KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
Terdapat banyak kepentingan berbudi bahasa dalam masyarakat iaitu dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, warna kulit mahupun agama. Bukan itu sahaja, amalan berbudi bahasa ini akan mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga sensitiviti dan perasaan antara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan. Antara langkah yang bertepatan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya berbudi bahasa iaitu dengan cetusan Gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Melalui konsep gagasan ini, Malaysia dapat membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Dengan wujudnya sikap saling menghormati, masyarakat dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza agama, budaya mahupun pandangan. Termaktublah dengan wujudnya budi bahasa, konsep perpaduan dalam kehidupan seharian dapat dikukuhkan.
Amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Melalui kajian konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Masyarakat pada masa tersebut dapat membina tamadun dan empayar yang kuat dan hebat seperti tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Bagi membina tamadun yang unggul dan boleh berdiri di atas kaki sendiri, kita tidak seharusnya bersikap biadap dan kasar seperti mengeluarkan kata-kata yang manis dan tidak menyinggung persasaan mana-mana pihak bagi mendapatkan hasil diplomatik yang utuh. Sekiranya masyarakat kita lebih bertamadun, sudah pasti kita dapat mempertahankan kemerdekaan. Dalam konteks ini, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat. Kita boleh lihat dengan sifat budi bahasayang tinggi antara kalangan pemimpin mampumenonjolkan kemajuan Malaysia. Contohnya semasa Acara Sukan SEA 2017 berlangsung di Malaysia, kemeriahan dan kemodenan Stadium Bukit Jalil dipuji oleh negara-negaran lain seperti Indonesia. Secara umumnya, dengan konsep budi bahasa yang diwujudkan, Malaysia dapat mengekalkan sifat ketamadunan dalam diri rakyat mahupun pemimpin kerana wujudnya sikap bekerjasama, menghormati dan juga bertoleransi antara rakyat dengan pemimpin.
Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberikan layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif tentang negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka ke sini dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Oleh itu,pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong serta pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan peranan yang lebih penting seperti memberikan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya kaya dengan budi bahasa. Ucapan ‘irasshaimase’ yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira dimana pelancong berada. Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat sekiranyua Malaysia mempunyai nilai budi bahasa seperti itu. Dengan wujudnya budi bahasa yang tinggi, pelancong dapat menikmati percutian di negara kita justeru menigkatkan hasil pendapatan ekonomi negara.
Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan dengan wujudnya nilai budi bahasa yang tinggi. Pemimpin yang baik akan dapat mentadbir negara dengan lancar kerana mendapat sokongan yang padu daripada rakyat. Pemimpin yang berbudi bahasa sentiasa menitikberatkan kepentingan orang lain daripada kepentingan peribadi. Mereka akan bertindak dengan bijaksana untuk menjaga perasaan pelbagai pihak supaya tiada pihak yang berasa terpinggir akibat hak yang tidak sama rata. Sehubungan dengan itu, golongan remaja merupakan aset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa seperti menghormati orang tua, bertutur dengan sopan, bertolak ansur dan amalan tolong-menolong perlulah dijadikan panduan dalam kehidupan mereka supaya mereka dapat menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma dapat dilahirkan. Pemimpin yang berbudi bahasa dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin pemimpin dari negara lain akan kagum dan menghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara dapat dijalinkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Negara kita akan dipandang tinggi oleh negara lain kerana mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi dalam diri masyarakat Malaysia.
Saya nak karangan BUDI BAHASA BUDAYA KITA
BalasPadamstfu
Padamrilex
PadamDiam
Padamhentai
BalasPadamyamete kudasai
PadamBAKA ONII CHAN HEHEHEHEHE
BalasPadamhey cultured man
PadamLMAOOO
Padamike ike ike
BalasPadamLol
BalasPadamike ike
BalasPadamGwenchana
BalasPadam