CONTOH MEMO RASMI
Assalamualikum semua :) Jadi hari ini cikgu nak kongsikan contoh memo rasmi yang sesuai untuk diedarkan disekolah-sekolah mahupun pejabat. Kamu semua perlu tahu bahawa terdapat pelbagai bentuk memo rasmi yang boleh dibuat. Hal ini kerana lain tempat, lain cara penyampaian memonya. Jadi bolehlah jadikan memo contoh yang cikgu buat ini sebagai panduan ya :)
MAKTAB RENDAH
SAINS MARA GADING GAJAH
LOT 1723, MUKIM
AYER PA'ABAS,
78000 GADING GAJAH,
MELAKA
MEMO DALAMAN
Kepada : Semua pelajar tingkatan 5
Daripada : Ketua Exco Multimedia LDP Sesi
16/17
Rujukan Kami : Bil (04)
dlm.SMKM 05/08/005
Tarikh : 09/03/2017
Salinan :
Tn. Hj Satari bin Hashim
PELANCARAN
PROGRAM GEMILANG SPM 2017
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa
Pelancaran Program Gemilang bagi pelajar yang akan menjadi calon Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 akan diadakan. Melalui program ini,
para pelajar dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan masing-masing dengan
bantuan para guru. Pelancaran Program Gemilang SPM 2017 akan diadakan pada
ketetapan yang berikut:
Tarikh : 19 Mac 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan GG
3. Para pelajar tingkatan 5
diwajibkan untuk menghadiri program ini atas arahan pengetua MRSM Gading Gajah.
RIbuan terima kasih saya ucapkan atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.
Sekian,
Saya yang menurut perintah
MOHD KAHAR NOOR
Ulasan
Catat Ulasan