KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI PERINGKAT SERANTAU DAN ANTARABANGSA
a) Kegemilangan Bahasa Melayu
Pada abad ke 13 hingga keabad 19, dengan kedatangan agama Islam abahsa Melayu mulai melangkah ke era kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu. Zaman ini dikenali sebagai Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang meliputi Melaka, Acheh, Sumatera dan juga Pasai. Pelbagai bidang yang penting dalam aktiviti harian menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan seperti dalamsegi ilmu, pentadbiran, perdagangan dan juga undang-undang. Bukan sahaja bangsa Melayu yang menggunakan bahasaMelay, malahan terdapat pelbagai bangsa asing seperti Arab, India, China, Parsi dan juga Eropah mampu untuk bertutur dan berkomunikasi dalam bahsa Melayu semasa berkomunikasi dalam apa jua keadaan. Hal ini membuktikan bahawa sebenarnya bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang sangat meluas penggunaannya pada masa itu. Walaupun pada masa itu pihak Eropah datang untuk menjajah Tanah Melayu, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan mereka semua terutamanya semasa menyebarkan dakyah agama mereka. Sudah termaktublah bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah pun merentas semua bidang tamadun pada ketika itu termasuklah undang-undang, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Johor, Undang-undang Siak dan sebagainya. Tambahan pula terdapat seorang ulama yang sangat terkenal iaitu dari Gujerat yang bernama Nuruddin al-Ranriri yang datang ke Alam Melayu telah pun banyak menuliskitab-kitab Islamik dalam bahasa Melayu walaupun pada asalnya beliau bukanlah merupakan seorang yang berbangsa Melayu.
Terdapat juga beberapa orang tokoh yang menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling kuat dan berpengaruh pada masa itu. Salah seorang tokohnya iaitu Dr. Awang yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (1999-2004) yang mengatakan bahawa “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai bahasa MElayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam bahjasa Melayu”.
‘Nik Satiah Karim, el.agt, 2004’ pernah mengatakan bahawa sarjana Belanda Francois Valentijn pernah mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 dengan menyatakan bahawa “Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut tetapi juga dugunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami dimana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah atau sebagai Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan sahaja difahami sehingga Kepulauan Filipina”.
Martabat bahasa Melayu boleh dilabelkan sebagai bahasa tamadun besar. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang bahsa kerajaan, bahasa perdagangan, bahsa pengajian agama dan Lingua Franca bagi rantau Kepulauan Melayu yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya sejak abad ke-7 Masihi. Bak kata Awang Sariyan (2002), Pada zaman Kesulatanan Melayu dari sekitar abad 13 hingga abad 19 bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahsa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Menurut Collins (1999) dan juga Awang Sariyan (2000), kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatic, Lingua Franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa satera dan bahasa penyebaran agama besar dunia.
b) Kelunturan Martabat Bahasa Melayu
Semasa zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu setaraf dengan bahasa-bahasa keturunan yang dibawa masuk oleh penjajah Inggeris bagi kepentingan ekonomi iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya sebagai bahsa pengantar di sekolah-sekolah vernakluar Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernacular India. Bahasa Melayu mulai meluntur saat penjajah Inggeris mulai bertapak di Tanah Melayu kerana penjajah-penjajah ini menurunkan kedudukan bahasa Melayu dengan menukar bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa berkomunikasi antara masyarakat Melayu sahaja. Pihak penjajah Inggeris terus memecahbelahkan penggunaan bahasa Melayu dengan melaksanakan dasar pecah perintah dengan meletakkan setiap kaum di kawasan yang berbeza. Sepertimana yang dilihat pada zaman dahulu, bangsa Cina lebih banyak diletakkan di kawasan bandar, bangsa India ditempatkan di kawasan perladangan dan bangsa Melayu sedikitnya diletakkan di kawasan perkampungan sebagai buruh. Asas pemerintahan dan pentadbiran yang menggunakan Islam sebagai tunjang diruntuhkan oleh pihak penjajah apabila sedikit demi sedikit sistem pemerintahan Melayu diusik tanpa disedari. Hal ini dapat dibuktikan apabila Jawatankuasa Barnes (1951) lebih mengutamakan penggunaanbahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kerana menganggap bahawa bahasa Melayu tidak mampu memberi sebarang kelebihan kepada masyarakat yang menduduki tanah Melayu pada masa itu sedangkan sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan itu sebenarnya lebih baik. Hal ini membuatkan bahasa Melayu hanya dibenarkan sebagai bahasa pengantar hanya di sekolah-sekolah rendah sahaja.
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 telah menetapkan dasar pendidikan kebangsaan dengan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu. Melalui jawatankuasa tersebut, sebuah usul telah pun dikuatkuasa bagi memartabatkan bahasa Melayu yang dipanggil sebagai Penyata Razak. Namun selepas daripada itu, usul tersebut diperkuat lagi oleh usul Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib. Usul initelah pun dijadikan sebagai asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 bagi jangka masa selama 35 tahun sebagai sistem pendidikan kebangsaan sebelum Akta Pendidikan 1996 diluluskan sepenuhnya. Tambahan lagi, akta pendidikan yang baharu iaitu Seksyen 17 juga masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya ditubuhkan selepas setahun menjelang kemerdekaan sebagai lambing memperkukuhkan bahasa Melayu di Tanah Melayu. Hal ini terjadi kerana terdapat banyak desakan dilakukan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu khususnya Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956). Selain daripada itu, kerajaan telah mengambil inisiatif yang sangat bertepatan untuk memperkukuh bahasa Melayu dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa ilmu dan juga bahasa kebangsaan.
Wujudnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan membolehkan konsep negara yang berdaulat dibentuk justeru mampu menyatukan rakyat melalui penggunaan satu bahasa sahaja sebagai bahasa pertuturan rasmi iaitu bahasa Melayu. Melalui bahasa juga terbentuknya perpaduan kebangsaan yang sangat utuh. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi dan ia boleh dibuktikan melalui kepetahan masyarakat yang menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi rasmi. Hal ini dapat menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam memajukan negara dalam pelbagai bidang. Antara bidang utama negara iaitu pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman. Selain itu, media massa juga telah menggapai tahap kemajuan yang cukup membanggakan kesan daripada penggunaan bahasa Melayu yang meluas. Bahasa Melayu yang juga dijadikan sebagai bahasa ilmu mampu meningkatkan jumlah pelajar yang sangat besar untuk mendapatkan peluang belajar dengan menggunakan bahasa kebangsaan tanpa sebarang halangan. Hal ini kerana kebiasaannya halangan-halangan ini dikaitkan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang sangat kuat disekolah-sekolah. Oleh itu, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan sehinggalah ke peringkat menengah walaupun pada peringkat yang lebih tinggi ia menggunakan bahasa asing. Hal ini kerana dengan adanya penggunaan bahasa Melayu yang sangat meluas, identiti negara mampu dikekalkan sebagai warisan dan pemilikan Melayu.
Akan tetapi ada juga beberapa tindakan berpusing balik untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana utama kenegaraan yang termasuk sekali bidang pendidikan. Mulai dari saat inilah bahasa Melayu mula goyah. Martabat bahasa Melayu mula merundum apabila sedar bahawa terdapat banyak pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang sangat penting seperti Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahasa Melayu mengalami kesempitan apabila bahasa Melayu hanya digunakan dalam bidang-bidang yang tertentu sahaja seperti penggunaannya oleh undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa kebangsaan, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dan Akta Pendidikan. Contohnya, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas akan tetapi semakin mengecil. Terutamanya apabila usul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ditimbulkan dalam sistem pendidikan. Hal ini membuatkan pelajar semakin melupakan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini dilaksanakan bagi menjadikan matapelajaran Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris pada peringkat rendah dan menengah. Melalui usul inilah peluang untuk memartabatkan bahasa Melayu mulai hancur kerana terserapnya bahasa Inggeris dalam kehidupan pelajar harian.
