata diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan
5. Termasuk juga bahasa istana seperti berangkat, bersiram dan bercemar duli.
6. Sistem panggilan kekeluargaan
7. Gelaran Pergaulan Tak bersahaja ( formal )
8. Gelaran warisan
9. Gelaran kurniaan

b) Kesantunan Non-verbal
1. Gerakan anggota badan seperti isyarat gerakan tangan, isyawat air muka dan bahasa tubuh
2. Gerakan mata
3. Gerakan tangan
4. Mimik Muka

Soalan : Menghuraikan pengertian kesantunan verbal dan kesantunan nonverbal  berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.
Contoh kesantunan Verbal
i. Bertanya khabar atau memberi salam apabila bertemu dengan kawan.
    Sebagai contoh " apa khabar", "assalamualaikum", "Sila duduk"
ii. panggilan kekeluargaan atau panggilan berdasarkan usia:
       "pakcik--untuk lelaki yang agak sebaya dengan ayah sendiri"
       "makcik--untuk wanita yang sebaya dengan emak sendiri"
       " kakak--untuk wanita yang tidak setua emak sendiri dan tidak semuda sendiri"
       "pak long, pak ngah, Mak su, kak long, mak mentua"

iii. Gelaran formal seperti " tuan", "encik". "saudara"
Contoh kesantunan nonverbal
i. gerakan mata
mata yang bergerak sana sini menunjukkan tidak berminat
mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ii. gerakan tangan
jari telunjuk diletakkan di depan mulut yang bermakna tolong diam
huruf "v" dengan jari yang menunjukkan keamanan
iii. mimik muka
berkedut dahi menunjukkan dia tidak kesabaran dengan orang lain
INTERAKSI 5
SOALAN 1
Berbincang tentang konsep penjagaan muka sebagai asas kesantunan dengan merujuk
kepada masyarakat majmuk di Malaysia.

   Menurut  Asmah, 2000:101, muka merujuk kepada air muka. Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud wajah atau maruah seseorang individu. Air muka perlu sentiasa dijaga dan dititikberatkan untuk mengekalkan keharmonian negara. Penjagaan muka merupakan asas kesantunan. Ini adalah kerana perkara pertama yang akan dipandang ketika kita berjumpa dengan seseorang ialah muka. Dari air muka seseorang kita boleh mengesan emosi dan penerimaan mereka terhadap kita. kita boleh mengesannya dengan melihat pada mimik muka mereka.

Disebabkan negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, amatlah penting untuk kita menjaga ketenteraman dan kemakmuran negara. Oleh itu, setiap masyarakat Malaysia, kaum Melayu,India, Cina dan yang lain-lain perlulah menerapkan asas kesantunan dalam diri masing-masing. Penjagaan muka perlu diambil berat supaya tidak berlaku salah faham yang seterusnya akan meruntuhkan hubungan erat antara kita.


SOALAN 2
Menjelaskan maksud kesantunan merentas budaya dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

BUDAYA
     Secara amnya, budaya membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
     Menurut pendapat Melville J.Herskovits , budaya bermaksud segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Budaya merupakan sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai “organic lampau”.
Pada pendapat Rene Char pula, kebudayaan adalah warisan kita yang diturunkan tanpa surat wasiat.

  Pada aspek yang lain, Levo Hendrikson berpendapat bahawa semua aspek kehidupan kita setiap hari,terutama pandangan hidup – apapun bentuknya – baik itu mitos mahupun system nilai masyarakat.

KESANTUNAN

 Kesantunan didefinisikan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeresan dalam sesuatu interaksi. Penilaian kesantunan bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing.

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA
Kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja,konsep kesantunan merentasi pelbagai budaya.

Antara aspek dalam kesantunan merentas budaya ialah :
  -perbuatan yang mulia dan baik terhadap orang lain.
  -membantu orang yang berada dalam kesusahan
  -semua pertolongan dilakukan dengan ikhlas tanpa mengira bangsa , agama, dan budaya.

CONTOH :

 - CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa cina berasal dari Malaysia berbincang mengenai projek perniagaan mereka.

-  Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn Bhd mengadakn mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah Hicom Sdn Bhd. Lembaga mesyuarat itu sendiri terdiri daripada orang yang pelbagai bangsa dan agama misalnya wakil daripada Malaysia,Jepun ,Kanada dan Jerman.

INTERAKSI 4
TAKRIFAN KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Sudut Islam (Nabi Muhammad SAW)
- “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
- “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.”
- “Tanda- tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat. ”
- “Sebaik- baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik.”
Tokoh pertama : Asmah Haji Omar
Asmah Haji Omar (2000)
- Penggunaan bahasa dalam pergaulan seharian tanpa menimbulkan kemarahan, kegusaran, konflik dan juga rasa tersinggung daripada pendengar.
- Kesantunan masyrakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu.
- Bahasa yang halus dan tersirat sering digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang.
- Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai suatu strategi atau kaedah untuk mencapai sesuatu tujuan.

 - Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing- masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.

- Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1.      Kesantunan asas
  Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
     Setiap masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran agama Islam dan agama- agama lain.

2.      Kesantunan berkala
   Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, megapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan tersebut disampaikan.
Tokoh Kedua : Leech (1983)
- Kesantunan merupakan suatu perlakuan yang boleh mengurangkan pergeseran dalam satu interaksi.
- Sebagai contohnya, berbudi bahasa dan perlakuan lemah lembut.
Tokoh Ketiga : J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
- Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan yang digunakan oleh penutur dan juga pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
- Dengan ini dapat mewujudkan persetujuan bersama dalam masyarakat dan masyarakat yang harmoni dan aman akan dilahirkan.

Tokoh Keempat : Haji Abdul Malik B. Karim Amrullah (HAMKA)
Hamka
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajahnya.
- Kata- kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
Tokoh Kelima : Aristotle

Aristotle

- Yang meningkatkan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
- Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
Tokoh Keenam : Khalifah Abdul Malik B. Marwan

Khalifah Abdul Malik Marwan
- Orang yang mempunyai adab dan merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat merupakan orang yang mulia. 



BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

TUTORIAL 1 

1- Antara contoh yang kita boleh amalkan konsep kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan         Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum ialah :-


    -Bertanya khabar ketika bertemu

    -Memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handal atau orang yang lebih tua                           sebagai tanda menghormati orang lain.


2. Lima jenis kesantunan verbal yang melibatkan guru dengan murid sekolah dan contoh dialog yang sesuai.


Murid memberi salam hormat kepada guru

eg. – “Assalamualaikum, Cikgu Zulkafli”
 Murid berjabat tangan sambil mengucapkan terima kasih kepada guru.
eg. – “Terima kasih, Cikgu Zaki”
# Murid memberi bantuan kepada guru untuk mengangkat barang-barang yang berat.
eg. – “Bolehkah saya membantu cikgu untuk mengangkat barang-barang ini ?”
# Murid menggunakan panggilan pangkat yang sesuai ketika berurusan dengan guru.
eg. – “Selamat pagi, Tuan Pengetua”



TUTORIAL 2 

Perbezaan jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.
1- Mimik muka.
Gambar rajah tersebut menunjukkan reaksi dalam dirinya bahawa dia sedang berada dalam keadaan resah dan gelisah atau memikirkan sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.   
2- Gerakan tangan
Isyarat gerakan tangan yang digunakan dalam gambar rajah tersebut adalah untuk memberi simbol kepada berhenti melakukan sesuatu perkara. Contohnya, berhenti bercakap.
3-Gerakan mata
Gerakan mata mempunyai sesuatu komunikasi tanpa lisan. Contoh dalam gambar rajah tersebut gerakan mata yang ditunjukkan adalah tidak berminat dalam sesuatu perkara atau tidak menyukai sesuatu benda.
Contoh-contoh jenis kesantunan nonverbal dalam masyarakat Melayu.:
Masyarakat melayu sering menggunakan gerakan tangan sebagai simbol untuk menggantikan perkataan lisan. Contohnya, meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam.


TUTORIAL 3 

1- Kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej
 2- Berdasarkan hasil pembacaan saya, antara kesantunan lisan dengan merujuk kepada masyarakat majmuk di Malaysia ialah masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Contohnya, panggilan seperti “cik” , “encik” , “mak cik” , “pak cik” dan sebagainya.


TUTORIAL 4 

* Perbezaan jenis-jenis kesantunan bahasa.
•Kesantunan verbal
•Lisan sebagai sesuatu yang diucapkan tidak bertulis.
•Melibatkan penggunaan ayat dan bunyi bahasa yang betul.
•Kesantunan nonverbal
•Komunikasi tanpa berkata-kata (bahasa badan)
           •Pergerakan anggota badan : isyarat tangan, isyarat air muka, gerakan mata      & mimik muka.
•Kesantunan lisan
•Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung.
•Melibatkan antara bahasa lisan dan bahasa tubuh badan.
   •Kesantunan penulisan
•Menyampaikan sesuatu mesej yang tidak boleh diubah secara
sesuka hati sama ada secara formal atau tidak formal.
•Melibatkan penulisan seperti surat rasmi, laporan, surat kepada ahli keluarga dan sebagainya.
Contoh-contoh kesantunan penulisan.
—Kesantunan penulisan secara formal.
  Pidato :-
i)Menggunakan protokol panggilan hormat dengan betul.
Eg. Yang Amat Arif Tuan Hakim . . .
ii) Gaya bahasa yang betul.
Eg. “Tuan” , “Saudara” , “Saudari” dan sebagainya
iii) Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
Eg. Tidak mengatakan isu yang sensitif

BAB 1 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Pengertian Konsep Budi dan Bahasa
Boleh Dikategorikan kepada Lima Ciri-Ciri
Pengertian Budi
Pengertian Bahasa
Pengertian Budi Bahasa
Ciri-Ciri Budi Bahasa
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

Apakah itu Budi?


1. Menurut Teuku Iskandar (1970), perkataan budi yang berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.

2. Maskud budi yang ditakrifkan oleh Zaidi Daud (1996) pula adalah peribadi insan yang mulia.
3. Menurut Kamus Dewan (2005), budi merupakan: akal dan kebijaksanaan atau perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik.
4. Menurut Islam pula, budi ialah: adab, sopan santun yang menggambarkan orang yang beriman.
5. Pengertian budi pekerti yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali (2002) adalah budi pekerti berasaskan pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.
6. Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal "ber" menjadi berbudi atau "man" di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling banyak menabur jasa dan bakti.

Secara Ringkasnya:
Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan, santun, berkakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik melambangkan sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berkakhlak serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain,

Budi yang baik  juga akan melahirkan bicara yang santun dan halus yang menggambarkan ketinggian akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.
Konsep Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


Apakah itu Bahasa?


Berpandukan Kamus Dewan (2002), maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.

Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan bangsa-bangsa lain.
Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui dan diguna pakai oleh kelompok masyarakat itu.
Sistem lambang bunyi ini menjadi medium komunikasi masyarakat tersebut dalam menjalani kehidupan seharian.
Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Menurut Ferdinand de Saussure (1960), bahasa erupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
Peraturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan persaan.
Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat dipersetujui dan diterima sebagai satu cara yang mempunyai makna boleh difahami oleh ahli masyarakat tersebut.
Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung kepada sosio-budaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat itu.
Hal ini bermaksud sistem isyarat yang digunakan akan berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Berdasarkan definisi dan pengertian yang telah diberi oleh tokoh-tokoh termasuklah Noam Chomsky (1957), Asmah Hj. Omar (1986), Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), dan Lufti Abas (1985),


Boleh kita membuat kesimpulan bahawa bahasa mengandungi ciri-ciri berikut: 

1. Bersistem dan sistematik - bahasa mempunyai peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna.
2. Arbitari - bahasa yang wujud dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peratursn khusus yang dapat mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa itu. Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam kelompok masyarakat itu saja.
3. Vokal - bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan (vokal).
4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol atau lambang bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-simbol itu akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan mempunyai makna yang disepakati bersama.
5. Alat komunikasi - manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian mereka.
6. Dinamis - sesuatu bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut peredaran zaman.


Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata majmuk budi bahasa. 
Secara mendalamnya, pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.
Budi bahasa:


Merupakan nilai-nilai murni yang telah lama diamalkan sejak zaman dahulu hingga sekarang dalam menjaga keharmonian masyarakat.
Dirujuk kepada sifat seseorang individu maka terbentuklah perkataan berbudi bahasa dan budi dan berbahasa.
Pecakapan yang baik, teliti, dan elok dalam tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara, pemurah, belas kasihan, beradap, bersopan santun,
Sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik dan akhlak yang mulia.
Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman.
Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Melau Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelalukan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainyi disebut sebagai nilai-nilai murni.

Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain dalam pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi:

Individu
Kekeluargaan
Masyarakat
Kenegaraan
Kesemuanya adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan kebudayaan.

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Pengertiannya termasuk:
Berbudi dengan harta
Membantu dengan tulang empat kerat
Memberi nasihat.
Memberi buah fikiran yang baik dan bernas
Memberi tunjuk ajar kepada seseorang
Bermanis muka
Bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau pendengar.


Malah dalam konteks Malaysia yang mempunyai bangsa yang pelbagai kaum: sifat berbudi bahasa sangat penting bagi menjamin keharmonian kaum.

Konsep budi bahasa berdasarkan agama:

Islam - Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik.
Buddha - Hubungan yang baik antara raja dan menteri, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan; sifat sejagat.
Hindu - Manusia yang perlu ada pada manusia dan aspek purusharta merangkumi empat objektif mulia yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.

Ciri-Ciri Budi Bahasa

Orang yang berbudi Bahasa:

Memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus.
Mempunyai tingkah laku yang santun.
Pemikiran yang luhur.
Perasaan yang tenang.
Gerak laku yang tertib.
Hati yang mulia.
Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
Tidak mementingkan diri sendiri.

1. Budi Bahasa Masyarakat Melayu

Keprihatinan masyarakat Melayu terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam yang sangat mementingkan ketinggian akhlak.
Nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah:
Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap
Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
Memberi salam apabila bertemu
Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
Berpakaian menutup aurat
Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
Makan menggunakan tangan
Tidak bercakap semasa makan
Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
Bersabar
Jujur
Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa, guru dan orang tua
Anak dara duduk bersimpuh
Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
Mendahulukan orang tua dalam segala urusan


2. Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina


Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.

Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu: budi bahasa, kemurahan hati dan sifat baik.
Nilai-nilai budi bahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat Cina antaranya ialah:
Makan menggunakan penyepit (chopstick)
Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
Hormat-menghormati


3. Budi Bahasa Dalam Masyarakat India


Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang mementingkan budi bahasa yang mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.

Anatara amalan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India ialah:

Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
Tidak bising ketika sembahyang
Bersabar dan tidak pemarah
Membuka kasut ketika memasuki kuil
Berpakaian tidak mencolok mata
Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
Sentiasa menolong orang susah
Tidak membalas dendam
Pemaaf
Pemurah
Hormat-menghormati




Isu terakhir yang ingin saya ketengahkan ialah isu pemerdagangan manusia. “Pemerdagangan manusia” bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang. Ada pelbagai jenis pemerdagangan manusia seperti buruh terikat, pemerdagangan bayi, pengeksplotasian seks dan lain-lain lagi.
                   Ada beberapa faktor yang menjadi punca permasalahan ini. Pertamanya ialah, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka.

                   Seterusnya ialah faktor kemiskinan. Keluarga merupakan titik awal tempat terjadinya proses perdagangan orang. Pendidikan rendah, kekurangan peluang pekerjaan, pendedahan maklumat terkini yang kurang mendorong kepada kemiskinan. Beban keluarga yang banyak menyebabkan mereka akhirnya terpaksa mencari pekerjaan di tempat lain. Sekaligus mereka terjerumus dalam kata-kata manis yang dituturkan oleh manusia yang ingin mengambil kesempatan mereka yang kononya ingin menawarkan perkerjaan dengan gaji yang lumayan.

                   Kesemua punca ini sudah tentunya akan meninggalkan kesan . Kesan pertama ialah peningkatan masalah sosial.Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Dan ini juga akan menyebabkan sejumlah penduduk tempatan yang turut terjebak dalam aktiviti-aktiviti ini. Selain itu penularan penyakit berjangkit akan meningkat secara kritkal.Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat. Ini kerana, selalunya rakyat yang diperdagangkan adalah merupakan dari negara yang tidak ada kesedaran yang mecukupi tentang kesihatan.

                   Kesan kedua ialah yang melibatkan negara. Gejala ini akan mencemarkan imej negara di persada dunia. Negara kita sudah menjadi di antara 16 negara berprestasi buruk menurut sebuah statistik yang dikeluarkan. Yang menjadi ancaman ialah ianya berpotensi untuk meningkat lagi. Dengan pemerdagangan manusia yang meninkat negara Malaysia sudah menjadi sarang jenayah. Ini juga menyebabkan para pelancong yang meghindari Malaysia sebagai destinasi pelancong kerana kadar jenayah yang tinggi, justeru memberi kesan kepada ekonomi negara.

                   Walaubagaimanapun ada beberapa cara yang kita boleh gunakan untuk mengurangkan kegiatan ini. JIkalau pihak kerajaan dapat mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

                   Seterusnya ialah memperketatkan pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia. Malaysia sekarang sering dikunjungi oleh pelancong- pelancong asing.Sesetengah pelancong asing bukan hanya bertujuan untuk melancong di Malaysia ini.Tetapi mereka ingin membawa orang -orang di Malaysia yang  untuk diperdagangkan untuk ke luar negara. Justeru,pihak berkuasa perlulah mengetatkan atau mengehadkan kemasukan pelancong asing di negara kita.

                   Pendapat saya ialah sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

Penyalahgunaan Dadah
Isu keempat yang ingin saya ketengahkan ialah isu penyalahgunaan dadah. Gejala ini melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan . Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu .Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku masalah dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya .
                   Dengan pengendalian beberapa kajian, beberapa punca telah dikenal pasti menunjangi permasalahan ini. Pertama ialah sebagai remaja, mereka sememangnya terikat dengan naluri ingin mencuba sesuatu yang baru. Mereka ingin menunjukkan sifat kelelakian serta kematangan mereka. Oleh itu, dengan hanya menghisap sebatang rokok yang menjadi punca utama kepada penagihan dadah,mereka berasa sudah matang dan cukup dewasa. Semua jenis dadah mengandungi bahan kimia yang mengkhayalkan dan berbahaya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan,rakyat Malaysia yang terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan dadah kerana perasaan ingin tahu adalah 28.49 peratus.Penagih dadah sememangnya tidak berfikir panjang untuk mengambil dadah. Mereka hanya mahukan kepuasan sehingga sanggup mencuri,membunuh serta melakukan segala perkara yang boleh membantu mereka mendapatkan dadah.

                   Sikap masyarakat juga menjadi penyebab kepada berlakunya masalah penagihan dadah. Terdapat golongan masyarakat yang mengambil mudah masalah penagihan dadah kerana mereka berpendapat bahawa keluarga mereka tidak terlibat dengan masalah tersebut. Ada juga sesetengah masyarakat beranggapan bahawa tanggungjawab membanteras penagihan dadah adalah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Sikap individualistik di kalangan masyarakat inilah yang menyebabkan masalah penagihan dadah semakin bertambah.

                   Masalah dadah ini juga memberikan impak yang agak membimbangkan kepada masyarakat .Penagih dadah akan mempunyai potesi untuk mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun. Dengan ini, perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia

dengan dadah. Fakta di atas juga akan menjurus kepada penimbulkan perselisihan dan persengketaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Selain itu, ketagihan dadah yang melampau akan melemahkan keimanan dan kecenderungan terhadap agama. Dengan ini, tiang agama yang teguh berdiri akan akhirnya mula terhakis sedikit demi sedikit.

                   Gejala dadah juga membawa pelbagai kos dan kesan buruk kepada negara. Kebanyakan penagih dadah merupakan golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Kumpulan muda ini merupakan tenaga penggerak yang diperlukan bagi usaha pembangunan negara. Selain itu, masalah penyalahgunaan dadah mempunyai kaitan dengan kejadian jenayah. Badan-badan bukan kerajaan yang terlibat menganggarkan kira-kira 50 peratus daripada banduan yang dipenjarakan ada hubung-kait dengan isu dadah. Gejala dadah ini juga mengenakan kos secara langsung dan tidak langsung kepada negara, seperti kos pengawasan polis, kos rawatan dan kebajikan para penagih, dan kos tambahan kepada sistem kesihatan nasional.

                    Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

                   Di samping itu, sikap menerima dengan terbuka serta kesungguhan dan kerjasama masyarakat dalam pembanterasan penyalahgunaan dadah adalah kunci utama yang perlu dititikberatkan bagi menangani masalah sosial di kalangan belia dan remaja yang kian meruncing. Seorang penagih dadah mengalami perasaan syak-wasangka terhadap semua rakan dan keluarga serta berasa terasing dan tidak selesa berdampingan dengan mereka. Merek lebih suka bergaul dengan penagih-penagih lain dan akhirnya terlibat semula dengan penagihan dadah. Dalam konteks ini masyarakat luar perlu memainkan peranannya untuk memberi sokongan kepada penagih agar memberhentikan tabiat buruk mereka.

                   Daripada kaca mata saya, saya berpendapat bahawa selain daripada cara-cara yang saya senaraikan di atas, pendekatan yang lebih strategik, menyeluruh dan bersepadu perlu diambil dalam memerangi dadah. Semua agensi, badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang lain haruslah bekerjasama dan menyelaras usaha-usaha mereka. Idea-idea baru perlu difikirkan untuk memberi nafas segar kepada usaha-usaha kita.


Vandalisme

Isu ketiga yang ingin saya kupas ialah vandalisme. Vandalisme merujuk kepada perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalisme juga dikenali sebagai pugut, pemugut atau laku musnah. Dari segi konteks sekolah pula vandalisme merupakan laku musnah yang berupa pelanggaran disiplin yang mana termasuklah merosakkan harta benda sekolah, menconteng meja, memecahkan cermin tingkap, menendang pintu tandas, mematah-matahkan pokok, bermain dengan alat pemadam api, mengotorkan kawasan sekolah, menconteng dinding bilik darjah, merosakkan harta benda guru dan guru besar dan mengguris kenderaan guru.

                   Faktor pertama yang menjurus kepada masalah ini ialah pengaruh rakan sebaya. Seperti yang diketahui umum, rakan sebaya mempu mencorakkan nilai-nilai sama ada positif atau negatif dalam diri remaja. Remaja yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut dengan perilaku negatif rakan mereka dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Secara kebiasaannya, remaja yang melakukan kegiatan vandalisme merupakan golongan remaja dalam kumpulan.Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul maka timbullah pelbagai idea negatif termasuklah menconteng dan merosakkan harta benda awam.

Keduanya ialah sikap apati ( tidak peduli), individualistik dan materialistik masyarakat. Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang bermasalah. Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya golongan tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, masalah vandalisme ini telah memberi kesan kepada masyarakat mahupun negara kita. Ini akan menjurus kepada masyarakat yang akan menghadapi pelbagai masalah dalam urusan seharian. Contohnya, jika tandas awam dirosakkan, pasti orang ramai tidak dapat menggunakanya dengan baik dan mereka akan berasa kurang selesa. Jika telefon awam dirosakkan pula, ia akan menyusahkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa apabila berlaku perkara buruk seperti kebakaran, kemalangan, jenayah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan kualiti kemudahan asas dalam kehidupan seharian kita akan merosot.
Kepada negara pula,imej negara akan tercemar di mata dunia.Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin.Kesannya,industri pelancongan akan merosot. Pada masa yang sama,hal ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara tersebut.Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan.Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri melancong yang merosot.Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan .Yang seterusnya,pihak kerajaan akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaikpulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.
                   Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Pertamanya ialah peranan ibu-bapa. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”

                   Selain itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap institusi pendidikan. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutanya peringkat sekolah rendah.Hal ini demikian kerana pelajar pada tahun ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah seperti vandalisme. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah .Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.

                   Pada pandangan saya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemudahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Oleh itu kita perlulah bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah.

Ponteng Sekolah
Isu kedua ialah isu ponteng sekolah yang semakin berleluasa kini. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.

        Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah mereka kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Pelajar kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana  bimbang ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

      Punca kedua masalah ini ialah pengaruh rakan sebaya. Sebagai seorang remaja murid sekolah memerlukan rakan sebaya untuk bersahabat. Pada peringkat perkembangan ini, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan murid sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Masalah akan timbul apabila murid sekolah berkawan dengan rakan sebaya yang sudah meninggalkan bangku sekolah. Golongan ini hanya menghabiskan masa dengan berfoya-foya tanpa tujuan. Apabila murid sekolah bergaul dengan golongan ini, mereka juga akan turut terikut-ikut dengan cara hidup tanpa tujuan ini. Akhirnya mereka akan ponteng sekolah untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka yang tidak bersekolah.

