PENULISAN AKADEMIK : ISU PEMAKANAN DAN KESIHATAN (KKP GCI 1022)
Bagi mengetahui tahap kualiti kesihatan manusia di dunia, perkara yang paling utama yang perlu diketahui sebelum itu iaitu tahap sesebuah negara itu. Secara generalisasinya, negara-negara yang wujud di dunia boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori yang paling besar seperti :
Terdapat tiga perkara perlu disentuh untuk membincangkan tahap kesihatan penduduk di sesuatu kawasan. Antaranya iaitu jenis-jenis penyakit, simptom penyakit, kerosakan yang dibawa bersama, jangkaan hayat dan juga kadar kematian di sesuatu kawasan. Kebiasaannya, jangkitan virus, bakteria dan parasit yang membawa penyakit-penyakit berbahaya seperti HIV, tuberkulosis dan cirit-birit berlaku di negara-negara yang mundur yang mempunyai masalah malnutrisi dan kemiskinan yang melampau serta kadar penyakit penduduknya tinggi. Rajah di bawah menunjukkan contoh wabak yang berleluasa di dunia kini :
![]() | ||
Masalah malnutrisi di negara-negara miskin
Sumber : http://www.bestonlinemd.com
Selain daripada itu, terdapat juga penyakit-penyakit yang biasa didengari seperti malaria dan cacar berlaku pada kadar yang tinggi. Wujud juga ancaman-ancaman penyakit yang berbahaya yang telah merebak dalam rangkaian yang besar seperti penyakit kardiovaskular misalnya sakit jantung dan juga penyakit kanser. Hal ini berlaku kerana kebanyakan penduduk di kawasan-kawasan tersebut mempunyai pendapatan yang rendah sehingga mengakibatkan penduduk di kawasan tersebut tidak mampu merawat penyakit sendiri. Kesannya iaitu kurang peruntukan dapat disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan sehingga menyebabkan kadar penyakit meningkat dari hari ke hari.
Indikator bagi tahap kesihatan penduduk yang kedua iaitu perkara yang berkaitan dengan jangkaan hayat. Umum mengetahui bahawa pada negara yang mempunyai pendapatan yang tinggi, sudah tentu jangkaan hayatnya lebih tinggi berbanding dengan negara yang kurang maju dan juga mundur. Pada tahun 2008, UNICEF (United Nations Children’s Fund) menyatakan bahawa terdapat sebuah negara yang mempunyai jangka hayat yang paling tinggi iaitu negara Jepun. Hal ini kerana negara Jepun mempunyai jangka hayat selama 83 tahun berbanding dengan negara-negara lain. UNICEF juga menyatakan bahawa terdapat sebuah negara yang mempunyai jangka hayat yang paling rendah di dunia iaitu selama 40 tahun. Negara ters ebut merupakan negara Swaziland. Hal ini demikian kerana pendapatan negara tersebut didapati mempunyai kadar pendapatan yang sangat rendah berbanding negara-negara yang lain. Kebanyakan negara yang mempunyai jangka hayat di bawah 50 tahun berasal daripada negara-negara di Afrika. Sebanyak 18 buah negara yang mempunyai jangka hayat yang pendek.
Indikator ketiga yang dapat mengukur tahap kesihatan penduduk iaitu perkara yang berkaitan dengan kematian. Antara punca kematian yang paling utama berlaku didunia iaitu penyakit yang mempunyai kaitan dengan kardiovaskular. Hal ini kerana kardiovaskular membentuk lebih kurang 30% daripada anggota badan manusia. Selain itu, kadar kematian bayi di sesebuah negara juga boleh menjadi pengukur kepada tahap kualiti kesihatan sesebuah negara. Kajian mendapati bahawa kadar kematian bayi di negara kurang maju iaitu 84 daripada 1000 bayi di bawah umur 1 tahun. Manakala di negara maju, kadarnya iaitu purata sebanyak 5 kematian. Perkara ini membuktikan bahawa wujudnya jurang yang sangat besar antara kualiti kesihatan di antara negara maju dan negara yang kurang maju. Tambahan lagi, tahap kebersihan yang rendah dan juga kualiti air yang tidak memuaskan juga merupakan antara penyebab kadar kematian meningkat.
