SEJAUH MANAKAH ADAT DAN KEPERCAYAAN DALAM BUDAYA MELAYU MEMPENGARUHI KEHIDUPAN MEREKA SEJAK DAHULU HINGGA KINI

  ADAT DAN KEPERCAYAAN MELAYU
 
  Adat termasuk dalam kategori kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu daerah. Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan menjadi salah satu kesalahan yang dilakukan oleh penduduk di sesebuah daerah itu. Adat juga dikatakan sebagai peraturan yang digunakan sejak turun-temurun oleh sesebuah kaum yang tinggal didaerah tersebut. Masyarakat Melayumempunyai banyak adat yang diamalkan sehingga kini tetapi diadaptasi sehingga menepati kehendak Syariah mahupun agama.

a) Melenggang perut

Melenggang Perut




         Adat ini diamalkan sesuai kepada ibuyang mengandungkan kandungan anak sulung. Adat ini juga dipanggil sebagai Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung dan di sesetengah tempat pula dipanggil sebagai Mandi Tian. Adat ini dilakukan ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan bagi kandungan anak sulung. Masyarakat melayu mempercayai bahawa dengan adat ini, ibu mengandung mampu membuang geruh atau dikenali sebagai kecelakaan yang mungkin menimpa ibu mengandung serta dengan upacara ini, bidandapat membetulkan kedudukan bayi di dalam perut ibu mengandung. 


b) Menggantung daun mengkuang
Daun Mengkuang

Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, bagi mengelakkan gangguan makhluk halus, daun mengkuang berduri akan dicari dan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Perkara ini dilakukan apabila terdapat wanita yang baru sahaja lepas melahirkan anak. Kebiasannya adat ini dilakukan ketikan kandungan sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Namun kini, adat ini mulai lenyap kerana masyarakat Melayu kini lebih mementingkan suruhan agama seperti bacaan Yaasin di rumah sebagai tanda kesyukuran.



c) Tanggal pusat



         Adat tanggal pusat atau lebih dikenali sebagai adat cuci lantai kan diadakan apabila bayi yang telah pun dilahirkan. Adat ini melarang si ibu untuk meletakkan bayi di dalam buaian selagi pusatnya belum tercabut dari perut si bayi. Si ibu diminta untuk tidur disamping anaknya dan seeloknya dilakukan pada hari Isnin atau hari Khamis. Pada sesetengah tempat, adat ini dipanggil sebagai adat naik buai kerana selagi bayi tu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan oleh sesiapa.

d) Adat berkhatan



         Adat berkhatan atau lebih dikenali dengan adat bersunat merupakan perkara yang diharuskan dalam  masyarakat Melayu. Ada juga masyarakat Melayu yang mewajibkan adat berkhatan kerana ia menjadi keutamaan oleh orang Melayu walaupun ia merupakan perkara yang sunat dilakukan melalui perspektif Islam. Bagi bayi perempuan selalunya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas sahaja dilahirkan. Kebiasaannya bagi bayi perempuan, adat berkhatan akan dilakukan ketika berumur setahun atau lebih. Bagi kanak-kanak lelaki pula, adat berkhatan dilakukan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingaa 12 tahun. Adat ini akan dilaksanakan oleh golongan pakar seperti Tok Mudim atau doctor bagi zaman kini.


e) Adat Perkahwinan



        Adat perkahwinan mempunyai tatacaranya yang tersendiri. Kebanyakan masyarakat Melayu masih mengamalkan lagi adat perkahwinan tradisional tetapi caranya telah pun berubah kepada cara moden akibat pengaruh globalisasi kini. Terdapatnya empat langkah dalam perkahwinan iaitu merisik, meminang, bertunang, bernikahdan juga majlis persandingan. Merisik bertujuan untuk meninjau dan menyelidik latar belakang bakal isteri. Meminang pula bertujuan sebagai menyatakan hasrat pihak lelaki untuk mengahwini wanita tersebut serta menetapkan tarikh perkahwinan jika diterima oleh pihak wanita. Seterusnya, barang hantaranakan dihantar segerombolan pihak dari lelaki semasa bertunang. Lalu dalam majlis akad nikah, Tok Imam akan menikahkan pengantin lelaki dan perempuan. Majlis persandingan pula bertujuan untuk meraikan tetamu yang datang serta menghebahkan status kedua-dua pasangan diiringi dengan gelaran seperti raja sehari.



f) Kepercayaan dalam masyarakat Melayu


Kepercayaan bermaksud anggapan atau perakuan bahawa sesuatu itu ada dan wujud. Terdapat banyak pantang larang dalam kepercayaan masyarakat Melayu tradisional yang berkaitan dengan adat dan budaya nenek moyang yang diamalkan sejak dahulu lagi. Pantang larang yang direka itu bertujuan untuk memberi pendidikan kepada masyarakat Melayu supaya sentiasa berwaspada dengan setiap perkara yang akan dilakukan. Kepercayaan dan adat ini juga mengandungi banyak nilai-nilai yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Orang Melayu dikaitkan dengan larangan daripada memukul, mendera atau mencederakan sebarang jenis binatang yang tidak mendatangkan bahaya. Orang Melayu juga dilarang sama sekali daripada mengejek kecacatan orang lain kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan berupa sedemikian terutamanya kepada ibu mengandung. Masyarakat Melayu juga disarankan supaya tidak melihat gerhana kerana takut anak yang akan dilahirkan mendapat tompok hitam atau mata menjadi juling. Ada juga yang berpendapat bahawa anak dara dilarang sama seklai untuk menyanyi semasa berada di dapur kerana dikhuatiri akan kahwin dengan orang tua. Banyak lagi kepercayaan yang boleh didapati daripada pengalam nenek moyang masyarakat Melayu akan tetapi bukan semuanya boleh diaplikasikan kini. Melalui adat-adat yang dinyatakan tadi, kita sedia maklum bahawa masyarakat Melayu dipenuhi dengan panduan dalam kehidupan yang dipanggil sebagai adat dan kepercayaan. Namun kini, menjelang kemajuan era globalisasi, setiap adat dan kepercayaan akan dikaitkan dengan ilmu keagamaan. Mana-mana adat yang tidak ada kena mengena dengan kepercayaan agama akan dilupakan secara berperingkat. Terdapat juga banyak pengaruh agama lain dalam kepercayaan dan adat masyarakat Melayu. Sebagai contoh, semasa majlis perkahwinan, beras kunyit akan ditabur ke tangan pengantin diiringi dengan renjisan air mawar. Hal ini bersangkut paut dengan adat agama Hindu yang menggunakan beras berwarna kuning upacara perkahwinan mereka juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

FRASA DAN BINAAN FRASA