KONSEP BUDI BAHASA
KONSEP BUDI BAHASA
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang diiringi dengan kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kat, tatacara hidup, pemiiran dan perasaanbaik terhadap orang lain. Kesantunan verbal merupakan adab yang berkaitan dengan perkataan atau percakapan manakala bukan verbal bermaksud adab yang berkaitan dengan tubuh badan, perilaku seharian seseorang. Bagi pandangan masyarakat berbilang kaum seperti masyarakat Cina dan India, budi bahasa merujuk kepada segala perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain serta memberi manfaat kepada orang lain. Misalnya, apabila berada di dalam hospital, doktor yang berbangsa cina bertungkus-lumus untuk menyembuhkan pesakit tanpa mengira status, pangkat, bangsa mahupun agama. Hal ini menunjukkan bahawa budi bahasa antara kaum itu wujud di Malaysia. Budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan hati. Tambahan, budi bahasa juga bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya yang berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggungatau menyentuh perasaan mana-mana pihak.
Melalui perspektif masyarakat Melayu, budi bahasa mewakili peradaban orang Melayu, adat-adat, perlakuan, pertuturan dan sifatnya yang indah dalam pergaulan sehari-harian. Masyarakat Melayu berpegang kuat pada adat resam dan agama. Mereka berpendapat bahawa tidak manis sekiranya anak dara duduk bersila sebaliknya perlu duduk bersimpuh. Apabila para tetamu datang, tuan rumah hendaklah bersalam dan menjawab salam tetamu. Kepantangan utama dalam masyarakat utama iaitu semasa makan. Menjadi adat masyarakat Melayu untuk makan dengan menggunakan tangan walaupun era globalisasi kini penuh dengan pengaruh makanan Barat. Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap juga merupakan adat utama dalam berkomunikasi terutamanya anak-anak kecilyang ingin bercakap dengan ibu bapa mereka.
Ajaran konfusius ada menekankan lima hubungan yang dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonisantara raja dan Menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan. Hal ini membuktikan bahawa betapa pentingnya konsep budi bahasa dalam masyarakat Cina. Dalam pergaulan harian masyarakat Cina, mereka mementingkan budi bahasa terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain. Semasa makan, orang tua diberi keutamaan untukmakan dahulu diikuti dengan orang muda. Mereka juga diminta untuk menunggu semua ahli keluarga ketika makan. Budi bahasa yang ditunjukkan ini berdasarkan kehendak adat bangsa mereka. Walaupun semua bangsa mengamalkan peradaban yang baik, namun masyarakat Cina lebih mementingkan orang yang berada dalam kesusahan. Mereka senantiasa membantu golongan yang susah dengan memberi bantuan kewangan dan juga sokongan kepada warga emas terutamanya tanpa mengira kaum, bangsa, agama mahupun warna kulit.
Melalui pandangan masyarakat India pula, budi bahasa berkaitan dengan nilai kesopanan dalam sistem kekeluargaan. Masyarakat India lebih mementingkan konsep budi bahasa dalam konteks kekeluargaan. Terdapat empat objektif utama yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha. Perkara-perkara ini berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Duduk ketika makan serta makan dengan menggunakan tangan merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat India. Adat mereka melarang mereka daripada membazir ketika makan. Setiap makanan yang dimakan hendaklah dihabiskan sebagai tanda syukur kepada Tuhan dengan nikmat yang diberi. Semasa sembahyang, mereka akan senyap dan dilarang sama sekali untuk berbuat bising bagi meningkatkan lagi kekhusyukan semasa sembahyang. Masyarakat ini dilarang dengan tegar daripada membalas dendam kepada orang lain. Semasa di kuil, mereka akan menanggalkan kasut atau selipar di luar kuil sebagai tanda menghormati tempat ibadah mereka tanpa meninggalkan sebarang jenis kotoran di dalam kuil.
Konteks berbudi bahasa merangkumi beberapa sifat seperti bertimbang rasa, bertoleransi, bertolak ansur, bersopan santun, beramah mesra, dan juga tidak mementingkan diri. Bertimbang rasa membawa maksud sikap terpuji yang ditunjukkan tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum. Apabila bertimbang rasa wujud dalam diri seseorang, mereka akan bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Dengan wujudnya sikap bertimbag rasa, mudah untuk memahami pendapat yang berbeza dan mudah juga untuk belajar menyesuaikan diri dengan orang sekeliling.
Sikap bertoleransi juga termasuk dalam konteks berbudi bahasa. Toleransi adalah sifat atau sikap menghargai pendapat orang lain yang berbeza dengan pendapatnya sendiri. Melaui perspektif pandangan Barat, toleransi yang juga dikenali sebagai tolerance dimaknai menahan perasaan tanpa protes (to endure without protest), meskipun gagasannya itu salah jika dirujuk melalui The New International Webster Comprehensive Dictionary of The English Language (1996:1320). Hal ini membawa maksud bahawa sikap bertoleransi mampu mewujudkan suasana yang aman antara pemberi pendapat dan juga pendengar agar tiada sebarang salah faham berlaku. Sifat ini juga berkait rapat dengan sikap bertolak ansur antara satu sama lain kerana bertolak ansur bermakna saling menuruti pendapat masing-masing yang memerlukan toleransi antara satu sama lain juga.
Salah satu sifat yang perlu ada melalui konteks berbudi bahasa iaitu beramah mesra. Beramah mesra beerti memberikan senyuman yang manis, kata-kata yang menyenangkan kepada pendengar. Selain itu, beramah mesra ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada pendengar. Hal ini memerlukan kata-kata yang lemah lembut, penuh beradab, menggunakan kata ganti nama dan sistem sapaan yang betul supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak yang mendengar sapaan si penutur.

Ulasan
Catat Ulasan