Kebiasaannya, kemajuan kesihatan sesebuah negara dapat diukur melalui kadar kematian semasa melahirkan anak. Amalan menggugurkan anak secara tidak selamat, semasa kelahiran dan juga kehamilan merupakan satu daripada punca kematian yang berlaku dimana-mana negara. Jangka masa kehamilan dan kelahiran anak tidak dianggap sesuatu yang mengancam nyawa seseorang bagi para ibu di negara-negara maju. Tetapi, bagi negara-negara yang sedang membangun, kematian akibat kehamilan dan semasa kelahiran merupakan punca utama kematian khususnya bagi mereka yang berumur 15 tahun hingga 49 tahun. Rajah 1.1 menunjukkan ringkasan indikator bagi mengukur kemajuan kesihatan sesebuah negara.
TAHAP STATUS NEGARA
|
KELAHIRAN DIBANTU OLEH
KAKITANGAN TERLATIH (%)
|
KEMATIAN SEMASA KELAHIRAN
|
Maju
|
99
|
1
dalam 4000
|
Sedang
membangun
|
57
|
1
dalam 61
|
Mundur
|
41
|
1dalam
16
|
RAJAH 1.1
1.1) Penyakit HIV (human immunodeficiency virus)
Mulai tahun 1981, sudah serata dunia iaitu melebihi 25 juta orang telah mati kerana menghidapi penyakit HIV atau lebih spesifik sebagai human immunodeficiency virus atau pun AIDS yang bermaksud acquired immune deficiency syndrome. Hal ini menunjukkan bahawa dunia kini berhadapan dengan satu sindrom yangmenyebabkan ketidakmampuan tubuh badan seseorang untuk berhadapan dengan sesuatu penyakit. Disebabkan wujudnya penyakit AIDS ini, diketahui bahawa lebih daripada 25 juta orang telah mati di serata dunia. Bukan itu sahaja, kajian mendapati bahawa lebih daripada 33 juta orang pula hidup dengan kehadiran HIV dengan sengsaranya. Tanpa disedari oleh mana-mana pihak, penyakit yang berbahaya dan kronik seperti HIV ini sungguh mudah untuk berjangkit secara senyap. Hal ini kerana cara penyakit ini berjangkit boleh dikatakan mudah dan tidak kompleks terutamanya manusia yang sering melakukan hubungan sosial yang bebas seperti perkongsian jarum suntikan yang mengandungi penyakit HIV, hubungan seks yang tidak selamat, pemindahan melalui kelahiran daripada ibu bapa kepada anak, hubungan seks sesama jenis dan juga pemindahan darah yang tidak selamat. Rajah di bawah menunjukkan contoh kesan HIV terhadap pesakit:
Sumber : http://www.slideshare.net
Berkaitan dengan penyakit HIV ini, terdapat sebuah tempat di dunia ini yang mempunyai status jangkitan HIV yang sangat berleluasa. Seperti yang dikaji, benua Afrika mempunyai 10% daripada jumlah populasi dunia, tetapi perkara yang menyedihkan iaitu sebanyak 60% daripada jumlah populasinya menghidap penyakit AIDS yang merupakan penyakit yang sangat kronik didunia. Rajah 2.1 menunjukkan perbandingan HIV antara wilayah yang terdapat di Afrika :
WILAYAH
|
PENGHIDAP HIV BAGI DEWASA
(UMUR 15-49)
|
JUMLAH KESELURUHAN KES HIV
|
KEMATIAN AKIBAT AIDS BAGI
TAHUN 2004
|
Sub-Sahara
Afrika
|
7.4%
|
25
000 000
|
2
300 000
|
Amerika
Utara
|
0.6%
|
1
000 000
|
16
000
|
Eropah
Barat
|
0.3%
|
570
000
|
16
000
|
Rajah 2.1
Penghidap HIV masih lagi meningkat di negara-negara Afrika bahagian Selatan walaupun ada beberapa kawasan wilayah negara yang jumlahnya masih lagi stabil jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain.
Didapati bahawa satu daripada 20 orang dewasa dijangkiti HIV di wilayah Sub-Sahara Afrika. Selain daripada kawasan Sub-Sahara ini, kawasan-kawasan lain di dunia seperti India, China, wilayah Mediterranean, Eropah Barat dan Amerika Latin juga mempunyai masalah seperti jangkitan HIV atau AIDS ini. Jika dilihat melalui perspektif ekonomi dunia, penyakit HIV ini menjadi satu daripada beban utama bagi negara-negara mundur yang mempunyai sumber kewangan yang tidak mencukupi. Jika mengikut anggaran, boleh dikatansebanyak 15 juta kanak-kanak telah pun kehilangan ibu bapa merekaakibat penyakit HIV yang membunuh kedua ibu bapa mereka sendiri. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang terbiar ini terdorong untuk melakukan perkara negatif yang lain seperti masalah sosial.
1.2) Obesiti
Jika dilihat dengan lebih mendalam, negara-negara mundur yang tidak mempunyai banyak sumber makanan akan mengalami masalah malnutrisi. Ia berlaku kerana ketidakcukupan sumber makanan yang melampau tambahan cuaca sekitar yang sangat teruk. Tetapi, perkara yang sebaliknya pula berlaku pada negara-negara yang membangun mahupun maju. Masalah obesiti ini berlaku di negara-negara maju terutamanya kawasan-kawasan bandar yang besar. Penyakit obesiti ini membawa seiring penyakit-penyakit lain yang sangat berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga kencing manis. New England Journal of Medicine 2005 mengeluarkan laporan berkenaan dengan obesiti iaitu secara puratanya, obesiti akan memendekkan hayat rakyat Amerika Syarikat antara dua hingga lima tahun untuk 50 tahun yang akan datang. Hal ini boleh dikaitkan dengan kepasifan negara-negara membangun dan maju dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti bersenam, berjogging, bersukan dan sebagainya. Lain pula keadaan di negara-negara yang mundur, masalah kekurangan zat dan kebuluran pula berlaku akibat kemisikinan yang melampau secara puratanya. Tetapi, apabila ditinjau melalui perspektif di Amerika Syaikat, penduduk-penduduk yang berstatus miskin akan mengalami masalah obesiti yang sangat teruk kerana makanan-makanan yang berkalori tinggi lebih murah berbanding dengan makanan-makanan sihat yang lain seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Rajah di bawah menunjukkan contoh kesan obesiti terhadap pesakit :
Sumber : http://www.watan-online.com
1.3) Isu yang berkaitan dengan pemakanan dan kesihatan dunia
Nilai-nilai murni sebenarnya sangat penting untuk dipraktikkan dimana-mana negara. Hal ini demikian kerana nilai keprihatinan manusia itu sangat penting diterapkan dalam diri setiap rakyat apabila berkata tentang isu pemakanan dan kesihatan dunia. Setiap individu perlu prihatin terhadap diri sendiri sekiranya hendak mempunyai tubuh badan yang sihat serta pemakanan yang terjaga. Terdapat satu daripada negara Afrika iaitu Rwanda menunjukkan bahawa betapa pentingnya sikap keprihatinan terhadap kesihatan. Hal ini kerana penyakit HIV atau AIDS sangat mudah untuk merebak kerana banyak pihak tidak mempunyai sikap keprihatinan yang tinggi terhadap kes ini. Dengan keadaanmobiliti antara daerah dan negara berlaku pada kadar yang cepat, wabak yang kronik sperti ini mudah untuk merebak dengan kadar yang segera dan cepat. Kebiasaannya jalan penyelesaian yang dibuat oleh negara-negara maju tidak bersifat menyeluruh kerana mereka hanya mahukan jalan penyelesaian yang cepat sahaja tetapi bukan untuk setiap rakyat.
Sejenis sindrom yang bernama AIDS telah banyak membunuh nyawa manusia di seluruh negara. AIDS merupakan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit.Sindrom ini berlaku akibat kemasukan virus HIV (Human Immunodefiency Virus) ke dalam melalui bendalir-bendalir yang kotor melalui seks bebas dan sebagainya. Jika seseorang individu dijangkiti penyakit ini, individu itu akan mudah untuk dijangkiti penyakit-penyakit lain seperti kanser dan penumonia. Dianggarkan lebih 40 juta orang telah menjadi pesakit AIDS dan ia mengakibatkan 3 hingga 5 juta orang terkorban setiap tahun akibat wabak AIDS ini.
Dianggarkan sebanyak 300 juta kes malaria berlaku setiap tahun dengan kematian sekitar sejuta orang. Pembunuh-pembunuh senyap iaitu penyakit diabetes dan sakit jantung sudah banyak mengorbankan nyawa manusia tanpa kira umur mahupun jantina. Terdapat satu penyakit yang bernama SARS (Severe Acute Respiratory Syndrom) mula berkembang di benua Asia iaitu negara China. Ia merupakan penyakit yangboleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru. Penyakit ini boleh merebak dalam kadar yang sangat cepat kerana ia merebak melalui titisan cecair daripada mulut dan hidung. Tambahan lagi, obejk-objek yang dipegang oleh pesakit SARS ini akan menyebabkan ia merebak dan menjangkiti orang lain yang menyentuh objek-objek tersebut. Negara-negara yang terlibat dengan jangkitan SARS ini iaitu China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.Rajah di bawah menunjukkan kesan-kesan radang paru-paru :
Sumber : http://www.myhealth.gov.my
Pertambahan penduduk secara mendadak sangat menyentuh perkara yang berkaitan dengan isu pemakanan dan kesihatan dunia. Hal ini kerana pertambahan penduduk yang banyak membuatkan pengaruh dan impak yang besar kepada isu kesihatan dan pemakanan. Populasi dunia dianggarkan berjumlah2 billion orang bagi kiraan selepas sahaja Perang Dunia Kedua.
2.0) Penyelesaian isu pemakanan dan kesihatan dunia
Langkah utama bagi mengatasi masalah isu makanan iaitu penduduk dunia mestilah distabilkan bagi mengatasi masalah makanan yang tidak mencukupi. Hasil-hasil pertanian hendaklah ditingkatkan kerana jumlah pertambahan penduduk semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini kerana permintaan makanan khususnya yang berkaitan dengan pertanian semakin meningkat akibat pertambahan pendudukyang mendadak.
Selain itu kemiskinan juga mestilah diatasi dengan segera bagi mengurangkan masalah pemakanan dan kesihatan ini. Selain itu, produktiviti air juga hendaklah ditingkatkan supaya air yang digunakan oleh penduduk terjaga daripada sebarang jenis kuman mahupun bakteria berbahaya. Perkara ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan sistem pengairan pertanian yang lebih cekap dan berkualiti. Tanaman-tanaman yang kurang menggunakan air seperti gandum juga perlu diperluaskan lagi penggunaannya berbanding dengan tanaman yang menggunakanair secara intensif seperti padi. Kitar semula air perlulah digiatkan agar pengunaan air dapat dijimatkan sepenuhnya. Rajah menunjukkan contoh penanaman padi yang kurang menggunakan air :
Sumber : http://kanalsatu.com
Pihak-pihak yang berkaitan dengan pertanian hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesuburan tanah. Hakisan tanah perlulah diatasi dengan segera melalui beberapa teknik seperti memperkenalkan tanah-tanah pertanian yang berteres. Bagi mengelakkan hakisan tanah berlaku, pokok-pokok lindungan angin hendaklah ditanam di kawasan-kawasan pertanian. Rajah di bawah menunjukkan contoh tanah pertanian berteres :
Sumber : http://ladolcesuraya.blogspot.my
Didapati bahawa selepas sahaja 60 tahun, jumlah populasi dunia meningkat sebanyak tiga kali ganda sehingga menjadi 6 billion. Dianggarkan pada tahun 2050, jumlah penduduk dianggarkan 10 hingga 12 billion orang. Hal ini dapat dibuktikan apabila China menggalakkan rakyatnya hanya mempunyai seorang anak sahaja tetapi pada masa yang sama ada juga negara yang menggalakkan keluarga yang besar.
Melalui perspektif yang lain, bagi mengatasi masalah isu makanan iaitu mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara dengan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga. Di samping itu, penduduk dunia hendaklah menambahkan pelaburan dalam usaha penyelidikan yang bertujuan untuk memperkenalkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui . Kuatkuasa untuk melarang penebangan hutang perlulah diperkuat bagi memastikan masalah yang berkaitan tidak akan mempengaruhi kehidupan manusia terutama yang berkaitan dengan isu pemakanan. Rajah 3.1 menunjukkan cara penyelesaian isu pemakanan dan kesihatan dunia :
Rajah 3.1
Ulasan
Catat Ulasan