SOALAN RAMALAN MORFOLOGI SECARA GENERAL
Soalan-soalan ini dicipta khas buat para guru pelatih PPISMP bagi subjek morfologi Bahasa Melayu. Cikgu harap agar maklumat yang cikgu bagi berguna untuk semua. :) Berikut merupakan beberapa soalan yang kebiasaannya ditanya khususnya bagi Subjek Morfologi Bahasa Melayu : 1) Apakah yang dimaksudkan dengan fonem? Fonem bermaksud gabungan terkecil dalam sebuah bunyi bahasa yang masih boleh menunjukkan fitur perbezaan makna . 2) Apakah yang dimaksudkan dengan morfem? Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu atau fungsi tertentu tatabahasa . 3) Apakah yang dimaksudkan dengan fleksi? Fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu . Dalam bahasa Inggeris misalnya, perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhir perkataan, misalnya boy - boys 'budak lelaki', book - books 'buku'. Imbuhan fleksi...