       Isu ini ternyata memberi banyak kesan kepada masyakat mahupun negara. Antaranya ialah tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di Malaysia. Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak yang sememangnya sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

     Selain itu, masalah ini juga memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara kita telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yang ponteng sekolah.

      Untuk menangani isu ini, kita perlulah memainkan peranan masing-masing. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka.Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi.

     Di samping itu, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak.

    Dalam pendapat saya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berleluasa. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membanteras gejala ini hingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng sekolah akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk kesannya kerana kudis akan menjadi tokak jika tidak diubati. Kerjasama dan sikap prihatin masyarakat akan membantu pihak sekolah menangani gejala ponteng sekolah dengan lebih berkesan kerana generasi muda hari ini ialah pemimpin masa depan.

Jenayah siber
           ‘Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
            Yang cantik itu budi,
            Yang indah itu bahasa’

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, perlakuan, sopan santun dan tatatertib, perbuatan, pemikiran dan perasaan terhadap orang lain. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas pula tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa sahaja, namun turut merujuk kepada aspek nonverbal dan verbal. Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan amalan yang baik dalam kalangan masyarakat.Walaubagaimanapun isu kesantunan dalam kalangan rakyat negara Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan kerana kebanyakan rakyat kita tidak mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan mereka. Terdapat beberapa contoh isu kesantunan yang sedang berlaku di sini yang boleh dibahagi kepada isu kesantunan berasaskan verbal dan non-verbal.

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang teknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Terdapat beberapa sebab yang boleh kita dapati mengundang jenayah siber ini jika ditelusuri dengan mendalam. Punca pertama peningkatan jenayah siber dalam masyarakat ialah kurangnya pendedahan maklumat tentang penggunaan teknologi dengan selamat. Kebanyakan masyarakat menggunakan teknologi komunikasi dan ICT atas desakan trend atau tidak mahu dilabelkan ketinggalan zaman. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook,Twitter,My Space, Skype dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna cuai dalam penggunaan laman sosial iaitu mempamerkan butir-butir peribadi yang penting seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Oleh demikian individu yang tidak bertanggungjawab akan “mencuri” atau “meniru identiti” pengguna untuk keuntungan mereka atau untuk menjatuhkan individu lain.

            Punca kedua jenayah siber ialah penjenayah sukar dikenalpasti. Seperti yang sedia maklum penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun professional sehingga wujud pelbagai persoalan terhadap jenayah ini. Sebagai contoh, kewangan bank merupakan jenayah yang dilakukan oleh golongan professional contohnya pegawai bank. Sebagai buktinya, antara kes yang melibatkan jenayah siber ialah di Amerika yang canggih teknologinya namun gagal mengesan perancangnya yang terjadi pada 11 september 2001 yang mana pada peristiwa tersebut 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika syarikat dengan mengunakan visa yang sah.  Jadi terbuktilah bahawa jenayah siber jenayah yang sukar untuk mengenalpasti pelakunya.

Di antara kesan-kesan jenayah siber yang sudah terang lagi bersuluh ialah maklumat-maklumat peribadi atau sulit pengguna terdedah.  Pada masa kini banyak sistem ICT digunakan. Ini kerana melalui intenet, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk menyelesaikan urusan. Kebanyakan sistem ICT ini digunakan oleh kerajaan dan maklumat-maklumat ini mudah terdedah. Antara sistem ICT yang digunakan oleh kerajaan ialah e-kerajaan, e-perolehan, e-kesihatan, dan sebagainya. Sistem perbankan, system perdagangan seperti bursa saham juga menghadapi masalah yang sama. Selagi masalah ini tidak diselesaikan dengan sistematik dan bersepadu, ini akan menjejaskan keyakinan pengguna dan pelabur antarabangsa.

Kesan kedua yang penting ialah kerugian syarikat serta pengguna internet akibat jenayah siber.Penyebaran virus, penggodaman, pencerobohan dan pengganasan merugikan syarikat dan pengguna internet.Ini disebabkan virus mampu melumpuhkan sistem komputer. Di samping itu, penggodaman pula akan menyebabkan kandungan komputer kita terdedah juga berjaya digodamkan dan kita tidak akan dapat menjejak pengodam tersebut. Jika kandungan komputer kita adalah sulit maka kita yang akan menghadapi kerugian. Penggodaman juga dapat mengawal komputer kita dan kemungkinan besar kita akan terlibat dalam jenayah jika berjaya dikawal.

Di antara langkah-langkah yang perlu diimplementasikan dalam mengurangkan gejala ini ialah mengukuhkan kerjasama antara negara serta secara global.Sebagai contoh, memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.Dengan ini, kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara boleh memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Di samping itu agensi-agensi yang berkenaan perlu berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan computer dan membentuk unit jenayah siber.Selain itu, menteri-menteri telekomunikasi ASEAN boleh berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah.

Langkah seterusnya yang penting ialah menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.Kerajaan perlu melantik dan melatih lebih pakar forensik computer. Perkhidmatan forensik komputer ini perlu digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayah dan dikemukakan kepada kekuatan undang- undang.

Dari pandangan saya teknologi pada masa kini semakin canggih , tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya , iaitu jenayah siber juga semakin canggih. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh itu ,kita hendaklah melindungi sistem komputer kita dengan perisian-perisian tertentu dan berhati-hati semasa menggunakan rangkaian internet. Kita perlu bersama-sama menjadi pengguna internet yang berhemah.


KARANGAN 1: KEPENTINGAN DAN LANGKAH PEMUPUKAN AMALAN BUDI BAHASA


PENDAHULUAN

(T) Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.  Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan boleh diperoleh.

(K1): Salah satu kepentingan amalan ini ialah amalan ini dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. (M) Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa-apa jua warna kulit ataupun status individu tersebut. Bukan itu sahaja, amalan murni ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan. Kata orang, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk padahnya”. (B) Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman politik yang berbeza. Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. (K) Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan bahawabersatu teguh bercerai roboh justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. (P)Tegasnya, konsep perpaduan dapat dicapai dengan mudah sekiranya amalan budi bahasa dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.

(K2): Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. (M) Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. (B) Untuk membina tamadun yang unggul, kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang kesat sehingga memilukan hati pihak lain bagai ditusuk sembilu. Perlakuan seumpama ini menggambarkan masyarakat tersebut masih berada dalam Zaman Jahiliah di mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. (K) Sekiranya masyarakat kita lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks ini, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat. Secara tidak langsung, industri pelancongan juga turut meningkat. (P) Secara ringkasnya, masyarakat yang bertamadun dapat dilahirkan melalui amalan budi bahasa.

(K3):  Selain itu, masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing.(M) Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. (B)Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan peranan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememang kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. (K)Sekiranya amalan ini diikuti, sudah pasti keramahan dan kesantunan rakyat Malaysia akan sentiasa meniti dari bibir ke bibir para pelancong dan sentiasa memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama mereka. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat. (P) Jadi, budaya yang murni ini amat penting ketika berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian di negara kita.

(K4):  Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dizahirkan. (M) Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk menjaga perasaan pelbagai pihak ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. (B)Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua, bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma dapat dilahirkan. (K) Pemimpin yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. (P) Pendek kata, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana memiliki seorang pemimpin yang berwibawa melalui amalan budi bahasa yang dipamerkan.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan di atas, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif untuk memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari rakyat kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar, dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa. (B) Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan budi bahasa ini kerana pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, ‘tak kenal , maka tak cinta.’ (K) Justeru melalui program-program yang dijalankan, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap ‘membina’ daripada ’meruntuhkan’ atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap budi bahasa dalam kalangan masyarakat telah meningkat. (P) Pendek kata, amalan budi bahasa sememangnya dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang berbudi bahasa tinggi. (M) ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya,’ begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya budi bahasa. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya  agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak akan lebih beradab dan berbudi bahasa yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan budi bahasa dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang berbudi bahasa adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita berbudi bahasa selayaknya. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap budi bahasa kita. Suatu ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini, diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P) Izharlah bahawa peranan kempen juga penting untuk membudayakan amalan murni ini dalam kehidupan seharian kita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja  untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.  Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM