KATA NAMA TUNGGAL AKRONIM

Akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan

4 jenis kata nama akronim

        a) Cantuman beberapa huruf awal rangkai kata

  •  Dibentuk mellaui percantuman huruf awal beberapa perkataan kebanyakan terdiri daripada nama khas
  • ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)
(Jika akronim yang dicipta tidak dapat diujarkan sebagai satu perkataan yang boleh disebut terus, maka perkataan tersebut tidak dikira sebagai akronim. Contohnya PLKN.)


b) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan

  • LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban)
  • KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara)
  • MARA (Majlis Amanah Rakyat)


c) Cantuman suku kata awal perkataan

  • Terbentuk apabila suku-suku kata pertama beberapa perkataan dicantumkan.
  • Kebanyakannya terdiri daripada kata nama am seperti CERPEN (Cerpen Pendek)
  • Kata Nama Khas GAPENA (Gabungan Penulis Nasional)
  • PAWAGAM (panggung Wayang Bergambar)
  • KUGIRAN (Kumpulan Gitar Rancak)


d) Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama dengan Bahagian lain Perkataan yang Mengikutinya

  • Terbentuk melalui huruf atau suku kata perkstaan pertama dengan bahagian bukan awal perkataan-perkataan lain.
  • Contohnya, maging (makan daging) dan halaju (hala laju), jenama (jenis nama), maun (makan daun), debunga (debu bunga), jalurah (jalan lurah), 

PERINGATAN BUAT PELAJAR IPGM,
Kebiasaannya soalan yang disangkakan senang inilah yang akan keluar dalam peperiksaan nanti :)

Ulasan

  1. Saya ingin bertanya kalau JPN tu kata akronim ke? Ayat penuh di depan dan akronim dikurungan.Contoh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)adakah ini termasuk dgn kata akronim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa tidak oleh kerana ia tidak boleh disebut terus

      Padam
  2. Saya ingin bertanya kalau JPN tu kata akronim ke? Ayat penuh di depan dan akronim dikurungan.Contoh Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)adakah ini termasuk dgn kata akronim?

    BalasPadam
  3. Saya ingin bertanya , kalau guru tu kata akronim ke? kalau ye dia drpd gabungan apa?

    BalasPadam
  4. boleh saya tau akronim untuk jambatan jalan atas ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

MORFOLOGI BAHASA MELAYU