RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) - Kemahiran Bertutur Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian

(Kemahiran bertutur)

 

Mata pelajaran                        :Bahasa Melayu

Tarikh                                      :3 September 2019 (Selasa)

Masa                                       :8.30 pagi – 9.30 pagi

Tahun                                      :1 Mutiara

 

Bilangan Murid                        :35 orang

Tema                                       :Keluarga  penyayang  

Tajuk                                       :Aktiviti keluarga Sarah

 

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

1.2 bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan

1.2.1 bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila

 

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. menyebut perkataan yang mengandungi huruf vokal dan huruf konsonan dengan tepat.

2. .melakonkan dialog pendek dengan gerak laku yang sesuai

3. bertutur secara bertatasusila dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai untuk   menyampaikan maklumat

 

 

 

Sistem bahasa

Tatabahasa                

Kosa kata                   

Sebutan dan intonasi

 

Pengisian Kurikulum /Elemen Berasaskan Kurikulum

Ilmu                             : pendidikan Moral

Nilai murni                   : kasih sayang, kerjasama

Kreativiti dan inovasi  

 

Kepelbagaian kaedah dan teknik

KB                               : mengecam

KP                               : verbal-linguistik, intrapersonal, konstruktivisme

BCB                            : mengumpul dan memproses maklumat,

Kbat                           

 

Bahan Bantu Mengajar

No.

Bahan Bantu Mengajar

Bilangan

1

Komputer riba

1

2

LCD

1

3

Gambar visual (power Point)

1

4

Pita rakaman (audio)

1

 

 

 

Pengetahuan Sedia Ada

2. Murid selalu melakukan aktiviti bersama-sama keluarga.

 

Langkah pembelajaran

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pembelajaran

Catatan

Set induksi (5 minit)

Murid menonton sambil mendengar video tentang ‘keluarga saya’.

Guru memainkan video ‘keluarga saya’ tentang aktiviti lapang yang dilakukan oleh sebuah keluarga di halaman rumah.

 

Guru bersoal jawab dengan murid;

1. Siapakah yang ada dalam video tersebut?

2. Apakah yang dilakukan oleh mereka?

3. Adakah perkara itu berfaedah dilakukan?

Kaedah:

komunikatif

 

Teknik:

soal jawab

 

Nilai Murni:

kerjasama, kasih sayang, berani

 

KB:

menghubungkait

 

BBM:

video ‘keluarga saya’

 

KP:

verbal-linguistik,

 

Sistem bahasa:

sebutan dan intonasi

 

Langkah 1 (20 minit)

 

Murid ditayangkan gambar visual mengenai aktiviti yang dilakukan di halaman rumah.

 

 

-Guru akan memperkenalkan satu persatu gambar setiap aktiviti lapang yang dilakukan oileh keluarga sarah menggunakan slaid powerpoint.

-murid akan menyebut aktiviti dengan sebutan yang jelas.

-guru menjelaskan makna aktiviti yang kurang difahami oleh murid.

-guru menggunakan lakonan untuk menerangkan kepada murid.

 

 

Kaedah:

kaedah terus

 

Teknik:

kuiz

 

Nilai murni:

kerjasama, keberanian, ketekunan

 

KB:

mengecam

 

BBM:

gambar visual (power point)

 

KP:

verbal-linguistik

 

BCB:

mengumpul maklumat, memproses maklumat tentang kosa kata.

Langkah 2 (20 minit)

Mendengar dialog yang disediakan guru

 

Dialog: Ayah dengan Sarah

 

-Guru memperdengarkan dialog yang berlaku antara ayah dengan abang

-secara berpasangan, murid akan berlatih menyebut perkataan, frasa dan ayat yang didengar

-guru memilih paasangan murid secara rawak untuk mengajuk dialog dengan kuat serta sebutan dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.

-Ulang aktiviti untuk murid yang lain.

 

 

Kaedah:

audio-lingual

 

Teknik:

drama

 

Nilai murni:

keberanian, keyakinan

 

KB:

kemahiran mengingat

 

KP:

verbal-linguistik, interpersonal

 

BBM:

audio (dialog)

 

TMK

 

BCB:

mengumpul maklumat, memproses maklumat tentang frasa yang terdapat dalam dialog

Langkah 3 (10 minit)

Bertutur dengan menggunakan nada, intonasi yang jelas serta laras bahasa yang sesuai.

 

-Guru memberikan satu watak dan meminta mereka melakonkan situasi tersebut.

-murid akan bertutur secara spontan mengikut watak yang telah ditetapkan

 

 

Teknik:

main peranan

 

BBM:

 

BCB:

kemahiran bertutur

 

KP:

verba-linguistik

 

Nilai murni:

berdikari, ketekunan

Penutup (5 minit)

Rumusan isi pelajaran

-guru meminta murid membuat rumusan tentang tajuk pembelajaran dengan bercerita bermula daripada aktiviti pertama hingga aktiviti terakhir pembelajaran

-guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu

‘sayang keluarga’.

Nilai murni:

keyakinan

KB:

merumus

 

KP:

verbal-linguistik

 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FRASA DAN BINAAN FRASA

KATA BANTU ; ASPEK & RAGAM

KEPENTINGAN BERBUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA