KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
KONSEP KESANTUNAN BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH
Kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui
bentuk dan cara bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan apabila
berkomunikasi dengan orang lain. Merujuk Kamus Dewan,kesantunan dikaitkan
dengan beradab, sopan, halus, tahu adat, baik perangai, baik akhlak, berbudi
bahasa, Susila, lembut, baik, elok, takzim dan bagus yang bermaksud kesopanan
serta kehalusan budi bahasa seseorang. Menurut pandangan Khalifah Abdul Malik
Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas,
dan bersikap adil ketika kuat. Hal ini bertepatan dengan pendapat Awang Sariyan
(2007) iaitu kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara. Hal ini bermaksud kesantunan merupakan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat bermasyarakat. Sifat ini akan melibatkan dua pihak yang
berkomunikasi dalam sebarang keadaan asalkan wujudnya nilai kesopanan dalam
berbahasa, tingkahlaku dan akhlak seseorang dalam pergaulan.
Awang Sariyan |
Malik Marwan |
Manakala menurut Asmah Haji Omar (2000) pula, kesantunan ditakrifkan sebagai kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Kesantunanyang dimaksudkan mempunyai dua jenis menurut pandangan Asmah haji Omar iaitu kesantunan asas dan berkala. Kesantunan asas merupakan kesantunan sedia adayang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubungantara satu sama lain manakala kesantunan berkala bermaksud kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalamhubungan antara satu sama lain. Hal ini bersangkut paut dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar bagi perspektif masyarakat Melayu. Menurut Leech (1983), kesantunan boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Maksudnya bahasa yang dituturkan oleh seseorang perlulah halus, beradab sopan, berlemah-lembut dan juga berbudi pekerti. Leech juga menyatakan bahawa kesantunan bukannya sekadar berbaik-baik sahaja, tetapi yang penting adalah prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham. Setiap pandangan tokoh memang saling berkait apabila Aristotle pula menyatakan kesantunan sebagai sesuatu yang meninggikan darjat seseorang kerana akal dan adabnya tetapi bukan keturunannya. Aristotle juga menyifatkan kesantunan itu lebih penting daripada makan dan minum.
Asmah Hj Omar |
Aristotle |
Ulasan
Catat Ulasan