TEKS PIDATO : WARISAN NEGARA IDENTITI KITA
“WARISAN
NEGARA IDENTITI KITA”
Teringat ketika tangan ini
menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia
yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi,
kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia hanya
kerana warisan dan pusaka yang ditinggalkan. Bak kata orang tua-tua “ berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah”. Fikir-fikirkan...
Bermulanya bunyi menjadi aksara, daripada aksara terbentuklah kata, kata
membuka bicara, menguak makna sebagai lambang yang merakam citra, terbinalah
ilmu yang diikat oleh akal budi dan bicara, melalui bicara bahasa, kata- kata,
tinta dan pena membina tamadun bersama.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis,
saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga
masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman,
seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam perdana lakaran 1
Malaysia.
“ Warisan Negara Identiti Kita” , begitulah murninya mauduk pidato yang
akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang
gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan
untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek
hurufiah mahupun secara generalisasi. Warisan merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4
merupakan harta peninggalan ataupun pusaka yang ditinggalkan kepada pewaris.
Sementara itu, Identiti pula merupakan sifat-sifat yang terdapat pada seseorang
yang dapat mengasingkan dirinya dengan orang lain. Oleh itu, secara
holistiknya, Malaysia di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu,
keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat
dunia lantaran keberjayaan Malaysia dalam menjaga warisan dan pusaka yang
menjadi identiti rakyat sejagat.
Bersaksikan warga dewan yang
penuh bervisi,
Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata, “Seni Warisan
Seiring Kemajuan Zaman” . Pada era globalisasi yang kompetitif ini, kita sering mengejar pembangunan fizikal dan
material, masyarakat Malaysia kita makin alpa terhadap kepentingan menjaga seni
warisan dan budaya bangsa kita. Lakaran kemurnian seni warisan yang diwarisi
sejak turun - temurun dan budaya bangsa amalan kita semua merupakan akar tunjang
kepada kehidupan yang sebenar. Justeru, kita wajar menyuburkan kembali penghayatan
masyarakat terhadap seni warisan dan budaya bangsa, sekaligus mempertahankan
nilai- nilai murni yang disanjung sejak zaman nenek moyang kita. Walaubagaimanapun,
bagi mengekalkan warisan ini, terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang
perlu diharungi dengan kesungguhan yang tinggi. Bak kata pusaka, “ nak seribu
daya, tak nak seribu dalih “
Sidang hadirin warga dewan
budiman,
“Budaya bangsa pencetus keamanan negara” menjadi indikator saya yang
kedua. Konsep gagasan terhebat Dato’ Sri
Najib Tun Abdul Razak iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” telah
pun berjaya memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kerana konsep ini berteraskan
nilai-nilai murni yang menjadi amalan rakyat Malaysia. Jika dahulu timbulnya
cakap-cakap belakang, “Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya” , tetapi
kini perbezaan mentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam
erti kata lain, budaya bangsa yang diterapkan dalam konsep 1Malaysia menuntut
rakyat Malaysia agar sama- sama berganding bahu menggembleng tenaga dalam
membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisan
masyarakat. Inilah yang kita inginkan, satu budaya bangsa dan masyarakat yang berpadu.
Sidang hadirin yang santun budi,
Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “seni warisan
meninggkatkan kualiti insani”. Hakikat dan lumrah kehidupan yang dapat kita
saksikan di negara kita pada hari ini,anak-anak muda kita umpama tidak
mengenali salahsilahnya. Tanpa kita sedar, pemikiran mereka sedang dijajah oleh
barat walaupun sudah lama kita merdeka. Sejarah kesenian tidak mahu lagi mereka
cari atau dalami kerana dalam benakfikiran mereka itu semua kolot dan
ketinggalan zaman, kalau tidak masajan potret Monalisa yang pada awalnya hanya
berharga beberapa pound kini telah mencecah hampir 1billion pound. Boleh kita
lihat perbezaan antara anak-anak kita yang mengamalkan budaya warisan dan
mereka mengamalkan budaya- budaya barat yang ternyata biadap. Itukah yang kita
panggil sebagai kemajuan insaniah. Terbuktilah budaya warisan kita jauh lebih
baik kerana mengamalkan nilai-nilai murni dan adab sopan.
Sidang saksi yang bervisi,
“Seni warisan dan budaya harus dilindungi”
menjadi indikator saya yang keempat .Kekayaan seni dan budaya bangsa harus
dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman kerana ia melambangkan identiti
sesuatu bangsa, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu
Numpang. “Program merakyatkan seni dan budaya harus dilakukan sebagai satu
usaha murni yang dilihat boleh mendekatkan kegiatan seni dan budaya kepada
masyarakat di Negara kita. Secara tidak langsung usaha ini dapat mendedah dan
mempopularkan khazanah ini agar terus mendapat tempat di hati mereka terutama
para remaja. Bak kata perpatah, “biar mati anak, jangan mati adat”. Justeru
itu, katanya anak-anak muda perlu dididik supaya mengenali seni dan budaya
bangsa mereka malahan jika perlu dididik mengenaibudaya kaum yang lain di
negara kita. Kita tidak perlu berasa malu dan curiga untuk mempertahan keunikan
dan kelebihan seni budaya bangsa sendiri meskipun kita mahu pergi jauh dalam
bidang ekonomi, sosial dan material.
Sidang pendengar yang setia
Sebelum saya menoktahkan kata-kata sakti
ini, kita perlu sedar, pembudayaan warisan dan pusaka negara semakin pudar
dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini akan menyebabkan rakyat melupakan
warisan bagai “kacang melupakan kulitnya” .Beringatlah, jangan pisang berbuah
dua kali, apabila kita sentiasa mengejar budaya kuning barat, menjadikan kita
melupakan budaya sendiri seperti dahulukala . Tanamkan tekad di dalam hati,
bulatkan azam penuh bermisi, kekalkan semula warisan Negara Malaysia, biar Negara
tersohor di mata dunia.
Hak cipta terpelihara 2014 :)
assalamualaikum.. bolehkah saya ingin mengambil teks ini sebagai rujukan ?
BalasPadamSaya minta izin bagi menggunakan teks ini
BalasPadamassalamualaikum mintak izin guna teks ini
BalasPadamMohon izin untuk digunakan sebagai rujukan
BalasPadammohon izin untuk gunakan teks pidato ini
BalasPadamizinkan saya memetik pidato ini
BalasPadamAssalamualaikum, minta izin guna pidato ini
BalasPadamGuna lah
BalasPadamAssalamualaikum, izinkan saya untuk guna pidato ini
BalasPadamMintak Izin. Guna teks ini admin
BalasPadamAssalamualaikum.. izinkan saya guna teks pidato ini. terima kasih
BalasPadamsalam, minta izin gunakan teks ini ya, terima kasih.
BalasPadamsalam,mintak guna teks pidato ini ya
BalasPadammohon izin guna pidato ini
BalasPadammohon izin gunakan teks ini ya tuan
BalasPadam