HIKAYAT HANG TUAH

               Hang Tuah merupakan seorang anak yang berasal darpada keluarga yang miskin. Ayahnyanya bernama Hang Mahmud dan ibunya pula bernama Dang Merdu Wati. Keluarga mereka tinggal di pinggiran Sungai Duyung. Awalnya mereka mendapati bahawa raja di kerajaan Bintan adalah seorang raja yang adil dan bijaksana. Bintan pun menjadi negeri yang masyhur. Bintan menjadi tujuan hajat banyak orang, tidak terkecuali Hang Mahmud, Dang Merdu Wati, dan Hang Tuah. Mereka pindah ke Bintan untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik. Pada suatu malam, Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit. Cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Kemudian Hang Mahmud terbangun dan mengangkat Hang Tuah, pada masa beliau masih berusia 12 tahun, lalu diciumnya. Seluruh tubuh Hang Tuah berbau sangat harum. Hang Mahmud menceritakan mimpi itu kepada istrinya lalu meminta pemuka agama untuk mendoakan Hang Tuah agar sentiasa baik keadaannya.

               Seperti biasa, Hang Tuah membantu orang tuanya membelah kayu. Tiba-tiba pemberontak datang ke tengah pasar membuat masalah. Banyak orang mati dan kecederaan berlaku. Semua warga di pasar melarikan diri kecuali Hang Tuah. Dia melawan pemberontak itu dan menghabiskan mereka dengan menggunakan kapak sehingga kepala pemberontak terbelah. Sahabat-sahabat Hang Tuah, iaitu Hang Jebat, Hang Kesturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu, terkejut karena Hang Tuah kerana berjaya membunuh pemberontak itu. Pada suatu ketika, Hang Tuah mengajak sahabatnya untuk pergi berlayar menuntu ilmu, pada tengah perjalanan, perahu mereka yang kecil bertemu dengan tiga kapal besar yang berasal dari Jawa. Hang Tuah bersama sahabatnya berhasil melumpuhkan tiga kapal Jawa itu yang ternyata perompak yang ingin membuat kerosakan di Bintan. Hang Tuah pun kembali ke Bintan dan menyerahkan perompak itu kepada kerajaan.

               Cerita tentang keberanian Hang Tuah dan sahabatnya menumpas perompak terdengar sampai ke kalangan kerajaan. Hang Tuah dan sahabatnya diangkat menjadi prajurit Bintan oleh Bendahara. Hang Tuah yang lebih unggul dibandingkan sahabatnya pun semakin menunjukan ketangkasannya dalam menjaga dan melindungi kerajaan Bintan.

               Pada suatu hari raja Bintan yang bernama Sang Maniaka, anak Sang Purba, pergi berburu. Raja serta pengikutnya menemukan wilayah yang luas dan bagus untuk memperluas kebesaran kerajaan. Wilayah tersebut diberi nama Malaka, sesuai dengan nama kayu di tempat itu. Kemudiannya raja serta kerabat tertinggi kerajaan menempati kerajaan Malaka. Kebesaran Malaka terdengar sampai ke seluruh kerajaan tetangga.

             Raja Malaka sebagai raja yang besar belum juga memiliki isteri. Terdengar khabar angin bahawa anak Bendara kerajaan Indrapura yang bernama Tun Teja sangat cantik jelita. Raja Malaka pun sangat ingin beristerikan Tun Teja. Tetapi, Tun Teja menolak raja-raja besar yang melamarnya kerana Tun Teja merasa dia hanyalah seorang anak Bendahara dan tidak layak jika menjadi isteri seorang raja. Kemudian, Raja Malaka yang ditemani prajurit terbaiknya, Hang Tuah dan sahabatnya, pergi ke Majapahit untuk melamar anak Raja Majapahit, iaitu Raden Galuh. Selama di Majapahit, Patih Gajah Mada yang tidak suka terhadap kerajaan Malaka mencuba membunuh prajurit yang terkenal gagah berani, iaitu Hang Tuah. Pelbagai cara Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah, tetapi selalu gagal. Kemudian Patih Gajah Mada yang diperintah oleh Raja Majapahit untuk membunuh Hang Tuah, meminta bantuan Tamang Sari yang terkenal sakti kerana kerisnya. Akan tetapi, seorang Tamang Sari yang sakti pun tetap dapat dikalahkan oleh Hang Tuah dengan diambil kerisnya. Keris Tamang Sari yang sakti itu dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Raja Malaka. Berkat keberanian Hang Tuah, Raja Malaka menyerahkan keris sakti itu untuk Hang Tuah. Selama keris itu berada di tangan Hang Tuah, dia tidak dapat dikalahkan oleh musuh. Hang Tuah pun diberi gelar laksamana.

              Hang Tuah merancang untuk membalas dendam kepada Majapahit yang telah berulang kali melakukan percubaan pembunuhan. Pada pesta perayaan pernikahan, Hang Tuah bersama sahabatnya mandi di kolam terlarang yang hanya boleh Raja Majapahit saja yang masuk mandi. Raja Majapahit mengetahui perbuatan Hang Tuah dan sangat marah. Raja Malaka meminta maaf dengan alasan bahawa Hang Tuah tidak mengetahui bahawa kolam itu terlarang.

             Setelah menikahi Raden Galuh, Raja Malaka yang diiringi rombongan kembali ke Malaka bersama isterinya. Sesampainya di Malaka, Patih Karma Wijaya yang berasal dari Jawa merasa iri hati terhadap Hang Tuah kerana selalu dipuji-puji Raja Malaka. Karma Wijaya pun memberi tahu Raja Malaka bahawa perbuatan Hang Tuah ketika mandi di kolam Raja Majapahit adalah perbuatan yang disengaja untuk membalas dendam. Raja Malaka pun marah dan mengusir Hang Tuah. Setelah Hang Tuah pergi, Hang Jebat diangkat menjadi pengawal Raja  Malaka.

            Hang Tuah pergi ke Indrapura untuk melanjutkan hidup. Di Indrapura, Hang Tuah bertemu dengan Tun Teja. Hang Tuah mempunyai pikiran bahwa jika dia dapat membawa Tun Teja ke Malaka, raja akan memaafkannya dan Hang Tuah dapat kembali menjadi laksamana di Malaka. Hang Tuah pun mendekati Tun Teja dengan perasaan suka. Begitu pun sebaliknya, Tun Teja mencintai Hang Tuah. Akan tetapi, Tun Teja sakit hati bahawa dibawanya Tun Teja ke Malaka adalah untuk dinikahkan dengan Raja Malaka, bukan dengan Hang Tuah. Berkat mantera Hang Tuah, Tun Teja menjadi benci terhadap Hang Tuah dan mau dijadikan gundik Raja Malaka. Kemudian Hang Tuah dimaafkan oleh raja dan dipuji-puji karena telah berhasil membawa wanita yang sangat dicintai raja.

             Karma Wijaya yang masih iri terhadap Hang Tuah mengetahui bahawa diantara Hang Tuah dan Tun Teja saling mencintai. Karma Wijaya bersama Tun Ali membuat rencana untuk memburukkan Hang Tuah. Hang Tuah dipertemukan dengan Tun Teja dan terjadilah fitnah berzina. Raja Malaka sangat marah dan memerintahkan Bendahara untuk memberikan hukuman mati kepada Tun Teja dan Hang Tuah. Akan tetapi, hukuman itu tidak dijalankan. Bendahara yang sangat menyayangi Hang Tuah menyembunyikan Hang Tuah di sebuah hutan di hulu Malaka.

            Diangkatlah Hang Jebat menjadi laksamana kerajaan Malaka. Hang Jebat kini memiliki keris sakti Taming Sari. Hang Jebat mengira bahawa Hang Tuah telah meninggal. Hang Jebat melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Malaka yang rajanya berubah menjadi raja yang berbuat sewenang-wenang. Hang Jebat pun mengambil alih kekuasaan istana. Raja Malaka berlindung di rumah Bendahara dan mengaku menyesal kerana telah membunuh Hang Tuah. Akhirnya, Bendahara pun membuka rahasia bahawa sebenarnya Hang Tuah belum mati, tetapi hanya disembunyikan. Hang Tuah dibebaskan dan diperintahkan untuk membela raja.

            Hang Tuah bertarung dengan Hang Jebat selama berhari-hari. Hang Tuah berhasil merebut kembali keris Taming Sari dan membunuh Hang Jebat. Pada detik-detik terakhir  kematian Hang Jebat, dia menyampaikan bahawa selama ini dia selalu membela Hang Tuah di depan raja. Hang Jebat memberontak dan mengambil alih kekuasaan istana karena raja Malaka berlaku sewenang-wenang. Hang Tuah justeru membela raja yang telah memberinya hukuman mati tanpa alasan yang kuat.

               Antara nilai-nilai murni yang terdapat dalam hikayat Hang Tuah iaitu kita perlulah menghargai jasa-jasa perwira yang telah pun berjuang demi negara. Kita juga hendaklah sentiasa mempercayai wira-wira negara agar tiada perselisihan faham berlaku. Kita juga hendaklah sentiasa meletakkan ciri-ciri keselamatan seperti askar-askar darat untuk mengawal keadaan di istana daripada diceroboh oleh mana-mana pihak. Kita juga hendaklah mengkaji sesuatu perkara dahulu sebelum bertindak supaya sesuatu perkara buruk dapat dielakkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

MORFOLOGI BAHASA MELAYU