Mutu bahasa Melayu juga boleh dilihat kemerosotannya apabila penggunaan bahasa Melayu harian masyarakat tidak kira bangsa Melayu, Cina mahupun India semakin memburuk. Halini dapat dibuktikan apabila wujudnya bahasa basahan yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa sembang di internet, bahasa sms dan sebagainya. Bahasa baku tidak lagi digunakan dengan sesungguhnya sehingga perkara yang paling mengecewakan berlaku iaitu apabila terdapatnya urusan rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan, bahasa baku terus lenyap tanpa sebarang kesan. Semakin nyata hilangnya rasa cinta kepada bahasa Melayu apabila penamaan tempat, bangunan dan juga jalan lebih mengutamakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris.
Terdapat banyak juga penjawat awam yang masih lagi kurang memuaskan dalam melaksanakan peruntukan Perkara 152 yang berkaitan dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga terlalu banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tersusus, fasih dan yakin sepertimana yang ditafsirkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam perlembagaan. Tindakan yang tidak tegas oleh sektor-sektor yang tertentu seperti di tempat awam, penyiaran yang melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuatkan penggunaan bahasa Melayu yang benar semakin lupus.
Pengaruh media massa dan kehangatan arus globalisasi juga membuatkan masyarakat semakin ghairah untuk menggunakan bahasa-bahasa asing seperti bahasa Korea dan Inggeris. Hal ini kerana dengan penguasaan bahasa-bahasaasing ini, sesetengah masyarakat merasakan bangga kerana boleh berbicara bahasa lain selain bahasa Melayu sendiri. Perihal seperti ini menimbulkan perasaan masyarakat untuk lebih mengutamakan bahasa asing kerana mahu menunjukkan kebolehan masing-masing serta mahu berbangga dengan diri sendiri. Perkara ini akan mengikis penggunaan bahasa Melayu yang sebenar dalam diri masyarakat kerana masing-masing lebih memandang tinggi dengan bahasa asing.
Melalui aspek kehidupan masyarakat Malaysia pula, budaya berbahasa Melayu juga sebenarnya semakin luntur dalam kalangan masyarakat apabila adanya anggapan bahawa dengan bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris membuatkan status social sesebuah keluarga itu mempunyai darjat yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bertutur dengan bahasa Melayu. Hal seperti ini berlaku kerana kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang sudah lapuk dan hanya perlu digunakan semasa proses pembelajaran sahaja. Tambahan pula ada juga yang melabelkan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu digunakan bagi meningkatkan lagi ekonomi dalam sesebuah perniagaan kerana penggunaan bahasa Inggeris sangat laku untuk dijadikan sebagai pulangan ekonomi yang banyak terutamanya dalam bidang pemilihan bakal pekerja.
Namun terdapat juga beberapa inisiatif yang dibuat oleh Dewan Pustaka dan Bahasa iaitu ia mengusahakan penglibatan sektor swasta untuk menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu pada papan perniagaan dan iklan mereka. Melalui tindakan ini, kenyataan yang merendahkan kerelevanan bahasa Melayu pada zaman kini dapat disangkal serta merta kerana ia masih lagi boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada umum. Akan tetapi, malangnya apabila MenteriPerumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) menyatakan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak lagi diwajibkan pada papan perniagaan dan iklan. Mereka mengatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu yang meluas ini merupakan idea dari pemikiran yang sempit lalu menyeru masyarakat mengabaikan pejuang bahasa demi mencapai kemajuan semata-mata. Perkara seperti ini seringkali mengecewakan pejuang-pejuang bahasa yang bertungkus-lumus mempertahankan warisan negara daripada terus lenyap ditelan zaman.
TIADA ULASAN
BalasPadamOUH YE EAA
Padam