FRASA DAN BINAAN FRASA

1.1) Pengenalan Frasa

Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau lebih. Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Perhatikan contoh yang berikut:

                                                                  
FRASA
Sekolah
Sekolah rendah
Sebuah sekolah
Sebuah sekolah rendah
Sebuah sekolah rendah luar bandar


Dalam contoh di atas, sekolah bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu boleh diperluas menjadi sekolah rendah, sebuah sekolah, sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah luar bandar. Binaan frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada rasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.



1.1.1) Frasa Nama

Frasa nama ialah frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur intinya boleh wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contoh:

                         1. Abang menuntut di universiti
                         2. Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti

Dalam ayat (1), unsur inti bagi subjek ayat itu ialah frasa nama abang yang hanya terdiri daripada satu patah perkataan. Ayat (2) pula menunjukkan bahawa unsur inti bagi frasa nama boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah unsur yang menjadi fokus utama bagi sesuatu frasa, manakala penerang merupakan penjelasan yang menerangkan makna inti tersebut. Misalnya, dalam frasa abang sulung keluarga itu, intinya ialah abang, manakala sulung keluarga itu ialah penerang yang menerangkan abang. Contoh inti + penerang bagi binaan frasa nama adalah seperti berikut:

                                                    FRASA NAMA

INTI
PENERANG
mesyuarat
agung tahunan
pensyarah
institut pendidikan guru
klinik
pakar kanak-kanak

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama. Contohnya, sepeti kata kerja berlumba dan menderma serta kata adjektif merah dalam ayat-ayat yang berikut:

                      3. Berlumba di lebuh raya membahayakan diri sendiri.
                      4. Menderma perbuatan terpuji.
                      5. Merah warna kegemarannya.

Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat seperti contoh yang berikut:

SUBJEK (FRASA NAMA)
PREDIKAT (FRASA NAMA)
    1. Wilayah Persekutuan
ibu negara Malaysia.
    1. Puan Norihan
guru sekolah menengah.
    1. Kereta putih itu
kepunyaan bapa.
    1. Kanak-kanak itu
murid tahun satu.


1.1.2) Frasa Kerja

Frasa kerja ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh yang berikut:



SUBJEK
PREDIKAT (FRASA KERJA)
                     10. Budak itu
menjerit sekuat-kuat hatinya.
                     11. Atlet itu
berlari sepantas kilat.
                     12. Wangnya
tersimpan dalam amanah saham.
                     13. Puan Julita menyanyi dengan suara yang merdu.

Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. Contohnya seperti ayat-ayat yang berikut:

14. Adik tidur lena di dalam buaian.
15. Budak-budak itu bergaduh sesama sendiri.
16. Anak kucingnya terjatuh ke dalam perigi buta. 

Ayat (14), (15) dan (16) menunjukkan kata kerja tidur, bergaduh, terjatuh tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek, maka kata kerja ini tergolong sebagai kata kerja tak transitif. Sebaliknya, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang. Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tak transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Pelengkap tidak boleh ditiadakan kerana tanpanya kata kerja tersebut tidak sempurna. Perhatikan contoh-contoh tersebut:

Pelengkap Kata Nama

 Kata Kerja Tak Transitif
Pelengkap
beratapkan
bertam
beralaskan
sutera China
 berbajukankertas

Ulasan

  1. Sangat membantu, sedikit kesilapan pada kata kerja tak transitif di akhir tu, sepatutnya kata kerja transitif, salah tulis jer, isi dah betul

    BalasPadam
  2. Bomba berjaya memadamkan api. Berjaya frasa apa?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA