Contoh Laporan Persatuan AJK

PENGGUNAAN DAN PENGAGIHAN TUGAS SISTEM SIAR RAYA

 

            Pada 10 September 2019, semua pelajar PISMP Ambilan Jun 3018 telah menjalani Sesi Perkhemahan Unit Beruniform selama empat hari dan tiga malam di sekitar kawasan kabin di IPG Kampus Ku. Saya Mohd Muhmad telah dilantik sebagai Ketua Ahli Jawatankuasa Pengendalian Sistem Siar Raya semasa sesi perkhemahan unit beruniform tersebut. Dalam laporan ini, saya akan menerangkan serba sedikit perjalanan yang telah dilaksanakan oleh AJK Sistem Siar Raya sepanjang program berlangsung.

            Terdapat seramai tujuh orang yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Sistem Siar Raya yang berada di bawah pengelolaan saya. Antara AJK Sistem Siar Raya UB yang telah dilantik iaitu Nisha, Ronna, Farhan, Miera Syakira, Yone, Eunice dan juga Atikah. Mereka bertujuh telah pun diberikan skop tugas masing-masing berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Sebelum pengendalian Sistem Siar Raya dilaksanakan, AJK Peralatan telah menempah peralatan yang sepatutnya di Unit ICT (UICT) IPG Kampus Kent. Antara alatan yang dipinjam termasuklah sistem siar raya boleh gerak (portable), mikrofon, layar, projector dan juga penyambung soket (extension wire).

            Jadual bertugas yang telah dirancang berjalan dengan baik kerana sebelum jadual bertugas dihebahkan, setiap ahli diberi kebebasan untuk memilih hari yang dimahukan. Oleh yang demikian, tugasan yang dilakukan adalah atas persetujuan setiap ahli. Berikut merupakan jadual yang telah saya tetapkan.

JADUAL BERTUGAS SISTEM SIAR RAYA UB 2019

Selasa - Atikahy, Nishay

Rabu - Farhany, Ronnay

Khamis - Mierasyakiray, athirahy,   Sriyantiy

Jumaat - Eunicey, Sharony

 

Setelah selesai program ini, saya dan ajk yang lain telah mengemas dan jga mengira jumlah peralatan yang telah digunakan. Didapati bahawa setiap peralatan berada dalam keadaan yang baik dan mencukupi. Walau bagaimanapun, wayar penyambung (extension) telah dibersihkan oleh ajk kerana mereka dapati bahawa wayar yang dipinjam kotor akibat terkena lumpur semasa aktiviti berlangsung. Kelemahan yang boleh dilihat melalui pelaksanaan ajk sistem siar raya ini iaitu sepatutnya ajk pa sistem tidak memerlukan ahli yang ramai. Hal ini demikian kerana gerak kerja yang dilakukan sangat sedikit dan mudah. Hal ini bagi mengurangkan potensi pelajar mengambil kesempatan ke atas tugas ringan yang diberikan. Saya berharap agar program UB bagi tahun 2020 tidak mengambil ajk sistem siar raya yang ramai dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Sekian, salam UB!

 

Disediakan oleh,                                                                                               3 OKTOBER 2019

(MOHD BIN MUHMAD)

Ketua Ahli Jawatankuasa Sistem Siar Raya UB 2019


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA