RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) - Tahun 3
1.0 Pengenalan
Melalu penulisan esei ini, penulis bakal menggunakan satu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dibina sendiri oleh penulis bagi
menyesuaikan kehendak Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Penulis mengupas dan
menghuraikan tentang kaedah dan teknik pengajaran yang di gunakan oleh guru berteraskan
modul RPH yang mampu mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah
Rendah.
2.0
RPH yang Dibina
Rajah 2,0 (a) menunjukkan RPH yang dibina sendiri oleh penulis bagi
menghuraikan kaedah dan teknik yang terdapat dalam RPH tersebut.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Teknologi
Bil. Murid : 20 orang
Masa : 7.40 pagi – 8.40
pagi
Tarikh : 9 Mac 2020
Tema : Perpaduan
Tajuk : Sambutan Hari
Perayaan
STANDARD
PEMBELAJARAN |
|
1.2
Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan. |
1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan dan menilai
sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks. |
Objektif
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran
ini, murid berupaya:
i.
Bercerita mengenai tiga hari perayaan
utama di Malaysia
ii.
Menceritkan tentang pengalaman murid
menyambut hari perayaan
Sistem Bahasa
Sistem bahasa : Kata
Kerja
Sebutan :
Bahasa Melayu baku
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Pendidikan
Moral, Muzik
Nilai murni : Hormat-menghormati, prihatin, disiplin
Strategi
KB : Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam
TKP :
Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual, kinestatik
BCB :
Memproses maklumat mengenai sambutan perayaan kaum
Bahan Bantu Belajar
Bil |
Jenis |
1 |
Komputer riba |
2 |
Pembesar suara |
3 |
LCD |
4 |
Lembaran petikan
“Sambutan Hari Perayaan” |
5 |
Soalan Bergambar |
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah
melakukan meraikan hari perayaan masing-masing
Langkah/ Masa |
Isi Pelajaran |
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran |
Catatan |
||||
-Set Induksi (5 minit) |
Lagu: - Aidilfitri -
Gong Xi Fa Cai -
Happy Deepavali Soalan cadangan: 1.
Berapakah perayaan utama di Malaysia? 2.
Pernahkah anda mendengar lagu perayaan? 3.
Bolehkah kaum yang berbeza menyambuta perayaan kaum lain? 4.
Bagaimanakah suasana sambutan hari raya? |
1)
Guru
mengarahkan murid-murid untuk menumpukan perhatian. 2)
Murid-murid
mendengar tiga buah lagu perayaan berdasarkan tiga kaum utama di Malaysia. 3)
Guru
meminta murid mendengar lagu dengan teliti. 4)
Guru
mengulang semula lagu dan murid-murid bernyanyi bersama guru. 5)
Murid-murid
diminta untuk meneka lagu yang telah dimainkan. 6)
Murid
diminta untuk menyatakan perasaan yang mereka rasakan. 7)
Guru
menyatakan tajuk pembelajaran yang bakal dipelajari. |
BBB: -Komputer riba -Pembesar suara -Lagu Teknik: -Soal jawab -Perbincangan TKP: -Visual -Verbal -Muzik -Interpersonal BCB: -Kemahiran mendengar -Kemahiran
bertutur |
||||
Langkah 1 (15 minit) |
Petikan
Dialog: “Perayaan
di Malaysia dan Kepentingannya” Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting
yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk
mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari perayaan di negara
ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat
orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut
suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua
rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan
semangat tinggi. Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan perpaduan
antara semua kaum. Oleh itu, memang ada banyak kebaikan jika sambutan
perayaan dilaksanakan di negara ini. |
1)
Guru mengedarkan petikan kepada semua murid 2)
Murid-murid diminta untuk membaca petikan secara mentalis. 3)
Murid-murid diminta untuk membaca petikan mengikut kumpulan “Talking
Chips” yang telah diagihkan. 4)
Selesai membaca petikan, murid-murid diminta untuk meletakkan chip
di tengah-tengah meja mengikut giliran untuk menyatakan dua kata kerja yang
terdapat dalam petikan. 5)
Kumpulan yang dapat mengeluarkan kata kerja yang terdapat dalam
petkan bakal mendapat satu pelekat bintang bagi satu kata kerja yang betul. 6)
Guru menjalankan sesi soal
jawab secara secara lisan berdasarkan petikan. 7)
Guru merumuskan nilai murni yang terdapat dalam aktiviti “Talking
Chips” |
BBB: - Petikan Teknik - Perbincangan - Sumbang saran - Talking Chips TKP - Verbal - Intrapersonal - Interpersonal BCB: - Kemahiran bertutur - Kemahiran membaca Nilai: - Keberanian - Hormat-menghormati - Prihatin |
||||
Langkah 2 (15 minit) |
Aktiviti: “Jom
Reka’ |
1)
Guru memberikan lembaran bergambar kepada
murid. 2)
Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 3)
Murid diminta untuk membaca soalan secara
senyap. 4)
Guru menerangkan kehendak soalan kepada
murid. 5)
Murid dikehendaki untuk membina sebuah cerita
yang sesuai berdasarkan gambar. 6)
Murid digalakkan untuk berbincang secara
berkumpulan. 7)
Guru akan membimbing murid mengenai
penggunaan kata kerja yang sesuai 8)
Guru memilih wakil daripada setiap kumpulan
untuk membacakan cerita yang telah direka bergambar gambar yang telah
disediakan di hadapan kelas. 9)
Guru merumuskan nilai terdapat dalam
aktiviti “Jom Reka”. |
BBB: - Lembaran Bergambar Teknik - Perbincangan - “Personal
Learning Experiences” TKP - Verbal - Intrapersonal - Interpersonal - Visual BCB: - Kemahiran
bertutur - Kemahiran
mendengar - Kemahiran menulis Nilai: - Kerjasama - Keberanian |
||||
Langkah 3 (20 minit) |
Aktiviti “Telefon Buruk”
|
1) Guru
menerangkan mengenai cara aktiviti ini dilaksanakan. 2) Guru
akan membahagikan murid kepada empat kumpulan. 3) Setiap
kumpulan perlu memilih wakil untuk tampil ke hadapan kelas bagi mengambil kad
tugasan. 4) Selepas
wakil kumpulan mengambil kad tugasan tersebut, murid tersebut perlu membaca
dengan teliti dan membisikkan kepada ahli kumpulan yang seterusnya. 5) Ahli
kumpulan yang terakhir diminta tampil ke hadapan dan menuturkan semula ayat
yang telah didengar. 6) Kumpulan
yang dapat menuturkan semula ayat yang telah dipilih dengan tepat akan
mendapat ganjaran. 7) Bagi
yang kumpulan yang tidak dapat menjawab dengan tepat, mereka perlu mengulang
semula aktiviti tersebut. 8) Guru
merumuskan nilai yang terdapat dalam aktiviti “Telefon Buruk”. |
BBB: - Kad Tugasan Teknik - “Radio Phone In” TKP - Verbal - Intrapersonal - Interpersonal - Kinestatik BCB: - Kemahiran bertutur - Kemahiran mendengar Nilai: - Keberanian - Kerjasama |
||||
Penutup (5 minit) |
Rumusan
Isi Pelajaran |
1) Guru dan murid membuat rumusan
tentang tajuk pembelajaran hari ini. 2) Murid dikehendaki untuk
memberikan satu contoh aktiviti yang dapat mengekal perpaduan kaum. 3) Murid diminta untuk menyatakan
nilai murni yang diperolehi pada hari ini. |
Teknik - Soal Jawab TKP - Interpersonal - verbal BCB: - Kemahiran bertutur - Kemahiran mendengar Nilai: - keberanian - hormat-menghormati. |
Rajah 2.0 (a) RPH Bahasa
Melayu Tahun 3
3.0
Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Rangka kerja
aktiviti pengajaran pembelajaran yang bakal dilaksanakan oleh guru di dalam
bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan dipanggil sebagai Rancangan
Pengajaran Harian (RPH). Guru bakal menggunakan RPH ini sebagai panduan setiaphari
mengajar murid-murid berdasarkan modul DSKP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rajah 3.0 (a) menunjukkan RPH bagi tahun 3 yang telah dibina oleh
penulis berdasarkan modul kemahiran mendengar dan bertutur. Tema yang digunakan
iaitu tema perpaduan manakal tajuk yang digunakaniaitu “Sambutan Hari
Perayaan”.
Rajah 3.0 (a) RPH BM
Tahun 3
Standard kandungan dan standard
pembelajaran hendaklah digunakan oleh guru agar setiap PdP yang dilaksanakan
oleh guru sentiasa menepati kehendak modul DSKP yang ditetapkan oleh KPM. Standard
kandungan ialah penyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala
standard pembelajaran pula merupakan suatu penetapan kriteria atau indikator
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan. RPH ini semestinya menggunakan standard kandungan dan standard
pembelajaran berdasarkan DSKP BM Tahun 3. Rajah 3.0 (b) merujuk kepada standard
kandungan dan juga standard pembelajaran yang digunakan oleh guru.
\STANDARD KANDUNGAN |
STANDARD PEMBELAJARAN |
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan
idea bagi pelbagai tujuan. |
1.2.1 Bertutur untuk
menjelaskan dan menilai sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks. |
Rajah 3.0 (b) Standard
kandungan dan standard pembelajaran Tahun 3
Standard kandungan dan standard pembelajaran
yang disediakan oleh KPM sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan para
guru semasa sesi PdP. Panduan utama yang perlu dikecapi oleh setiap guru iaitu
berpandukan objektif pembelajaran yang ditetapkan dalam RPH para guru. Wujudnya
objektif pembelajaran bakal memudahkan guru untuk menilai tahap kefahaman murid
mengenai sesuatu pembelajaran. Misalnya, merujuk rajah 3.0 (b), guru perlu
menilai sama ada murid boleh bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea atau
pun tidak. Guru boleh menetapkan sasaran yang seterusnya pada sesi PdP yang
akan datang melalui RPH yang dirangka oleh guru. Guru hendaklah menghasilkan
objektif pembelajaran yang jelas dan ringkas agar murid boleh memahami kehendak
PdP pada masa yang ditetapkan. Tambahan pula, guru lebih mudah mengatur kaedah
dan teknik yang sesuai mengikut RPH guru yang tersendiri. Sekiranya objektif
tidak tercapai pada masa yang ditetapkan, guru boleh mengubah RPH untuk sesi
yang seterusnya agar objektif pembelajaran tercapai.
Rajah 3.0 (c) Objektif
Pembelajaran
Melalui RPH ini, terdapat tiga langkah
pembelajaran selain set induksi dan juga penutup. Guru hendaklah memulakan sesi
PdP dengan set induksi. Set induksi merupakan langkah paling awal yang perlu
dilaksanakan oleh guru sebelum bermulanya langkah pembelajaran dalam sesi PdP. Kaedah
pembelajaran yang dipilih untuk dilaksanakan dalam set induksi iaitu kaedah
pembelajaran kontekstual. Pembelajaran kontekstual bermakna pembelajaran yang
dimulakan dengan mengaitkan isi pembelajaran dnegan pengetahuan sedia ada murid.
Pembelajaran terbaik merupakan pembelajaran yang dimulakan dengan mengimbas
kembali pengalaman-pengalaman lalu agar pembelajaran berlaku dengan lebih
berkesan. Guru menggunakan pendekatan nyanyian dalam set induksi bagi tempoh
lima minit sahaja. Guru menggunakan kaedah didik hibur apabila pembelajaran
dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu hari perayaan bagi tiga kaum utama. Kaedah audio-lingual digunakan dalam aktiviti menyanyi ini. Hal ini kerana
terdapat gabungan dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur dengan menggunakan
bahan bantu mengajar seperti audio. Kemudian guru bertanyakan soalan kepada
murid-murid seperti berapakah perayaan utama di Malaysia dan juga pernahkah
murid-murid mendengarkan lagu perayaan yang telah dimainkan. Guru menggunakan kaedah
terus dengan melakukan teknik soal jawab bersama para murid bagi meransang
minda para murid sebelum memulakan langkah satu dan seterusnya. Bahan bantu
belajar yang digunakan iaitu komputer riba, pembesar suara dan juga set lagu
perayaan. Rajah 3.0 (d) menunjukkan set induksi yang disediakan oleh guru.
Rajah 3.0 (d) Set
Induksi
Langkah pertama dilaksanakan selama 15 minit.
Guru menggunakan lembaran petikan untuk langkah satu. Guru menggunakan teknik Talking
Chips bagi langkah satu. Teknik Talking Chips merupakan teknik yang menggalakkan
murid-murid untuk menyatakan pendapat masing-masing berkaitan sesuatu soalan
atau kehendak pembelajaran. Misalnya, murid yang hendak memberikan pendapat
perlu meletakkan chip di tengah-tengah meja dalam satu kumpulan untuk menjawab
soalan. Murid yang paling cepat meletakkan chip di tengah-tengah meja dibenarkan
untuk menjawab soalan serta akan mendapat ganjaran sekiranya jawapan yang
diberikan oleh murid tersebut betul. Kaedah yang digunakan dalam aktiviti Talking
Chips iaitu kaedah komunikatif. Hal ini kerana aktiviti ini berlandaskan
kecekapan berbahasa yang dilafazkan oleh murid-murid. Aktiviti seperti ini
bakal menaikkan semangat murid-murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh
guru kerana mereka bakal diberikan ganjaran pelekat bintang sekiranya mereka menjawab
soalandengan betul. Rajah 3.0 (e) menunjukkan langkah satu yang terdapat dalam
RPH.
Rajah 3.0 (e) Langkah
Satu
Rajah 3.0 (f) Langkah Dua
Bagi langkah dua, guru menggunakan bahan bantu
belajar iaitu beberapa lembaran gambar yang menunjukkan suasana hari perayaan
bagi kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Aktiviti yang dijalankan dinamakan
sebagai aktiviti Jom Reka. Melalui lembaran-lembaran gambar yang diberikan, murid-murid
dapat melahirkan imaginasi yang lebih tinggi untuk membina ayat berdasarkan
kata kerja yang terdapat dalam gambar. Teknik yang digunakan oleh guru iaitu
Teknik Personal Learning Experiences (PLE) yang merupakan satu teknik
yang sesuai digunakan kepada setiap murid yang mempunyai kelebihan dan
kelemahan yang berbeza. Teknik PLE diaplikasikan kepada murid-murid agar setiap
murid mendapat keperluan yang secukupnya dalam sesi PdP memandangkan potensi
kecerdasan murid-murid berbeza merujuk pendapat Howard Gardner (1983) melalui
teori kecerdasan pelbagai. Lembaran gambar ini bakal menaikkan semangat
murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual ruang yang major. Hal ini
menunjukkan bahawa teknik PLE dapat menyeimbangkan keperluan kecerdasan
murid-murid dengan lebih berkesan. Kaedah eklektik digunakan oleh guru melalui
langkah dua ini kerana kaedah eklektiklebih menekankan fleksibiliti guru untuk
mengubahsuai teknik dan kaedah PdP mengikut keperluan murid-murid. Guru mengedarkan
lembaran gambar kepada setiap kumpulan. Berdasarkan situasi perayaan yang
berbeza, murid-murid bakal mengeluarkan kata kerja berdasarkan lembaran
gambaryang diberikan. Murid-murid bakal mencipta sebuah cerita pendek berdasarkan
kata kerja yang bersesuaian berpandukan lembaran gambar yang telah diberikan.
Rajah 3.0 (f)
Rajah 3.0 (g) Langkah Tiga
Bagi langkah tiga, guru melaksanakan
aktiviti Telefon Buruk selama 20 minit. Teknik yang diaplikasikan dalam
aktiviti ini iaitu Radio Phone In. Teknik ini menguji pendengaran dan
ingatan murid-murid terhadap perkaran yang disampaikan oleh pemberi maklumat.
Konsep yang digunakan iaitu konsep transmitter dan juga receiver yang
dikenali juga sebagai pemberi dan juga penerima maklumat melalui telefon radio.
Kaedah yang digunakan dalam aktiviti Telefon Buruk ini iaitu kaedah fonetik.
Hal ini kerana kaedah fonetik merupakan pengajaran yang dimulakan dengan
latihan pendengaran, kemudian sebutan. Misalnya murid perlu mendengar ayat yang
disampaikan melalui rakan sekumpulannya sehingga ke murid yang paling akhir.
Langkah-langkahnya iaitu guru memberikan sedikit penerangan sebelum aktiviti
dimulakan. Murid-murid membentuk empat kumpulan sebelum aktiviti dimulakan.
Ketua kumpulan akan ke hadapan kelas untuk mendapatkan kad tugasan masing-masing.
Murid yang menjadi wakil kumpulan akan membisikkan ayat yang telah diberikan
kepada salah seorang daripada ahli kumpulan dan mereka perlu menyampaikan
maklumat kepada satu sama lain sehinggalah sampai ke murid yang terakhir.
Kumpulan yang gagal menyebut ayat yang betul perlu mengulang aktiviti
sehinggalah mereka dapat ayat yang betul.
Rajah 3.0 (h) Penutup
Merujuk rajah 3.0 (h) penutup bagi RPH, aktiviti
yang dijalankan iaitu rumusan isi pelajaran selama lima minit. Kaedah
komunikatif digunakan oleh guru kerana kaedah ini mementingkan proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak yang melibatkan interaksi bahasa. Hal ini
memudahkan penyampaian rumusan kepada murid-murid memandangkan interaksi terus
guru kepada murid-murid mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
Teknik yang digunakan dalam penyampaian isi rumusan ini iaitu teknik soal
jawab. Guru bakal bersoal jawab dengan para murid supaya segala persoalan yang
berlegar dalam kalangan murid-murid terjawab justeru memudahkan perkongsian
ilmu antara guru dan juga murid.
4.0 Penutup
Secara konklusinya,
dapat disimpulkan bahawa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dirancang oleh
guru bakal berjaya dilaksanakan sekiranya RPH dibentuk berdasarkan modul DSKP
yang telah ditetapkan oleh KPM. Pembelajaran berpusatkan murid perlulah diterapkan dalam sesi PdP
supaya pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana
proses pembelajaran yang berlaku antara murid bakal memudahkan penyampaian ilmu
sesama mereka berbanding cara yang lama iaitu Chalk and Talk. Pembelajaran
Abad ke-21 perlulah diamalkan oleh guru semasa sesi PdP agar para murid lebih
tertarik untuk mempelajari topik yang diajar berdasarkan RPH yang dibina oleh
guru. Oleh yang demikian, kesemua kaedah dan teknik PAK-21 hendaklah diaplikasikan
dalam bilik darjah agar sesi PdP berjalan dengan lebih lancar dan
menyeronokkan.
RUJUKAN
Buku
Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Good, T. L., & Brophy, J. E.
(2000). Looking in Classrooms (8th éd.). New York: Longman.
Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar
Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd
Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd
Internet
Roxarap,
Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Bahasa Melayu, 19 Oktober 2019 (Diakses pada 19 Julai 2019)
http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi
pendekatan.html
Cikgu Hassan, Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik, 2 November
2012 (Diakses pada
19 Julai 2019)
http://husniupsi680.blogspot.com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik.html
Ulasan
Catat Ulasan