RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) - Tahun 3

1.0       PENGENALAN

Melalui penulisan esei ini, penulis bakal menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang dibina sendiri oleh penulis bagi menyesuaikan kehendak Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Penulis mengaplikasikan kaedah dan teknik pengajaran yang di gunakan oleh guru berteraskan modul RPH yang mampu mencapai objektif Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

 

2.0     RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran            : Bahasa Melayu

Tahun                          : 3 Teknologi

Bil. Murid                     : 20 orang

Masa                           : 7.40 pagi – 8.40 pagi

Tarikh                          : 9 Mac 2020

Tema                           : Perpaduan

Tajuk                           : Sambutan Hari Perayaan

 

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2     Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

1.2.1     Bertutur untuk menjelaskan dan menilai sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut konteks.

 

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:

  1. Bercerita mengenai tiga hari perayaan utama di Malaysia
  2. Menceritakan tentang pengalaman murid menyambut hari perayaan

 

Sistem Bahasa         

Sistem bahasa            : Kata Kerja

Sebutan                       : Bahasa Melayu baku

 

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu                 : Pendidikan Moral, Muzik

Nilai murni       : Hormat-menghormati, prihatin, disiplin, keberanian, kerjasama

 

 

Strategi

KB                   : Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam

TKP                 : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual, kinestatik

BCB                : Memproses maklumat mengenai sambutan perayaan kaum

 

Bahan Bantu Belajar

Bil

Jenis

1

Komputer riba

2

Pembesar suara

3

LCD

4

Lembaran petikan “Sambutan Hari Perayaan”

5

Soalan Bergambar

 

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan meraikan hari perayaan masing-masing

 

Langkah/

Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran

Catatan

 

 

 

 

 

 

 

-Set Induksi

(5 minit)

Lagu:

- Aidilfitri

- Gong Xi Fa Cai

- Happy Deepavali

 

Soalan cadangan:

  1. Berapakah perayaan utama di Malaysia?
  2. Pernahkah anda mendengar lagu perayaan?
  3. Bolehkah kaum yang berbeza menyambuta perayaan kaum lain?
  4. Bagaimanakah suasana sambutan hari raya?

1)    Guru mengarahkan murid-murid untuk menumpukan perhatian.

2)    Murid-murid mendengar tiga buah lagu perayaan berdasarkan tiga kaum utama di Malaysia.

3)    Guru meminta murid mendengar lagu dengan teliti.

4)    Guru mengulang semula lagu dan murid-murid bernyanyi bersama guru.

5)    Murid-murid diminta untuk meneka lagu yang telah dimainkan.

6)    Murid diminta untuk menyatakan perasaan yang mereka rasakan.

7)    Guru menyatakan tajuk pembelajaran yang bakal dipelajari.

 

BBB:

-Komputer riba

-Pembesar suara

-Lagu

 

Teknik:

-Soal jawab

-Perbincangan

 

TKP:

-Visual

-Verbal

-Muzik

-Interpersonal

 

BCB:

-Kemahiran mendengar

-Kemahiran bertutur

 

Langkah 1

(15 minit)

Petikan

“Perayaan di Malaysia dan Kepentingannya”

 

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Sambutan perayaan di Malaysia dapat melahirkan perpaduan antara semua kaum. Oleh itu, memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan dilaksanakan di negara ini.

 

 

 

1)    Guru mengedarkan petikan kepada semua murid

2)    Murid-murid diminta untuk membaca petikan secara mentalis.

3)    Murid-murid diminta untuk membaca petikan mengikut kumpulan “Talking Chips” yang telah diagihkan.

4)    Selesai membaca petikan, murid-murid diminta untuk meletakkan chip di tengah-tengah meja mengikut giliran untuk menyatakan dua kata kerja yang terdapat dalam petikan.

5)    Kumpulan yang dapat mengeluarkan kata kerja yang terdapat dalam petkan bakal mendapat satu pelekat bintang bagi satu kata kerja yang betul.

6)     Guru menjalankan sesi soal jawab secara secara lisan berdasarkan petikan.

7)    Guru merumuskan nilai murni yang terdapat dalam aktiviti “Talking Chips”

BBB:

- Petikan

 

Teknik

- Perbincangan

- Sumbang saran

- Talking Chips

 

TKP

- Verbal

- Intrapersonal

- Interpersonal

 

BCB:

- Kemahiran bertutur

- Kemahiran membaca

 

Nilai:

- Keberanian

- Hormat-menghormati

- Prihatin

Langkah 2

(15 minit)

Aktiviti:

“Jom Reka”

 

1)    Guru memberikan lembaran bergambar kepada murid.

2)    Murid dibahagikan kepada lima kumpulan.

3)    Murid diminta untuk membaca soalan secara senyap.

4)    Guru menerangkan kehendak soalan kepada murid.

5)    Murid dikehendaki untuk membina sebuah cerita yang sesuai berdasarkan gambar.

6)    Murid digalakkan untuk berbincang secara berkumpulan.

7)    Guru akan membimbing murid mengenai penggunaan kata kerja yang sesuai. 

8)    Guru memilih wakil daripada setiap kumpulan untuk membacakan cerita yang telah direka daripada gambar-gambar yang telah disediakan di hadapan kelas.

9)    Guru merumuskan nilai terdapat dalam aktiviti “Jom Reka”.

BBB:

- Lembaran Bergambar

 

Teknik

- Perbincangan

- “Personal Learning Experiences”

 

TKP

- Verbal

- Intrapersonal

- Interpersonal

- Visual

 

BCB:

- Kemahiran bertutur

- Kemahiran mendengar

- Kemahiran menulis

Nilai:

- Kerjasama

- Keberanian

Langkah 3

(20 minit)

Aktiviti

“Telefon Buruk”

(Lampiran 1)

 

Text Box: Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal.Text Box: Gita gemar makan tosai pada Hari Raya Deepavali. Text Box: Malaysia merupakan negara yang damai dan harmoni.Text Box: Meimei sungguh gembira menerima angpau pada Tahun Baru Cina.lll

1)    Guru menerangkan mengenai cara aktiviti ini dilaksanakan.

2)    Guru akan membahagikan murid kepada empat kumpulan.

3)    Setiap kumpulan perlu memilih wakil untuk tampil ke hadapan kelas bagi mengambil kad tugasan.

4)    Selepas wakil kumpulan mengambil kad tugasan yang mempunyai nombor rahsia pada belakang kad tersebut, murid perlu membaca dengan teliti dan membisikkan kepada ahli kumpulan yang seterusnya.

5)    Ahli kumpulan yang terakhir diminta tampil ke hadapan dan menuturkan semula ayat yang telah didengar.

6)    Ketua kumpulan akan ke hadapan kelas untuk menekan nombor rahsia yang telah diberikan pada komputer guru di hadapan  kelas sekiranya murid yang terakhir tadi berjaya menyatakan ayat yang betul.

7)    Kumpulan yang dapat menuturkan semula ayat yang telah dipilih dengan tepat akan mendapat ganjaran.

8)    Bagi yang kumpulan yang tidak dapat menjawab dengan tepat, mereka perlu mengulang semula aktiviti tersebut.

9)    Guru merumuskan nilai yang terdapat dalam aktiviti “Telefon Buruk”.

 

BBB:

- Kad Tugasan

- Multimedia Interaktif

- Komputer

- Pembesar suara

 

Teknik

- “Radio Phone In”

 

TKP

- Verbal

- Intrapersonal

- Interpersonal

- Kinestatik

 

BCB:

- Kemahiran bertutur

- Kemahiran mendengar

 

Nilai:

- Keberanian

- Kerjasama

Penutup

(5 minit)

Rumusan Isi Pelajaran

1)    Guru dan murid membuat rumusan tentang tajuk pembelajaran hari ini.

2)    Murid dikehendaki untuk memberikan satu contoh aktiviti yang dapat mengekal perpaduan kaum.

3)    Murid diminta untuk menyatakan nilai murni yang diperolehi pada hari ini.

Teknik

- Soal Jawab

 

TKP

- Interpersonal

- verbal

 

BCB:

- Kemahiran bertutur

- Kemahiran mendengar

 

Nilai:

- keberanian

- hormat-menghormati.

 

 

Refleksi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini telah berjalan dengan baik. 18 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan dua murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA