PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN WANITA ISLAM DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA


1.0) PENGENALAN
Berbincang mengenai peranan institusi keluarga dan wanita Islam dalam membentuk masyarakat sejahtera, perkataan yang paling penting iaitu keluarga. Keluarga ialah satu institusi yang sangat penting dalam masyarakat Islam. Suami, isteri dan anak merupakan keluarga asas yang perlu diketahui. Anak-anak dan zuriat akan berkembang melalui perkahwinan dan kemudiannya membentuk kelompok keluarga dan seterusnya terbentuklah masyarakat yang ramai. Bagi membangunkan sebuah tamadun, keluarga sangat diutamakan dalam Islam. Oleh yang demikian, Islam telahpun menetapkan beberapa peraturan bagu menjamin keluarga Islam itu sentiasa dalam keadaan harmoni dan saling menyayangi.

1.1) PERANAN INSTITUSI KELUARGA
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orangorang yang layak (berkahwin), dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan yang perempuan.  Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya.”
 al-Nuur,24:32
“ Dan Kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelum kamu dan Kami berikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”
al-Ra’d, 13:38
Institusi keluarga diwujudkan bagi membentuk sebuah rumahtangga yang bahagia sepadan dengan kehendak Islam. Firman-firman Allah di bawah menunjukkan tentang pembentukan keluarga Muslim.

                  Merujuk dalil-dalil di atas, terdapat pelbagai tujuan Islam menggalakkan pembentukan keluarga Muslim. Rajah 1 menunjukkan peranan institusi kekeluargaan Islam..


Rajah 1.0 : Peranan Institusi Kekeluargaan Islam

“Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada wanita dua, tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja.
(Surah al-Nisaa’: 3)
            Proses pembentukan keluarga Islam bermula lebih awal daripada perkahwinan iaitu sejak mulanya mencari jodoh atau memilih teman hidup. Islam menggalakkan penganutnya memilih pasangan yang baik supaya dapat melahirkan sebuah keluarga muslim yang bahagia. Islam telahpun memberikan panduan dalam memilih calon pasangan yang baik serta Islam menganjurkan supaya mencarri dan memilih pasangan yang mempunyai sifat rohani dan fizikal yang baik. Hal ini kerana perkahwinan merupakan satu ikatan keagamaan antara lelaki dan perempuan bagi mengharuskan pergaulan melalui akad nikah dan ijab kabul yang sah. Sesuailah sepertimana firma Alla di bawah.
           
              Bagi memelihara diri dan juga mengawal nafsu, Islam menggalakkan umatnya berkahwin justeru bagi mendapatkan ketenangan jiwa, melahirkan zuriat yang baik serta bagi meneruskan kehidupan di bumi Allah sebagai seorang khalifah yang bakal mengikuti segala sunnah Rasulullah.
            Terdapat beberapa hukum berkahwin yang perlu diketahui sebagai seorang muslim. Ulama fiqh membahagikan hukum berkahwin itu kepada lima iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan juga harus. Rajah 1.1 menunjukkan hukum-hukum berkahwin yang telahpun ditetapkan.

Rajah 1.2 : Hukum-hukum berkahwin

               Peranan, hak dan tanggungjawab keluarga dalam Islam cukup tersusun dan teratur. Jika setiap peranan, hak dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan baik oleh setiap yang berkenaan, insya-Allah kita akan berjaya membina sebuah tamadun yang tinggi. Berdasarkan perbincangan di atas, kejayaan membentuk sebuah keluarga muslim terletak di tangan setiap individu dalam keluarga terutama ibu bapa atau suami dan isteri. Pelaksanaan hak dan tanggunjawab berterusan dan kesungguhan menjadi penentukan kejayaan dalam mencapai matlamat pembentukan sebuah keluarga muslim yang digariskan iaitu meneruskan penghayatan akhlak yang mulia dan mengekalkan kemuliaan bangsa manusia sebagai kesinambungan generasi manusia.
             Setiap muslim yang telahpun berkahwin semestinya mempunyai tanggungjawab dan hak yang perlu dipikul oleh setiap anggota keluarga. Misalnya amanah sesebuah keluarga terletak pada bahu suami ataupun dikenali sebagai bapa kepada isteri dan anak-anaknya. Nafkah yang dimaksudkan meliputi pembelanjaan harian seperti makan dan minum, pakaian, menyediakan tempat tinggal dan sebarang perkara yang difikirkan perlu dalam kehidupan.
Rajah 1.3 menunjukkan peranan suami dan isteri dalam institusi keluarga bagi mengecapi kebahagiaan hidup.


Rajah 1.3 : Peranan suami dan isteri dalam institusi keluarga
             Semestinya jika setiap pihak dalam institusi keluarga seperti suami, isteri dan juga anak-anak memberikan peranan masing-masing yang baik, pasti institusi keluarga menjadi aman, damai dan harmoni. Bukan itu sahaja, sudah pasti Allah akan memberi jasmani, rohani, perasaan cinta dan kasih sayanag, melahirkan umat manusia yang sentiasa berjuang dalam jalan Allah, semangat ukuhuwah kepada mereka yang menjalankan amanah masing-masing dalam institusi keluarga.


1.2) PERANAN LELAKI DALAM INSTITUSI KELUARGA
Tanggungjawab yang dijalankan oleh suami ataupun isteri perlulah berlandaskan syaiah Islam yang telahpun ditetapkan. Oleh yang demikian, antara tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun lelaki iaitu memimpin rumah tangga ke arah kecemerlangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat dan melayani isteri dengan baik.
               Seorang suami hendaklah bekerja untuk mencari nafkah keluarga, menyediakan keperluan hidup yang cukup kepada keluarga seperti makanan dan minuman, pakaian yang mencukupi dan juga tempat tinggal. Selain itu, seorang suami juga hendaklah menjaga dan mengurus kesihatan anggota keluarga supaya tidak terjebak kepada penyakitpenyakit berbahaya, memberi kasih sayang dan pendidikan kepada ahli keluarga ke arah keredhaan Allah dan juga memberi perlindungan kepada ahli keluarga.
                Merujuk kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak suami, para bapa hendaklah mempelajari perkara-perkara yang digariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah tentang pembentukan keperibadian muslim yang sejati. Ciri-ciri peribadi muslim yang diperlukan oleh al-Quran dan as-Sunnah merupakan peribadi yang bagus unuk diikuti oleh setiap manusia yang menghidupkan sesebuah institusi kekeluargaan. Rajah 2 menunjukkan antara sepuluh ciri peribadi muslim yang dinyatakan oleh Imam Hassan al-Banna.
Rajah 2.0 : Ciri Peribadi Muslim
            Dalam mendirikan institusi keluarga yang bahagia, setiap anggota keluarga hendaklah mengikut syariat dalam menjalankan tugas. Oleh yang demikian, Rajah 2.1 menunjukkan ciri yang perlu ada pada seorang lelaki dalam membentuk sebuah institusi keluarga.
Rajah 2.1 : Ciri-ciri yang perlu ada ada seorang suami
                Tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga sendiri. Walaupun kita sudah mempunyai ister dan anak-anak, tanggungjawab terhadap ibu baoa tidak boleh dilupakan. Apabila ibu bapa miskin, tidak berharta, kita sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapa dan tidak emnjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Hal ini kerana kita perlu tahu bahawa keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan ibu dan bapa kita sebenarnya.
              Sebagai seorang anak lelaki kita hendaklah sentiasa bertanya khabar kepada kedua ibu bapa yang berada di kampung sekiranya duduk berjauhan kerana kita tahu mereka semua sudah tua dan uzur serta dimamah usia. Perkara seperti ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja, tetapi terletak pada cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari kasih sayang dan juga rahmat daripada Allah. Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat sebarang perhubungan kasih sayang dan prihatin suaminya kepada kedua ibu bapa kerana hak anak tetap wujud walupun dia sudah mempunyai isteri. Oleh itu seorang se=uami hendaklah sentiasa menjenguk kedua ibu bapa walaupun berada dalam kesibukan.

1.3) PERANAN WANITA DALAM INSTITUSI KELUARGA
Islam menggariskan bahawa wania merupakan antara makhluk ciptaan Allah yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat satu surah di dalam al-Quran yang dinamakan sebagai surah Annisa’ yang menceritakan tentang hal-hal wanita serta segala hak-haknya. Rasulullah telahpun membawa syariat yang menjunjung wanita dengan meletakkan hak-haknya yang tertentu. Keberadaan wanita ini sentiasa digambarkan dengan kelembutan, sifat kasih sayang yang semula jadi dan juga kecantikan yang tersendiri.
              Antara tanggungjawab dan peranan wanita dalam institusi kekeluargaan iaitu tanggungjawab sebagai hamba Allah, tanggungjawab sebagai seorang isteri, tanggungjawab sebagai seorang pemimpin urusan rumah tangga dan jugua tanggungjawab sebagai seorang pendidik kepada generasi yang akan datang. Rajah 2 menunjukkan ringkasan peranan wanita dalam institusi keluarga menurut syariat Islam. 
Rajah 3.0 : Peranan wanita dalam institusi keluarga
              Walau bagaimanapun, terdapat beberapa garis panduan tentang tanggungjawab seorang wanita dalam rumahtangga. Rajah 3.1 menunjukkan tanggungjawab seorang wanita dalam rumahtangga.


Rajah 3.1 : Tanggungjawab seorang wanita dalam rumahtangga

              Wanita sebagai kaum ibu merupakan individu yang paling rapa dengan anak-anak dan sumbangan mereka dalam melahirakan generasi yang berakhlak mulia banyak terletak pada bahu mereka. Apabila diteliti peranan itu, wanita sebagai ibu di dalam sistem kekeluargaan Islam bukanlah semata-mata untuk menjaga makan minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam. Watak dan keperibadian anak-anak semestinya terletak pada bahu kedua ibu bapa. Sesuailah dengan hadis daripada
"Tiap-tiap anak Adam itu di lahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi"
 (Al-Hadis)
Rasulullah s.a.w di bawah.


             Oleh yang demikian, untuk menjadi wanita yang solehah, wanita perlulah mempunyai ciri-ciri keperibadian muslimah. Rajah 3.2 menunjukkan antara ciri keperibadian muslimah.


Rajah 3.2 : Ciri-ciri keperbadian muslimah


                                                                                     

2.0) KESIMPULAN
Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA