TEKS PIDATO : WARISAN NEGARA IDENTITI KITA

“WARISAN NEGARA IDENTITI KITA”

      Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia hanya kerana warisan dan pusaka yang ditinggalkan. Bak kata orang tua-tua “ berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Fikir-fikirkan...

     Bermulanya bunyi menjadi aksara, daripada aksara terbentuklah kata, kata membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra, terbinalah ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata, tinta dan pena membina tamadun bersama.
 
     Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

      Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

     “ Warisan Negara Identiti Kita” , begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi. Warisan merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 merupakan harta peninggalan ataupun pusaka yang ditinggalkan kepada pewaris. Sementara itu, Identiti pula merupakan sifat-sifat yang terdapat pada seseorang yang dapat mengasingkan dirinya dengan orang lain. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia dalam menjaga warisan dan pusaka yang menjadi identiti rakyat sejagat.

      Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

      Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, “Seni Warisan Seiring Kemajuan Zaman” . Pada era globalisasi yang kompetitif ini,  kita sering mengejar pembangunan fizikal dan material, masyarakat Malaysia kita makin alpa terhadap kepentingan menjaga seni warisan dan budaya bangsa kita. Lakaran kemurnian seni warisan yang diwarisi sejak turun - temurun dan budaya bangsa amalan kita semua merupakan akar tunjang kepada kehidupan yang sebenar. Justeru, kita wajar menyuburkan kembali penghayatan masyarakat terhadap seni warisan dan budaya bangsa, sekaligus mempertahankan nilai- nilai murni yang disanjung sejak zaman nenek moyang kita. Walaubagaimanapun, bagi mengekalkan warisan ini, terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang perlu diharungi dengan kesungguhan yang tinggi. Bak kata pusaka, “ nak seribu daya, tak nak seribu dalih “

       Sidang hadirin warga dewan budiman,

     “Budaya bangsa pencetus keamanan negara” menjadi indikator saya yang kedua.  Konsep gagasan terhebat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” telah pun  berjaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana konsep ini berteraskan nilai-nilai murni yang menjadi amalan rakyat Malaysia. Jika dahulu timbulnya cakap-cakap belakang, “Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya” , tetapi kini perbezaan mentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, budaya bangsa yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama- sama berganding bahu menggembleng tenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Inilah yang kita inginkan, satu budaya bangsa dan masyarakat yang berpadu.

     Sidang hadirin yang santun budi,

      Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “seni warisan meninggkatkan kualiti insani”. Hakikat dan lumrah kehidupan yang dapat kita saksikan di negara kita pada hari ini,anak-anak muda kita umpama tidak mengenali salahsilahnya. Tanpa kita sedar, pemikiran mereka sedang dijajah oleh barat walaupun sudah lama kita merdeka. Sejarah kesenian tidak mahu lagi mereka cari atau dalami kerana dalam benakfikiran mereka itu semua kolot dan ketinggalan zaman, kalau tidak masajan potret Monalisa yang pada awalnya hanya berharga beberapa pound kini telah mencecah hampir 1billion pound. Boleh kita lihat perbezaan antara anak-anak kita yang mengamalkan budaya warisan dan mereka mengamalkan budaya- budaya barat yang ternyata biadap. Itukah yang kita panggil sebagai kemajuan insaniah. Terbuktilah budaya warisan kita jauh lebih baik kerana mengamalkan nilai-nilai murni dan adab sopan.


    Sidang saksi yang bervisi,

 “Seni warisan dan budaya harus dilindungi” menjadi indikator saya yang keempat .Kekayaan seni dan budaya bangsa harus dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman kerana ia melambangkan identiti sesuatu bangsa, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang. “Program merakyatkan seni dan budaya harus dilakukan sebagai satu usaha murni yang dilihat boleh mendekatkan kegiatan seni dan budaya kepada masyarakat di Negara kita. Secara tidak langsung usaha ini dapat mendedah dan mempopularkan khazanah ini agar terus mendapat tempat di hati mereka terutama para remaja. Bak kata perpatah, “biar mati anak, jangan mati adat”. Justeru itu, katanya anak-anak muda perlu dididik supaya mengenali seni dan budaya bangsa mereka malahan jika perlu dididik mengenaibudaya kaum yang lain di negara kita. Kita tidak perlu berasa malu dan curiga untuk mempertahan keunikan dan kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam bidang ekonomi, sosial dan material.

    Sidang pendengar yang setia

Sebelum saya menoktahkan kata-kata sakti ini, kita perlu sedar, pembudayaan warisan dan pusaka negara semakin pudar dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini akan menyebabkan rakyat melupakan warisan bagai “kacang melupakan kulitnya” .Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita sentiasa mengejar budaya kuning barat, menjadikan kita melupakan budaya sendiri seperti dahulukala . Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, kekalkan semula warisan Negara Malaysia, biar Negara tersohor di mata dunia.




Hak cipta terpelihara 2014 :)  

Ulasan

  1. assalamualaikum.. bolehkah saya ingin mengambil teks ini sebagai rujukan ?

    BalasPadam
  2. Saya minta izin bagi menggunakan teks ini

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mintak izin guna teks ini

    BalasPadam
  4. Mohon izin untuk digunakan sebagai rujukan

    BalasPadam
  5. mohon izin untuk gunakan teks pidato ini

    BalasPadam
  6. izinkan saya memetik pidato ini

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, izinkan saya untuk guna pidato ini

    BalasPadam
  8. Mintak Izin. Guna teks ini admin

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum.. izinkan saya guna teks pidato ini. terima kasih

    BalasPadam
  10. salam, minta izin gunakan teks ini ya, terima kasih.

    BalasPadam
  11. salam,mintak guna teks pidato ini ya

    BalasPadam
  12. mohon izin guna pidato ini

    BalasPadam
  13. mohon izin gunakan teks ini ya tuan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AL-QURAN DAN ASSUNNAH PANDUAN HIDUP (TOPIK 1)

SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS

MORFOLOGI BAHASA MELAYU